Wednesday, September 23, 2009

ONE MALAYSIA@SATU MALAYSIA


Penulis tidak apa nak komen tentang one Malaysia@satu Malaysia....dari segi rasional,moral serta Islam satu Malaysia begitu praktikal..Jika penulis seorang ahli politik atau gulongan penjuangan hak asasi manusia sudah tentu one Malaysia penulis sokong seratus peratus.Islam juga mewajibkan kita berlaku Adil.One Malaysia mengikut kefahaman penulis yang bodoh lagi dungu bermakna melakukan keadilan terhadap rakyat tanpa mengira kaum,kefahaman agama ,status kedudukkan,pendidikan termasuk asal keturunan,hendak mendapat layanan yang sama atau adil.

Mari kita renungkan tentangan bayaran elaun sara hidup berbeza mengikut tempat tertentu,elaun perumahan kumpulan profesional dan kumpulan sokongan juga,begitu kumpulan pakaian beruniform serta wakil rakyat dan ahli parlimen...begitu harga makan dan minuman ....contoh diperhentian rehat kedai@cafe berbeza hiasan...sama2 tiada hawa dingin tetapi harga minum berbeza.One Malaysia memang bagus kalau dibuat secara telus...penyewa rumah,pekedai@perniaga dan apa sahaja jenis berbayar termasuk bayaran masuk tandas...tidak akan dibezakan harga kumpulan profesional atau sokongan,petani atau buruh,bekerja tetap atau sambilan,perniaga atau pembeli....bagi saya yang bodoh lagi jahil elok apa jenis elaun tu biarlah sama, baru ONE MALAYSIA itu praktikal dan boleh diwar-warkan...jangan jadi slogan indah yang pada praktikal memang tidak rasional.

Mungkin gulongan untung tidak setuju....gulongan rugi memang setuju dengan penulis...mudah saja tiada orang bawah maka tiada gulungan atas...tiada rakyat tiada pemimpin...tiada pelajar tiada guru....Sudah jadi biasa orang yang sudah diatas yang akan lupa masa ia berada dibawah.Macam juga anak lupa ia pernah bayi dan diasuh oleh ibubapa tetapi bila sudah besar ibubapa yang tua lagi lemah@daif tidak hirau sangat.Inilah manusia lupa diri dan daratan...Berbalik ONE MALAYSIA penulis berharap benar2 jadi kenyataan agar elaun2 dapat diselaraskan jangan mengutamakan orang yang diatas serta juga perkara lain yang sama yang patut diseragam mengikut slogan atau cita2 kita hendak jadi Malaysia berkonsep ONE MALAYSIA

.Adakah orang dibawah bukan manusia....adakah dapat harga murah dari segi barangan,sewa rumah,masuk tandas atau bayaran hospital......ingat orang yang melakukan kezaliman@tidak adil akan membayar dengan pahala atau amalannya..jika tiada amalan maka dosa orang yang dizalim terpaksa diambil...tidak percaya...tunggu dipadang mashyar nanti.....

Thursday, September 17, 2009

PASAL POLIGAMI LAGI


Lega penulis setelah menunaikan janji dari sahabat2@kawan2 penulis,mungkin mereka berharap agar masyarakat umum tahu apa dia poligami dalam Islam itu sendiri. Sekurang2nya pembaca dapat memahami sedikit sebanyak tentang poligami yang diharuskan oleh Allah swt itu..Terpulanglah anda disebelah mana dalam hal poligami ini....Bagi penulis wajib kita patuh dengan perintah Allah swt...jadikanlah kita muslim yang bersifat...'dengar dan mematuhinya'...menentang,ragu2,sangka buruk pada Allah swt memang dilarang.Perkara memang berkait rapat dengan qada dan qadar@takdir...Bila sudah sudah jadi takdir maka wajib kita reda....tidak reda bermakna mempertingkaikan takdir Allah swt yang telah ditentukanNya.Ada peristiwa melucukan penulis semasa menjadi kaunselor sukarela di JAIS....daerah S.Alam yang berpejabat di Subang Jaya...

Seorang isteri mengadu ia telah dimadukan.Ia reda (bagus wanita ini)...cuma musykil suami dahulu bagi rm700 tetapi setelah berkahwin lagi....ia hanya bagi rm500...penulis senyum didalam hati...nak tergelak pun ada...tapi penulis tahan....dan mendengar dengan penuh khusyuk...jadi pendengar yang baik....setelah habis baru penulis jawab dan terangkan....'sebenarnya puan, apa suami puan buat tu betul....ingat, puan sudah berkongsi....bermakna semua berkongsi dengan madu...kasih sayang berkongsi,malam@giliran berkongsi....sudah tidak sepenuhnya macam dulu...rm500 untuk puan sebab puan ada anak....madu puan rm200 tidak ada anak....sedangkan suami tidak bertambah...mana mungkin ia boleh bagi rm700 seperti dulu....dan sambung terus adab2 poligami...ia puas ...dan beredar...komen penulis ia wanita soleha@baik...bagi pengetahuan pembaca ia memakai purdah....ada satu peristiwa lucu juga masa penulis me...ngajar disuatu tempat....muslihat bertanya tentang poligami tapi jawapan saya jawab mereka tidak setuju,cuma kata mereka...suami@lelaki ni gatal,tidak adil,yang ada@isterilah...pun tidak diberi layanan cukup dan pelbagai2lah...Penulis jawab...kalau tidak adil ia yang berdosa...apa sahaja ia buat salah tetap berdosa...adil suami terletak pada isteri reda isteri2 maka adillah suami

...akhirnya penulis cakap begini.....'puan2...ini contoh...kalaulah(tapi memang tidaklah)....ayat perintah harus pada perempuan bukan lelaki....maknanya perempuan pula boleh kahwin lebih....mungkin perempuan hendak kahwin lebih dailognya begini...'saya memang sayang abang,abang baik dan segala baik tidak ada cacat cela.....tapi saya hendak kahwin lagi juga bang....sebab Allah swt sebut dalam Quran diharuskan.....'apa kesannya mereka terdiam...selain hukum harus....ia juga boleh membela nasib wanita,mengelak anak luar nikah,pelacuran,sumbang muhram,rogol dan segala perkara yang berhubung dengan zina.....lebih2 lagi hukum Quran tidak dilaksanakan...menjadikan wanita dan lelaki tidak takut melakukan zina.

...bagaimana kalau orang kaya bayar dulu dengan zina....katakan denda zina maksimum rm5000....maka ia bayar rm50000.....dengan resit pembayaran itu ia boleh berzina 10 kali......cuba pembaca fikir....dan lagi mustahil Allah swt bersifat bodoh tidak tahu membuat undang2....sedangkan IA mencipta kita dan dunia dari tiada kepada ada.....janganlah berfikir macam syaitan atau jadi barua pada syaitan....siapa makan cili ia akan terasa pedas......maaf banyak2 dari penulis....kata yang haq walaupun pahit atau kena dekat batang hidung sendiri.....

Friday, September 11, 2009

kuliah atau tempat penulis mengajar.


Free Pics View Photos Flower Pics








Untuk maklumat pembaca....ini bagi yang tinggal sekitar bandar Klang sahaja.....
1.Isnin malam Selasa minggu pertama dan ketiga di surau Taman Pendamar Indah.Port Klang.
2.Isnin malam Selasa minggu kedua dan keempat di surau Taman Kem..Port Klang.
3.Selasa malam Rabu minggu  ketiga di surau Hjh Zainab..Kg Delek Kanan..Klang
4.Selasa malam Rabu minggu kedua dan keempat di Masjid Sultan Pulau Indah.
5.Rabu malam Khamis minggu pertama dan ketiga di surau Taman Suria.Port Klang.
6.Rabu malam Khamis minggu kedua dan keempat di Surau Taman Desawan,Klang.
7.Jumaat malam sabtu di surau Asyakirin smktg,Telok Gadong ,Klang..setiap minggu.
9.Kuliah Subuh pagi Ahad setiap minggu Surau Hj Abas,Kg Delek Klg.
10.Kuliah Subuh pagi Sabtu minggu akhir dan pertama setiap bulan..Suran Hj Sulaiman.Kg Delek Kiri.Klg


Kitab yang digunakan...
1.Mengapakah kita menganut Islam...Fathi Yakan
2.Idaman penuntut menghurai yang kusut....Abdul Ghani Yahya.
3.Perjalanan merentas dunia,barzah dan akhirat...Prof mdya Dr Musa
4.Minhajul Abidin...wasiat Imam Ghazali...
bagi para pembaca blog yang berdekat bolehlah hadir dikuliah2 yang berhampiran...tk...














POLIGAMI DALAM ISLAM DAN DIMANA KITA


Perkara ini memang sensitif untuk diperkatakan atau dibincangkan...lebih2 lagi dikalangan kaum wanita dan ibubapa yang ada anak perempuan belum kahwin...sedangkan anaknya pula bercadang atau sanggup bermadu,juga isteri yang sedang dimadukan atau akan bermadu....Bab ini memang telah banyak kali diperbincangkan dan hebohkan... juga telah lama diajukan oleh kawan lelaki2 penulis,agar penulis tulis didalam blog ini(mungkin mereka bercadang hendak pasang lebih kod)

...ini kesempatan ada....dan penulis cuba kupas mengikut ilmu yang sedikit yang ada pada penulis yang dikurniakan oleh Allah swt...memang penulis ada mengajar bab munakahat termasuklah bab poligami ini.....ayat Quran yang menyatakan keharusan@boleh berpoligami ialah pada surah an nissa ayat 3....'maka berkahwinlah kamu dengan perempuan yang baik untuk kamu dua atau tiga atau empat.......'maksud alQuran... manakala hadis saw...'pegang empat sahaja lepas yang baki'...maksud alHadis....

Jika diselidik dengan mendalam nescaya kita dapati syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia....dalam syariat nabi Musa as...seorang lelaki boleh menghimpun berapa banyak isteri tanpa had(memandang muslihat lelaki sahaja).....syariat nabi Isa as pula seorang lelaki tiada harus berkahwin melainkan seorang perempuan sahaja (memandang muslihat perempuan sahaja).Manakala syariat nabi kita dalam keadaan pertengahan antara dua syariat yang terdahulu itu....dalam hadis nabi saw telah bersabda...'sebaik2 pekerjaan itu ialah yang pertengahan'...maksud alhadis...

Maka syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia,lebih2 lagi buat masa ini dan nabi yang terakhir...kerana:
1.Boleh dikatakan tiap2 negeri didalam dunia bilangan perempuan ramai dari lelaki.
2.Bilangan lelaki kurang ramai,namun demikian setengah2 mereka banyak pula yang gugur dalam menentang musuh negara atau terkorban di medan peperangan kerana mempertahankan tanahair.dengan demikian jumlah bilangan semakin kurang....itu kita tolak yang dipenjara,di pusat2 pemulihan dadah...tiada pekerjaan dsbnya....ini menyebabkan ia bertambah kurang jumlahnya....

Ini jelas nampak daripada rashia yang tersembunyi dicelah firman Allah swt dalam surah an nissa ayat 1....iaitu 'wa nissa@wa nissa ah' yang jatuh kemudian daripada perkataan 'kathira@kasiro dalam ayat 1 surah an nissa..(sila rujuk quran untuk mendapat sebutan bunyi yang betul-juga sebagai pengesahan)...maksudnya...'wahai manusia hendaklah kamu takutkan Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu daripada yang satu(Adam)dan ia telah menjadikan daripada diri yang satu iaitu isterinya(Hawa) dan Ia(Allah) membiakan daripada keduanya lelaki yang banyak(ramai) dan perempuan2.'

Disitu Allah menyebut perempuan2 sahaja tidak disebut 'banyak@ramai',dipandang dari segi kenyataan kita dapati ramai daripada kelamin2 mempunyai anak lebih bilangan anak perempuan daripada anak lelaki..daripada nyatalah seolah2 perkataan 'nissa@nissa ah' itu bersifat dengan 'aqsar'(lebih banyak)......
3.Jika padukan satu sama satu sahaja jadilah yang lebih itu tidak ada tempat untuk hidup yang boleh mendapat nikmat bersama..
4.Biasalah tabi'e orang lelaki sahywatnya lebih dan sentiasa berkehendak kepada kepuasan nafsunya sepanjang masa.,manakala perempuan banyak rintangannya seperti,berhaid,mengandung,beranak dan nifas.Jika bilangan isteri itu lebih nescaya apa yang kurang daripada satu dapat disempurnakan dengan yang lain.
5.Terkadang setengah perempuan itu berkehendak kepada perlindungan untuk keselamatan atau untuk sara hidup,jika tidak ada poligami nercaya putus harapan perempuan2 yang bujang itu mendapat pembelaan.
6.Tidak sukakan poligami itu ialah kerana cemburu dan irihati tidak mahu suami bersuka2 dengan perempuan lain.Itu memang tabi'e semula jadi tidak dinafikan,tetapi perasaan itu boleh diketepikan atau dikurangkan,kerana jika dikutkan sangat membawa kepada akibat yang buruk kepada kedua2 pihak lelaki dan perempuan bujang yang lain,kerana mungkin kedua2 secara bersembunyi2 melakukan perkara yang tiada diredai Allah swt dan manusia.Sekiranya pihak isteri sanggup berkorban sedikit tentu saudara sejenis dengannya sama2 mendapat pembelaan.Jadi terjerumusnya saudata perempuan yang sejenis dengannya itu kedalam lembah kehinaan berpunca dari mereka yang sejenis dengannya juga kerana tidak hendak bertolak ansur barang sedikit pun..

7.Poligami itu diharuskan kerana dharurat untuk mengelakkan daripada kejahatan dan menarik kebaikan,itu pun disyaratkan mahu berlaku adil.Jika sekiranya tiada sanggup melakukan adil kekalkan dengan satu sahaja...Firman Allah swt...bermaksud..
'maka jika kamu takut tidak melakukan keadilan(terhadap isteri kamu)berkahwinlah satu sahaja atau cukuplah dengan hamba sahaya kamu sahaja'....surah an nissa ayat 3...
8.Dapat mengurangkan zuriat luar nikah dan berpeluang mendapat anak jika isteri tua mandul.....
jika dilihat sebab yang beri diatas ia begitu rasional@aidil dan lojik....bukan sifat Allah swt yang mempunyai seberang kelemahan sedangkan IA bersifat kesempurnaan...Mustahil Allah swt membuat sebarang kesilapan memberi atau menetapkan hukum...dan hukumNya sesuai memang dalam pelbagai zaman serta suasana serta adat resam.kerana IA lah yang mencipta manusia dan segalanya.Mustahil Allah swt ada sifat terlepas pandang.Sepandai2 kita tidak tahu bila kita akan mati atau masuk syurga atau neraka...oleh itu jangan berlagak dan takabur...orang berlagak dan takabur ini...tempatnya adalah neraka Jahanam.....Oleh itu jangan cuba2 mencabar Allah swt...(Takabur ini selendang@pakaian Allah...maksud alhadis)
Kita kena sedar bahawa kemampuan ilmu dan daya pemikiran kita terbatas...kita hanya mampu sekadar apa yang telah dikurniankan Allah swt sahaja.Lebih2 lagi kalau kita bercakap atau berfikir, sedangkan ilmu yang cakap@fikir itu, kita tidak arif@mahir...ditambah tidak menuntut ilmu agama,ditambah kita pula bergelumang dengan dosa,dengan kata lain ,kita sendiri banyak meninggalkan suruhan wajib malahan banyak membuat perkara apa yang dilarang Allah swt.

Takut kita jadi bahan@alat tunggangan syaitan...kita sesat dan menyesatkan orang lain...Menolak hukum2 dari quran,menolak walaupun satu huruf dari quran pun atau mempertikaikan hukum Allah cukup untuk kita keluar dari Islam@batal Islam kita...cakap kasar@kesatnya jadi kafir@murtad....kenapa kita sibuk hendak tahu perkara membatal puasa atau solat...kenapa kita mahu tahu,batalnya Islam...ambil diploma,ijazah pertama,kedua dan Phd ada masa menuntut ilmu fardu ain tidak masa...besok engkau orang jawablah dihadapan Allah swt.....


MALAM LAITUL QADAR


Malam lailatul qadar malam yang sangat dinanti2kan...dan masanya pula adalah dalam rashia Allah swt...cuma dianggarkan atau besar kemungkinan berlaku pada 10 malam terakhir pada bulan ramadhan tersebut.Serta ada yang berpendapat mengatakan peluang agak besar pada malam2 ganjil...21,23,25,27 dan 29.Bagi penulis ,perkara ini adalah kurniaan Allah swt...sesiapa yang IA kehendaki ,maka peluangnya amat cerah,bagi mereka2 yang telah lama mendekati dirinya dengan Allah.

Dalam erti kata yang lain,persiapan@persediaannya telah dibuat awal2 lagi....Mungkin orang yang telah lama bertungkus lumus beribadah,sama ada wajib dan sunnat2....

Disamping akidahnya benar dan ibadah yang sah...berpeluang untuk dikurniakan malam laitul qadar ini.Bagi gulungan macam kita ini,yang mungkin ibadat tidak seberapa...boleh juga mencari2 malam laitul qadar...mungkin juga akan dikurniakan oleh Allah swt.....secara lawak atau bergurau...adakah orang macam kita ini dapat...kalau ibadah kita diluar bulan ramadhan tidak sebaik amalan pada bulan ramadhan....fikir2kanlah jangan kita syok sendiri....Itulah penulis biasa katakan...bulan ramadhan orang berpusu2 ke masjid@surau...untuk solat taraweh....bertadarus dsbnya...jangan pula kita salah beramal,sudahlah,maksud penulis...solat taraweh tetapi belum solat isyak.

Syarat sah solat taraweh ialah solat isyak terlebih dahulu.Sebab ada penulis lihat..ia tidak solat isyak di masjid@surau...datang2 sahaja terus solat taraweh...dikhuatiri ia tidak tahu hukum...mungkin ia menganggap lepas taraweh boleh solat isyak.Memang kena solat isyak...sebab itu wajib....tapi solat taraweh itu tidak sahlah...Ini disebabkan mereka tidak belajar,main ikut2 sahaja...sebab akhir2 zaman ini...ahli ibadah banyak tapi jahil....Rajin ke masjid@surau pada bulan ramadhan,lepas ramadhan tidak nampak kelibatnya lagi datang ke masjid@surau...sedangkan menuntut ilmu fardu ain itu wajib....Disini penulis salin dari kitab 'idaman penuntut pada menghuraikan yang kusut'oleh us.Abdul Ghani Yahya.....bagaimana hendak mencari malam laitul qadar tersebut...'menurut Imam Shafie bahawa laitul qadar itu terkandung dalam sepuluh ramadhan yang akhir,tetapi pada malam2 yang ganjil ada lebih harapan,dan diantara yang ganjil itu pula yang lebih diharap2kan ialah malam dua puluh satu dan malam dua puluh tiga...berkata Imam Ghazali dan lain2 ulamak,laitul qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh ramadhan yang akhir.Untuk hendak tahukan tandanya,kena tengok apa hari jatuh pada awal ramadhan.....

Jika sehari bulan kena pada hari Ahad atau Rabu laitul qadar berlaku pada malam 29...
Jika sehari bulan kena pada hari Isnin laitul qadar berlaku pada malam 21
Jika sehari bulan kena pada hari selasa atau jumaat laitul qadar berlaku pada malam 27
Jika sehari bulan kena pada hari khamis laitul qadar berlaku pada malam 25
Jika sehari bulan kena pada hari sabtu laitul qadar berlaku pada malam 23
berkata sheikh Abu Hassan dari sejak saya baligh tidak pernah saya lepaskan peluang untuk mencari malam laitul qadar dengan kaedah yang tersebut....setinggi amalan,ialah dengan memperbanyakkan solat,baca quran serta berdoa...disamping ibadah sunnat yang lain....
Jadi pada tahun ia jatuh pada malam 23....kerana kita bermula berpuasa pada hari sabtu....tapi semua ketentu Allah swt jua.

Sunday, September 6, 2009

SELAMAT HARI RAYA PUASA.....KPD SEMUA PEMBACA YG DIRAHMATI ALLAH SWT


Maaf zahir dan batin dipinta dari saya untuk semua pembaca.....mungkin di pagi raya kita bertakbir serta mengalir air mengenang orang yang telah pergi,disamping bermaaf2an....dan solat sunat aidilfitri...Malang sekali jika selepas itu,setelah sedih hilang,takbir terhenti setelah selesai solat sunat aidil fitri...kita pula gembira sakan...berpesta sakan dan pelbagai cara diadakan tanpa memperdulikan hukum hakam agama...bergaul secara bebas...muka kita dihadapkan ke TV....menuntun rancangan tv yang berbagai anika bentuk hiburan yang langsung tidak mengajak penuntun bertakwa kepada Allah swt...dengan barisan artis2 terkenal,pelawak2 terkenal,dramatis yang terkenal,dan acara2 top show....untuk meraikan hari raya.

Mungkin marah,melenting,jika ada pihak yang mengatakan puasa kita sekarang ini bukan lagi ibadat tetapi hanya bertaraf adat sahaja...sama juga dengan bertudung...bukan berdasarkan hukum yang dituntut kewajipannya tetapi sekadar fesyen.Hingga pereka yang tidak Islam turut mereka fesyen tudung....kadang2 pereka fesyen itu sendiri pun tidak bertudung.Inilah hakikat akhir zaman.Ditambah hukum2 Allah swt seolah2 dipermain2kan serta tidak diambil kisah...setengah@segelintir ulamak@usataz/ustazah membiarkan maksiat didepan mata,membisu seribu kata,dan mereka pula hidup dalam serba kemewahan....walaupun bila berceramah ...mengatakan sebaik2 contoh Rasullullah saw.

..malangnya janggut sehelai tidak pun tidak ada pada dirinya...serban jauh sekali...mereka tentu menjawab...itu perkaara remeh...kalau remeh@mudah susah hendak dilaksanakan,bagaimana yang susah2....susah kalau orang yang tidak mahu ditegur dan persalahkan...Mungkin fakir itu katanya hampir kepada kekafiran@kekufuran(al hadis).....adakah ia lupa,fir'aun,Qa'run,haman, menentang Allah swt sebab ia fakir(disebut dalam Quran)....TIDAK.....mereka mewah,terlalu kaya dan berkuasa....Ingatkan kita bukan boleh menentukan masuk syurga atau neraka....tetapi itu kuasa Allah swt....tapi kita dapat jangka@lihat secara bodoh@daif....dari amalan mereka di dunia.....BETUL TAK.....

Thursday, September 3, 2009

carilah Kasih Allah daripada kita mencari kasih manusia


Kata2 ini biasa kita dengar dari mulut orang telah kecewa atau telah dikecewakan.
Cinta pada bunga akan layu
Cinta pada harta... ia akan musnah
cinta pada manusia ....ia akan mati
baik kita cinta Allah ...DIA kekal....
tapi adakah benar katanya....adakah ia benar2 mendekatkan dirinya dengan Allah swt setelah ia kecewa...atau saja slogan2 puisi,

...hanya penyedap kata...sekarang banyak slogan2 Islam,pendakwah2 jalanan,pendakwah sms,pejuangan Islam palsu...membenteras ini dan itu...ia kata ini kena awasi...haram atau sebagainya....dan sejenis dengannya.....ada yang suruh kita baikot yahudi,Israel dan pelbagai bentuk kekafiran dan kemaksiatan...(bukan memberi maklumat ini,penulis tidak suka,melarangnya berbuat begini,baguslah...dan dialu2kan)...yang hairan bin pelik tetapi bukan semualah...dia sendiri tidak solat,tidak tutup aurat,bergaul bebas,langgar segala hukum Allah....dan entah apa lagi yang dibuat yang bercanggah benar dari usahanya berdakwah...menyedarkan orang,memberitahu ini perlu dijauhi dsbnya...tetapi ia juga adalah gulongan haprak yang memang tidak boleh pakai...usahanya mungkin gagal kerana tiada nur@aura,tiada pertolongan dari Allah swt....sebab mereka juga gulongan ahli maksiat.

.kadang2 ahli maksiat yang tegar...tengok cara berpakaian,berantai bagi lelaki,perempuan pula tidak bertudung....memang pakaian pun tidak nampak Islamik....dikhuatiri sudah lama tidak menghadiri majlis ilmu yang boleh menginsafkan mereka.Eluklah kecewaan yang kita lalui dengan mendekati diri dengan Allah swt...DIA lah yang awal dan akhir...DIA lah sahaja boleh membuat sesuatu yang mungkin akal manusia sendiri tidak depat memikirkan lagi.Kembali menunaikan perkara2 fardu disamping menambah amalan2 sunat,perbanyakkan doa,berzikir,menghadiri majlis2 ilmu Islamik...disamping melakukan taubat nasoha ,diikuti amalan solat sunat taubat saban hari,lagi kerap lagi bagus...

Cintailah Allah dengan sepenuh hati...meninggalkan segala larangan.InsyaAllah lama kelamaan,kecewaan akan dihilangkan....Kemanisan iman seseorang tidak akan boleh diwarisi,juga dirasai.Hanya mereka telah melakukan dengan istiqamah dapat merasainya.Iman itu benar2 manis.

DENGARLAH NASYID INI...



Sebagai permulaannya...penulis letak video nasyid...penulis sedapat mungkin kemaskini blog ini....InsyaAllah...disamping pembaca boleh melayari blog fendi tazkirah...terima kasih

ulasan penulis...
sudah...penulis letak video nasyid...elok kita bicara sedikit tentang nasyid ini.Mungkin niat pertama mereka sebagai sumber pendapat dan dakwah.Baiknya nasyid ini,ia menjadi pilihan lain dari lagu2 yang bertema cinta dan lagu2 yang mungkin melalaikan kita.Tapi harus diingat penyanyi nasyid ini,janganlah sampai kita membelakangkan hukum2 Allah swt,seperti bercampur gaul secara bebas,kita sendiri tidak mengamalkan cara hidup Islam....mengunakan alat muzik yang tidak dibenarkan syarak....Ini yang dicakap@kata2 orang sekarang...'cakap tidak serupa bikin'.....cuma penulis hendak melontar pandangan jahil penulis...'kalau kita fikir nasyid itu kerja2 kebaikan dan cabang dakwah,tidaklah kita mengharap keuntungan/kemewahan hidup semata-mata....maka jangan mudah2 kita mengharam orang menyalin secara tanpa izin@cetak rompak....bagi penulis lagi rompak,lagi baik...benda yang baik ini tersebar luas,ramai orang yang mendapat menafaatnya...orang faham Islam,masuk Islam dll,biarlah...lagi banyak pahala kita dapat...sepertilah, kalau kita mengarang buku agama....orang melakukan cetak rompak...maka ramailah orang yang memiliki kitab kita dan mempelajarinya serta mengamal ilmu hasil karangan kita, itu ,biarkanlah...dengan ini kita akan diberi pahala oleh Allah swt melimpah ruah....mungkin berpanjangan...selagi ilmu itu diamalkan....InsyaAllah syurga habuannya.....cuba renungkan...

Maaf dipinta..baru ini 3/9/2009 blog mula saya dapat kesan


Oleh kerana masalah teknikal blog ini tidak terbitkan...penulis telah membuat blog baru iaitu fendi tazkirah...orangnya adalah sama...terima kasih dan selamat berpuasa....
















اللهم يا عزيز يا جبار اجعل قلوبنا تخشع من تقواك واجعل عيوننا تدمع من خشياك واجعلنا يا رب من أهل التقوى وأهل المغفرة يا رب الذي يرسل هذا الدعاء اجعله مع حبيبك الفردوس والذي لا يرسله ارحمه يا أرحم الراحمين


TvQuran TvQuran TvQuran