Saturday, October 31, 2009

APAKAH PERANAN TABUNG HAJI ITU BENAR2 TELUS DAN BENAR2 HENDAK MENOLONG ORANG BERIBADAH SERTA BERTAQWA

Peranan tabung haji sebenarnya untuk menolong orang mukmin beribadat iaitu menunaikan haji.Dengan sekali pandang sudah tentu tidak mengaut keuntungan.Hinggakan kita jadi satu bisnes yang melampau.Ramai pihak kaya raya manakala pelanggan tertindas dengan membayar harga yang mahal.Mungkin menyebabkan ramai tidak mampu menunaikan haji.

Hakikat ini hanya Allah swt sahaja yang tahu.Memang ada hadis mengatakan akhir2 zaman agama ini dijual dan jadi satu bisnes yang menguntungkan.Kita sebagai penulis kita tidak boleh menuduh secara melulu tanpa bukti.

Cuma kita lihat boleh memiliki bangunan tinggi dikawasan segi emas dan diseleweng jutaan ringgit tapi tetap utuh.Ada juga rasa kebimbangan kerugian ditampung oleh pelanggan yang menunaikan haji dengan menaikan tambang.Ini juga perlu bukti jika tidak kita tersasar dan satu fitnah.Cuma penulis berharap sangat agar kita berbalik kepada tujuan asal ditubuhkan iaitu untuk menolong orang beribadah iaitu menunaikan rukun kelima.Keuntungan akhirat yang lebih hakiki.

Harus diingat kita akan mati...dan semua akan ditanya apa yang dilakukan didunia.Jika sabit salah maka kita akan dihukum.Jika kita bersalah beberapa individu agak mudah sikit tetapi bagaimana jumlah yang terlalu ramai hingga kepada jutaan individu.Sudah tentu padah amat berat jika kita tersilap atau tersasar urus atau tersalah tujuan dan niat.Mungkin niat baik tetapi perlaksanaan kena telus bukan ada unsur2 lain yang telah lari dari tujuan asal.

Jangan kita berjaya didunia mengurus dana tapi gagal menjawab tuntutan atau dakwaan pelanggan yang terinaya...Elok juga kita muhasabah diri agar kita dapat diperbetulan jika ada kesalahan.Tetapi jika benar lagi haq teruskan.Ingatlah salah atau haram ni dapat dirasai....tetapi kita lawan dan buang jauh2 hingga tidak terasa dosa atau salah lagi.Bahayanya orang pun sekarang bukan bodoh dan banyak ahli dan mahir tentang hukum dan mengurus dana yang jujur dan telus....

GERAKKAN ISLAM BANYAK TAPI BERPECAH2 DAN BERLAINAN PENDAPAT



Ini satu hal juga..banyak sangat pertubuhan Islam.Agaknya masing hendak jadi ketua.Ini yang syaitan suka pecah dan perintah.Masing2 mengatakan dan mengaku mengikut sunnah,betul dab bla..bla...kadang ketuanya sendiri bukan bidang agama.Yang bidang agama boloeh tersasar ini pula bukan bidang dan ahlinya.Malah ia sendiri didik dalam bentuk sekular.Dan mungkin dulu ia juga lalai dalam Islam.

Ia ada kaedah bukan main suka2.Jangan kita mengenal Islan macam orang buta mengenal seekor gajah.Kiasan ini sangat popular.Kata syaidina Umar pemimpin elok dikalangan orang mahir ilmu feqah.Kaedahnya pula....memang menyertainya satu kewajipan.Jemaah harus dimasuk ialah jemaah yang mula2 ditubuhkan.Bukan tidak suka atau takut pada tindakan manusia atau nak berada di zon selamat cipta satu jemaah lagi.Takut pada manusia syirik.Jika jemaah yang pertama tidak betul....diperbetulkan bukan tubuh yang baru.Akhirnya jemaah ini bertelagah...Islam terbantut dan jumud.Islam jadi lambat tercapai maksud kerana berbalah sesama sendiri.Syaitan ketawa dan berpesta kerana berjaya.

Jangan kita yang memang minat bergerak dalam Islam...serta berjemaah....kita menubuh jemaah lain kerana hendak berada di zon selamat atau takut tindakan manusia.Itu urusan Allah.Itu serah pada Allah...Jika kita berkerja untuk Allah .....Allah akan jaga kita...jika sebaliknya....Allah akan biarkan dan serah pada manusia.Kita boleh berhujah dengan manusia dan pengikut2 kita tetapi bukan dengan Allah.Jangan kita bergerak tertumpu pada lambang,simbol2,lambang dan nama2 jemaah...tetapi hendaklah bergerak atas Islam dan kerana Allah semata2.Itu sahaja.Agar Islam dapat ditegakkan dan didaulatkan.Jangan bimbang musuh2 Allah .....Allah akan binasakan...yang haq akan menang dan yang batil akan kalah.Mereka yang menentang Islam akan Allah masukkan ke dalam neraka.....

MENGAPA KITA SUKA MENGAWAL ATAU QUEEN CONTROL SUAMI


Sejak kebelakangan ini trend nampak jelas,mumgkin trend ini telah lama ujud beratus2 tahun dahulu...trend dimana iisteri mengawal suami walaupun ini bukan semua.Tiada orang yang menyiasat tentang ini untuk mengetahui peratus sebenarnya.Saya rasa ini tiada penting.Khuatir akan melibatkan ilmu2 sihir atau khidmat dukun serta bomoh untuk tujuan ini.Ini sudah tentu haram dan menjadikan syirik.Memang tujuan kita baik kerana sayang dan agar ia bertanggung jawab.Mungkin tidak akan dimadu dengan kata lain agar suami tidak kawin lain.

Tidak kurang mengguna susuk2 tertentu untuk mengawal suami atau memikat suami.Mungkin mengunakan alat mekup atau awet muda dilarang oleh syarak seperti botox...Masalah bermadu itu soal jodoh dan takdir....kita tidak dapat menolak sebab itu ketentuan Allah.Mungkin doa yang makbul boleh menghindarinya.Itu haq Allah swt.Elok kita beramal perkara dibenarkan syarak seperti jadi isteri yang soleha....taat kepada suami,berdoa dan banyakkan mendekatkan diri dengan Allah swt.

Ada ayat quran elok pasangan suami isteri agar hidup aman damai.Iaitu Surah Baqarah ayat 102...diamal@baca setiap lepas solat 5 waktu dan solat2 sunat.Elok dibaca sebanyak 3 kali selepas solat2 tersebut.

Masyarakat akan kurang enak memandang kalau suami ditundukan.Sudah tentu isteri itu dipandang rendah kerana itu bertentangan dengan syarak dan haram.walaupun niatnya baik tapi cara tidak dibenarkan oleh syarak.Jangan sampai kita berkuasa di dunia tetapi diakhirat kita dihumban dalam neraka.Elok kerja2 begini dihentikan sebelum mati menjemput kita.Ada juga kes suami tidak dapat ditundukkan kerana pendindingnya lagi kuat walaupun ini salah kerana mengunakan bantuan jin.Kecuali suami yang ibadahnya kuat kerana ia dalam penjagaan Allah swt.Semua itu berlaku dengan izin Allah.Oleh itu jangan kita membelakangi hukum Allah swt.....ia sebenarnya menzalim diri kita sendiri....

LEPAS LABU PERAM SEKARANG PELBAGAI SKIM


Cita2 yang terlalu tinggi serta kebolehan kurang kalau nak dibandingkan orang2 yang telah berjaya.Maka mencari jalan2 mudah dan sedikit modal kemudian menunggu....bukan salah malah bagus sebab kerja senang untung boleh tahan juga.Tetapi adakah kita fikirkan ia sah dari segi muamalat atau dengan kata lain adakah ia tidak bertentang dari segi syarak.Paling mudah serah kertas kerja atau butiran sistem dengan lengkap dan tiada maklumat sembunyi dan tipu....serah pada majlis@jabatan agama atau majlis fatwa...untuk fatwa halal atau haram.Jangan sembang tiada bukti yang sah.

Mengikut kefahaman rambang penulis...ia berupa keuntungan berangkai.Lagi banyak ahli dapat lagi banyak keuntungan.Dipusing sahaja pembayaran ahli baru untuk diagih keahli lama dan begitulah seterusnya.Ia akan mengalami kerugian dan tutup jika tiada lagi ahli baru.Maka pelabur kemudian menanggung kerugian.Barang2 yang diniaga berganda2 mahal dari pasaran biasa.Mutu serta khasiat sama.Mungkin tukar bungkusan.Kerana apa,mereka pun tidak kilang untuk mengilang barang tersebut.Ini semua bijak sembang dan pandai menyakinkan orang.Ada yang terlibat tiada kereta mewah pun.Hanya ambil gambar mana kereta mewah sahaja.Tiada ditunjukkan geran kereta itu nama beliau.

Jika benar untung berlipat ganda dan halal kenapa tidak diiklan di media2 terkenal atau serah sahaja saham2 itu kepada PNB agar keuntungan PNB berlipat ganda.Agak sukar...mereka bergerak terlalu licik.Orang nak kaya cara mudah dan pendidikan rendah mudah tertipu.Mengikut kementerian koperasi lebih 7000 syarikat menjalankan kegiatan yang begitu kabur.Hingga ada koperasi serai...malangnya satu batang serai pun tidak ada ditanam...

Pernah penulis dengar dikalangan orang mereka yang begitu cergas dalam perniagaan begini dan banyak masuk sistem perniagaan begini...apa kata mereka....untung sabut timbul ...untung batu tenggelam....sebenarnya mereka pun tidak yakin.Banyak sistem ini dah terkubur dan ramai lora ng gtelah mengalami kerugian.Tapi ada juga yang tidak serik2 atau orang pandai memperdaya dan menyakin mangsa2nya.Tak apa lah...itu duit mereka....biarkan....mungkin sahaja kepandaian yang mereka ada.Cuma pastikan jangan kita menipu...gasak duit orang secara terlarang...ia satu dosa...dosa masuk neraka.Pastikan muamalat itu halal dari segi syarak.

Thursday, October 29, 2009

BUKAN WARTAWAN SAHAJA BEGITULAH POLIS SERTA SEMUA PENJAWAT AWAM

Bukan sahaja wartawan sahaja,polis,badan pencegahan rasuah,penguatkuasa tempat,kastam,jpj sebaliknya semua penjawat awam serta swasta dan pemimpin2 hendaklah menjauhkan diri terjerumus dalam kancah dosa dan maksiat sama ada secara lansung atau tidak langsung.
Mungkin kejahatan kita tidak dibalas di dunia tetapi akan dibalas oleh Allah swt diakhirat nanti.Malang lagi jikakalau Allah membalasnya di dunia juga di akhirat nanti.Jika sudah dibalas di dunia maka diakhirat Allah swt akan membalas bakinya.Sebab segala kesusahan dan kesukaran yang dialami di dunia ia merupakan sebahagian kifarah atau untuk menaikkan darjatnya disisi Allah swt jika kita tidak berdosa.J

adi baik apa sahaja jawatan yang kita pegang dan diamnahkan maka buatlah setelus2nya,seadil2nya dan jauhkan pilih kasih dan dauble stardard.Jauhi rasuah,penipuan,penyelewengan hak rakyat atau hak yang memang bukan milik kita dan lain2 kejahatan serta kerosakan@kezaliman.Akhir2 ini apabila solat diringankan atau ditinggalkan,majlis2 ilmu agama diabaikan atau tidak kunjungi....ditambah dosa2 kita seperti minum arak,berzina dan segala macam dosa dan larangan yang kita buat. Ini sudah tentu menambahkan lagi mudahnya perkara2 terlarang@berdosa kita buat semasa bertugas.

Kesannya nanti seluruh negara...yang boleh mengundang kejatuhan nilai moral,kejatuhan ekonomi,tidak ujud kehormonian masyarakat dan pelbagai yang bersifat negatif di mana maksiat berada dimana2 serta dibuat tanpa rasa takut dan segan silu lagi.Ditakuti juga menimbulkan kemurkaan Allah swt serta orang yang ditindas dan dizalimin mengangkat tangan berdoa...doa yang nanti sudah tentu tiada hijab ini akan menghancurkan kita termasuk juga orang baik lagi soleh kerana membiarkan maksiat bermaharajalela.Ada baiknya kita berbalik kepada agama Allah.Mengutamakan hukum Allah serta suruhan Allah dari wang ringgit dan pangkat serta kemewahan...kerana semua ini hanya sementara.Rugilah kita jika memilih kesenangan yang sementara dari kesenangan yang kekal abadi.Jika kita sudah mati dan telah dibangkitkan dari kubur ...ketika ini baru kita kesal...kekesalan ketika ini sudah tidak berguna lagi..jika mahu beramal semula serta bermohon kepada Allah kembali kedunia,sedangkan dunia sudah tiada lagi.

Kita bukan tidak sedar bencana2 merata2 dunia,dengan gempa bumi,tsumani,ribut kencang,banjir besar,letupan gunung berapi serta serbanika bencana yang terlalu banyak.Tapi insaf kita hanya sekejap kemudian buat lagi.Hingga kerajaan Acheh membuat undang2 penutupan aurat.Ini bagus dan wajib diikut serta ditambah agar ketaqwaan kita terselah.Itu belum peristiwa aneh,sejadah dan kain pelikat berdiri,tulisan dan gambar dilangit,ayat2 quran terpadam@hilang,tulisan dan kalimah Allah dijumpai disisik ikan dan dibanyak tempat lagi.Baru2 ini ayat quran timbul dikaki dan ditangan kanak2 di Russia.Apa tidak mahu sedar dan insaf lagikah.Masih lagi menganggap sejadah,kaki pelikat berdiri dll itu hasil buatan manusia yang jahat atau nakal.Tidak kisahlah jika kita mengangap begitu,tapi harus kita ingat semua itu berlaku dengan kehendaklah Allah serta izinNYA juga kenapa manusia tidak membentuk@membuat benda2 lain seperti ular atau sampan dsnnya.

Hingga ayat quran terpadam kita katakan disebabkan dakwat bermutu rendah.Kenapa novel2 serta buku2 kartun tidak terpadam mungkin sebab dakwat bermutu tinggi.Kita kena sedar apa sahaja berlaku dengan izin dan kehendak Allah swt.Jangan kita jadi takut atau pengecut dengan menafikannya itu dari Allah,kan baik jika kita bertaubat serta berhenti membuat dosa dan kezaliman.Jangan kita jadi tentera syaitan atau khadam kepada syaitan kerana upah memang lumyan iaitu neraka jahanam.

Hendak lari kemana kita....kita tidak ada daya upaya serta lemah...contoh jadi tua dan mati kesudahannya.Insaflah...fikirkanlah ibadah kita...berhenti berbuat dosa dan kerosakan serta kezaliman.Bayangkanlah bila kita berada didalam kubur kita akan keseorangan,gelap-gulita dan dalam tanah pula.Kemudian dibangkitkan dan dihitung segala amal...dan dibicara seadil-adilnya oleh Allah swt.Fikirlah wahai tuan2-puan2 yang saya hormati serta sayangi...Akhirnya kita semua akan kembali kepada Allah swt dan dunia ini akan hancur dan tiada lagi sampai bila-bila.....






























Wednesday, October 28, 2009

LAGI TENTANG FARAID DAN WASIAT


Wasiat memang rapat dengan faraid walaupun wasiat jarang menjadi amalan kita.Wasiat memang digalakkan kerana kita tidak tahu bila ajal .Wasiat yang baik adalah bentuk bertulis dari lisan kerana lisan tentu perlu saksi.Dikhuatiri saksi mati dahulu dari pemberi wasiat atau kedua2 lupa atau sebagainya.Tetapi walaupun tiada saksi sedang penerima wasiat itu wali utama misalnya anak lelaki tunggal maka wajib ditunaikan.Asalkan wasiat itu tidak bertentang dengan syarak.Wasiat yang bertulis atau lisan akan terbatal dengan sendirinya jika bertentang dengan syarak.Sebagai contoh wasiat menyerahkan sebidang tanah kepada seorang anak perempuannya sahaja sedangkan ada 2 anak lagi iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan maka wasiat ini jadi batal.

Haram anak perempuan itu memiliki semua tanah itu.Lelaki penting dalam faraid ia merupakan pendinding kepada harta simati,jika tiada anak lelaki maka sebahagian harta akan diserah ke baitulmal dan saudara2 simati yang terdekat(sila rujuk kaedah faraid).Lebih malang kalau harta tadi bercampur dengan tanah lain milik anak perempuan itu...sebab setelah ia mati dan difaraidkan maka bercampur dengan harta yang haram tadi.Jadi sampai akhir dunia faraid keturunan prempuan itu bercampur dengan harta yang haram kecuali harta itu musnah atau sebagainya yang tiada lagi terjadi faraid sebab harta sudah habis.Oleh kerana tamak serta jahil agama maka masalah ini,ramai tidak ambil penduli atau belasah sahaja.Harta yang hendak diwasiat kepada badan2 amal dsbnya juga tidak boleh lebih daripada satu pertiga hartanya(sila rujuk bahagian faraid untuk dapat kepastian).Disamping anak angkat tidak termasuk dalam bahagian faraid.Jika hendak juga memberikannya maka berikan semasa hidup.

Faraid ini terjadi setelah mati dan ada meninggalkan harta.Dizaman ini wasiat mudah sebab banyak syarikat2@badan2 tertentu menyediakan perkhidmatan ini .Sudah tentu mereka mempunyai kepakaran yang cukup dalam bidang ini.Faraid ini baik jika dibuat semasa mayat belum dikebumikan.Iaitu adakan satu majlis ringkas serta catitan ringkas disaksi kerabat terdekat kerana dalam kesedihan mereka pada umum,tentu setuju faraid yang dibuat tetapi kena bersandarkan hukum syarak juga.Dikhuatiri bila sudah lama hilang kesedihan maka unsur tamak dan kemaruk harta sudah ada.Sudah tentu timbul masalah tanah lapis satu,tanah ada bukit,tanah hutan sahaja ,tanah berpaya dan bermacam2lah keadaan tanah yang tentu nilainya berlainan.

Pening juga memikirkannya.Bagi penulis pakatlah elok2....berlebih kurang buat sebaik mungkin hingga penerima faraid jadi reda agar simati aman didalam kubur.Rasullulah saw begitu juga sahabat2 pun tidak meninggalkan harta selepas wafatnya atau setelah meninggal dunia.Memadailah kita hidup dengan memada dengan merasa cukup apa yang ada.Jangan kita melihat orang kaya serta hidup mewah,lihatlah orang yang hidup lebih susah serta daif dari kita dengan ini mungkin kita lebih bersyukur.

Tuesday, October 27, 2009

KENAPA FARAID DIDALAM HUKUM ISLAM DIRAGUI


Memang ada segelintir penganut Islam ragu2 tentang keadilan Islam dalam pembahagian harta.Malah ada yang menentang dan menganggap tidak adil dan tidak logik.Tidak payah dinyatakan nas, sebab sudah maklum dan telah disebut didalam kitab2 feqah.Tentu tidak adil dan memang dilarang sama sekali kita menentang hukum Allah swt.Ini boleh menyebabkan kita batal syahadah atau kafir.Penentangan kita terhadap hukum Allah, seolah2 kita menganggap Allah swt tu bodoh dan tidak Maha Bijaksana serta tidak Maha Mengetahui.

Dalam ilmu usul@tauhid mustahil Allah swt bersifat begitu.Ia lemah serta tidak mengetahui keperluan makhluk2 yang diciptaNYA.Tidak tahu bila kiamat dan tidak tahu ada masyarakat majmuk diakhir2 zaman.Sedangkan ilmu dan fikiran kita dan segalanya adalah pemberian daripadaNYA.Kita perlu sedar bahawa fikiran dan ilmu kita adalah terbatas lagi terhad.Kita hanya tahu apa sahaja yang dikurniaNYA pada kita.Kita ini siapalah, hingga hendak atau berusaha mempertikai hukum Allah swt.Emakbapa atau orang kita yang sayang didunia ini pun,tidak boleh kita hidupkan setelah mati.Serta tidak dapat menyembuhkan penyakit kalau tidak dengan izinNYA.Seperkara lagi harus diingat kaum wanita asalnya bukan dari tanah malah dari tulang rusuk nabi Adam as.Bermakna ia adalah sebahagian dari anggota lelaki yang perlu dilindungi.Dalam segi@hukum aqiqah ia adalah sunnat, Afdal anak lelaki 2 ekor kambing atau 2 bahagian dari 7 bahagian daripada seekor lembu.

Jika tidak mampu boleh juga hanya dibuat satu bahagian sahaja.Jika tak mampu juga satu ekor atau satu bahagian...tak mengapa kalau tak dibuat aqiqah.Hinggakan bahagian faraid bagi lelaki, 2 bahagian manakala perempuan 1 bahagian sahaja.Lelaki ini sebagai pendinding harta...jika tiada anak lelaki maka sebahagian harta akan diambil@diserah kepada baitulmal serta pewaris2 yang terdekat.Ia menjadi faraid jika simati ada meninggalkan harta.Jika tidak atau telah dibahagi2 semasa hidup,maka tak adalah faraid sebab simati tidak meninggalkan harta.Jika ada...harta itu hendaklah dikira semua samada rumah,tanah,emas dan lain-lain hinggakan kepada kitab2@buku2 yang ditinggalkan oleh simati,ia hendaklah dinilai@dijual,kemudian hasil jualan turut kena faraid....dan kias2kan lepada harta2 yang lain...selagi ia harta dan boleh difaraid hendaklah difaraidkan.Ditentukan lelaki dapat 2 bahagian dan perempuan satu bahagian.Harus diingat ilmu yang mula2 diangkat oleh Allah swt ialah ilmu faraid.

Kenapa lelaki dapat lebih, itu diluar ilmu manusia kita hanya tahu yang tersurat dan yang tersirat hanya Allah yang lebih mengetahui.Cuma telah dihuraikan oleh ulamak2 tersohor dan seingat penulislah,Dr Hamka ada menghurai dalam tafsiran AlQurannya yang boleh didapati dipasaran.Dibahagian surah dan ayat berkenaan faraid.Telah lama penulis membacanya...penulis terasa terharu membacanya, apabila beliau mengatakan dosa besar kalau tak mengikut hukum faraid Islam.Kenapa penulis terharu sebab suku sakat,dan keluarga terdekat penulis pun tidak mengikut hukum ni malah dibahagi sama rata(perbuatan ini seolah2 kita menganggap kita lebih cerdik dari Allah swt).Sedangkan orang2 ni sudah lama meninggal dunia.Moga2 Allah Taala mengampunkan dosa2 mereka.Disebut juga faraid hendaklah difaraid selepas ditolak dari segala hutang-piutang semati,termasuk upah haji jika belum menunaikannya serta perkara2 yang perlu dijelaskan@dibayar dahulu.Selebihnya barulah difaraid mengikut ketentuan syarak yang telah ditetapkan.Memang patut lelaki diberi 2 bahagian disebabkan apabila bapanya mati...maka segala tanggungan serta tanggunjawab terpikul kepada anak lelaki tentang tempat tinggalnya,pendidikan adik2nya serta perkahwinan adik2nya termasuk memberi perlindungan sama setaraf dengan tugas bapa semasa hidupnya.

Jika dibahagi sama rata maka sudah tentu mereka(perempuan) akan mengatakan,ini bukan tanggungan orang perempuan dan sudah tentu mereka(perempuan) boleh lepas tangan.Bertambah sukar kalau mereka sudah bersuami ,maka apa sahaja bantuan yang hendak diberi atau dibantu kena minta izin dari suami.Lebih malang lagi kalau suami berjaya memujuk untuk menukar tanah milik isteri kepadanya...kemudian menjualkannya....kahwin lain atau menceraikan isteri yang pemilik asal tanah tersebut.Sudah tentu lelaki itu kaya atau berharta dari bahagian isterinya atau bekas isterinya bukan dari hartanya sendiri.Jika lelaki yang menjualkan itu joli dengan hasil jualan tanah itu,maka siapa yang rugi dan dizalimi. lain lah jika dipihak lelaki yang berbuat begitu, sebab itu memang harta peninggalan bapanya.Sedangkan lelaki tadi joli harta bapa mertuanya atau isteri@bekas isteri yang ditipunya,malang lagi kalau diceraikan.

Isteri yang dicerai tadi jadi janda..maka pulanglah ia kepada keluarganya,maka anak lelaki akan menguruskan hal hidupnya.Mungkin ada perempuan mengatakan ia tidak begitu,suaminya baik dan tak menipu...betullah tidak dinafikan..tetapi tak kan sebab dia begitu(tak terjadi penipuan dan kezaliman begitu) hukum Allah perlu diubah atau hendak dipertakaikan...mereka bukan Allah atau ia lebih pandai dari Allah swt...dan mungkin banyak lagi alasan kenapa Allah swt jadi hukum faraid itu begitu...

WARTAWAN @ PEMBERITA DAN PENULIS BOLEH DAPAT PAHALA BESAR ATAU DAPAT DOSA BESAR


Tugasnya bukannya mudah,mencabar,sukar dan pelbagai lagi hanya yang terlibat mengetahuinya.Begitu juga tentang masa yang tak terikat pada waktu,serta tempat serta suasana hingga ke medan perang untuk mendapatkan berita.Tugas ni murni jika diniatkan untuk Allah swt dengan perkara2 asas dilaksanakan dengan aqidah yang benar diikuti ibadah yang sah.Jika tidak, ia tidak akan menjadikan amalan baik disisi Allah swt.

Tugasnya yang tidak tertulis secara khusus didalam quran mahu pun didalam hadis...tetapi akan menjadi amalan soleh dan InsyaAllah akan dimasukkan oleh Allah swt kedalam syorga.Manakan tidak...jika tulisannya membawa manusia cintamya kepada Allah swt,serta membawa manusia bertaqwa dan menjadikan manusia betul2 kenal kepada Tuhannya yang mencipta segalanya iaitu Allah Taala.Malanglah jika tulisannya memecah belahkan masyarakat,tulisannya bersifat mengadu domba,tulisan2nya juga berbentuk maksiat hingga manusia menjadi lalai serta meniru agenda2@acara2 maksiat yang diwar- warkan atau yang disebarkan itu.Malang lagi, jika kerja2 yang berbentuk maksiat ini tidak perbetulkan dalam bentuk tulisan juga...dan inilah adalah salah satu syarat untuk kita bertauabat kepada Allah swt...sedangkan maut akan menjemput kita bila2 masa .Jadi,eloklah wartawan2@pemberita2 serta penulis2 Islam ini mengaji agama atau bertanya kepada ahli2 agama agar kerjayanya tidak tersalah sasar ,iaitu dengan tidak menulis perkara2 yang menyalahi hukum2 agama.

Agar kita mendapat pahala yang besar bukanlah dosa yang besar.Serta mungkin tulisan kita akan menjadi ikutan kepada masyarakat agar melakukan perkara2 kebaikan,dapat menyatukan masyarakat hingga terlaksana hukum2 Allah...hingga rakyat hidup didalam rukun damai serta dapat melaksana perintah yang berbentuk suruhan atau pun berbentuk larangan.Hinggakan masyarakat majmuk yang dulu agak susah bersatu tetapi boleh bersatu dalam membina negara yang hormoni serta tolong menolong tanpa mengira kaum dan anutan agama.Ini mungkin dapat dijadikan kenyataan jika wartawan@pemberita serta penulis dapat mengunakan mata pena dengan dengan baik,jujur,telus dan mengikut landasan2 agama.

Bukan sahaja mereka ini dikagumi didunia malahan di akhirat kelak,mereka juga akan ditempatkan,ditempat yang baik sesuailah dengan amalan yang baik yang telah dilakukan semasa di dunia.Walaupun kejujuran agak sukar dilakukan tapi yang sukar ini boleh membuahkan hasil yang baik di dunia mahu pun di akhirat jika dibuat dengan bersungguh2.Maka gunakanlah selagi kita masih hidup dan bernyawa agar tidak kesal dikemudian hari.

Thursday, October 8, 2009

JANGAN LUPA ATAU TERLEPAS PANDANG


asalaammualaikum ww...para pembaca budiman serta dirahmati Allah....sila lihat blog penulis yang lain...iaitu atas nama..fendi tazkirah....sebab tajuk perkara yang diperkatakan tidak sama....sekian terima kasih kerana melayari blog saya...fendi tazkirah..

Wednesday, October 7, 2009

GEMPA

MasyaAllah itu...ini semua kehendak Allah swt...kita memang tidak tahu apa yang tersirat...yang tersurat gempa bumi yang berlaku di Padang,sumatra...juga tsunami di kepuluan Samoa Fiji dan Samoa Amerika.Jika difikirkan dengan positif sudah tentu banyak hikmahnya...Hanya Allah swt yang mengetahuinya.Haram jika jika kita menyangka buruk terhadap Allah swt.Mungkin banyak sangkaan2 yang boleh kita buat,tapi jangan sampai kita syirik kepada Allah swt.Mungkin tidak jauh sebab musabab dari malapetaka tsunami di Acheh.Sudah tentu layak kita menerima musibah,dan memang kita tidak boleh mengatakan tidak layak,perbuatan silap dari Allah swt ,dan sebagainya,kerana tidak ada sifat begitu bagi Allah swt,yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa atas segala2nya.

Sudah tentu hasil dari tangan2@perbuatan2 kita sendiri yang seolah2 mengundang bala.Mengapa tidak,kita melakukan kemungkaran2 tanpa segan silu,melakukan kemungkaran dengan sombong,mendebik dada melakukan dosa,mengajar,menganjur majlis maksiat tanpa rasa takut dan bersalah.Hukum Quran sudah lama ditolak digantikan dengan hukum akal yang berlandas kepentingan diri dan nafsu.Solat,zakat,puasa sudah mula diabaikan,kadang2 yang solat,bersolat tanpa ilmu....Haji sebagai melancung bukan untuk ketaatan pada Allah.Mencipta agama2 baru,menambah2 amalan2 yang tidak dibuat oleh Rasullullah saw....yang menarik(teruk)ibadah ditamabah2@bidaah....dalam masa yang sama mungkar dilakukan dengan bermaharajalela@besar2an.Teguran alim ulamak tidak dipedulikan...orang zalim@ahli maksiat lebih berkuasa atau dilantik menjadi pemimpin.Alim ulamak membisu seribu bahasa,ada alim ulamak mengejar pangkat dan gaji besar,ada alim ulamak mengumpul harta dan hidup dalam kemewahan.

Segala tunjuk ajar sumbangan ilmu dan ibadah diniagakan@komiselkan,ada alim ulamak kerja membodek sana sini untuk kepentingan peribadi,ada alim ulamak bersekongkol dengan ahli maksiat,kadang2 membela sedang kerjanya pun sudah bentuk fitnah dan maksiat....dan banyak lagi cerca marba yang telah berlaku...hingga yang batil nampak haq dan yang haq nampak batil.Itu belum sebut pasal judi,zina,pelacuran,buang anak,rasuah,mencuri,rogol dan segala macam maksiat...dan kadang2 ia dilindungi atas sebab dapat habuan atau diri sendiri terlibat.Kalau beginilah sampai bila manusia macam ini hendak menerima hukum Islam.Jika dilaksanakan maka merekalah dahulu akan menerima hukuman itu.Itu belum cerita ulamak yang penakut,bacul,dayus dll lain gelaran...ia lebih takut manusia dari Allah swt.Sedang mereka mengajar jangan syirik,jangan rosakkan aqidah dengan nas2 disebut sebagai dalil.Sedangkan mereka sendiri pun begitu...kalau dulu perpatah berkata...jika guru kencing berdiri,murid kencing berlari....sekarang kalau guru kencing berlari...mungkin murid mandi air kencing....

Ingatlah wahai alim ulamak jangan jadi makhluk perosak...makhluk penipu dan memyembunyi hukum2 Allah dan ayat2 Allah...Jangan kita yang dimaksud oleh Rasullullah saw ulamak yang rosak@batil.....bukan ulamak haq@benar....Insaflah,janganlah hanya pandai bercakap 'sebaik2 contoh ialah Rasullullah' tapi yang bercakap tidak ikut pun....tu yang panggil cakap tidak serupa bikin....bagi nazir2 masjid atau pengerusi2 surau ...ustaz2 macamni jangan dipanggil....mereka hanya hendak memenuh karung saku mereka......Ingatlah ustaz2 jangan agama dijual dengan dunia.....dengan ini tidak layakkah kita menerima gempa....bagi kita di Malaysia tidak mustahil berlaku...lebih kalau yang bercakap agama dengan haq@benar...disekat atau digam...tunggu....tunggguuuuuuu.......







Afghan - Padamu Ku Bersujud

>


keredaanMU





Gratisan Musik