Sunday, November 8, 2009

SEKURANG2NYA MENJADI BURUNG PIPIT@BURUNG KECIL



Maaf dipinta...blog ini tidak dimaskinikan atau jarang sangat ditambah isikandungnya....sila lihat blog...fenditazkirah....mungkin blog agak selalu dimaskinikan oleh penulis.

Tentang burung pipit mungkin ramai yang sudah maklum.Diringkaskan kisah ini berlaku semasa pembakaran nabi Ibrahim as yang telah merobohkan patung2 berhala.Oleh kerana kemarahan fir'aun maka dihukum bakar hidup2.Disini dan ketika inilah burung pipit yang kecil memainkan peranannya.Kecil tapi jiwanya besar dan bertanggungjawab.

Manakan tidak.Inilah satu2nya burung yang cuba memadam api yang membakar nabi Allah Ibrahim as.Dan ia tahu bahawa paruh yang kecil dan air yang setitik dua tidak akan dapat memadam api yang besar itu.Namun ia tetap berusaha sedaya upayanya,Setakat kemampuan yang ada.Hingga burung yang lebih besar hairan dan mungkin satu perkara lucu dan boleh diketawakan atau jadi bahan lawak.Mungkin lawak bodoh.Atau yang mengetawakan itulah yang sebenar bodoh lagi tolol atau ditololkan oleh syaitan dan iblis.Kenapa ....kerana jiwa dan semangatnya tinggi untuk dunia dan kemewahan serta takut kepada tindakan manusia...seolah2 memikirkan manusia itulah yang memberi rezeki kepadanya.Pelik tapi benar dan ini realiti dan macam program realiti yang yang banyak mengundang dosa dan kemurkaan Allah swt.

Maka berkata burung2 yang lebih besar darinya.Pipit perbuatan itu sia2 dan api itu tidak akan padam.Kata itu disertai dengan sindir dan bahan ketawa.Maka berkatalah pipit.Aku tahu memang tidak akan padam....sekurang2nya jika Allah bertanya kepada ku....apa yang aku buat bila nabi Allah Ibrahim as dibakar....aku akan menjawab telah cuba memadamkannya setakat yang terdaya dan termampu dan bukan lihat dan tunggu saja.Maka tersentak burung2 lain bila mendengar jawapan sipipit iu.

Bagaimana tuan puan.Apabila melihat kemungkaran adakah lihat dan tunggu sahaja.Jangan lagi teruk lagi tuan puan yang melakukan kemungkaran atau menjadi penganjur kemungkaran.Amat teruk sikap kita nampak kesesatan orang lain diri sendiri sesat tidak nampak.Yang pelik rasa betul dan hebat.Siapa yang kata begitu.....syaitanlah yang membisikkan kepada diri mereka.

Udah2lah tu.Bawa bertaubat dan ingatkan kematian.Ingat hidup lama dan panjang usia menyebabkan kita leka dan lambat bertaubat.Takut mati dulu atau tidak sempat jadi tua.Sekarang Allah nak sebabkan mati sangat senanng iaitu dengan pelbagai kemalangan.



UNTUK KEJAYAAN PADA MULANYA HENDAKLAH DIPAKSA




Maaf lambat di update kan.Kesuntukan masa.Ibadah juga perkara2 baik yang lain sukar dikerjakan.Ini mungkin atau sudah tentu dari peranan syaitan dan nafsu yang tamak dunia dan hendak bersenang2.Tapi sanggup bersusah payah untuk mencari keuntungan dunia demi wang serta kemewahan.Tidak ketinggalan gulungan2 agama.Ini kerana trend atau cara hidup sekarang.Perlu tunjukkan kehebatan ilmu serta kekayaan dan gaya hidup mewah.Hingga mengabaikan ibadah sunat.Malah ada yang lebih teruk wajib juga diabaikan.Ada lagi teruk bukan sahaja ingkar kewajipan itu malah menentang dan meraguinya.Tapi masih perasan Islam lagi.Jauh disudut hati memilih amalan2 Islam.Ambil yang mudah dan menguntungkan.Sukar ditinggalkan.Sebab apa...jika dilaksanakan ia akan dihukum.Sebab ia yang melakukan kesalahan itu.Contoh zina,curi,minum arak dsbnya.

Itu mukadimah.Baik amalan wajib dan lebih2 amalan sunat memang ada halangan dari syaitan dan kadang2 dibantu oleh nafsu kita sendiri kerana jahil serta takbur.Ada baik halangan ini kita lawan berterusan.Amaln itu kita paksa2kan pada diri kita juntuk menmgamalkannya.Buat dan paksa berkali hingga jadi amalan.Alah bisa....maka nanti jadi biasa,Hingga jika tidak buat maka jadi janggal atau tak sempurna hidup hari itu jika tidak membuat amalan itu.

Memang mungkin ada perasan malas,bertangguh2,riak,tidak ikhlas dan segala macam mak nenek nak mengagalkan usaha kita.Kita tetap lawan.InsyaAllah hasil paksaan serta kesungguhan yang ditunjukkan Allah swt akan membantu kita untuk mengamal ibadah tersebut.Kenapa kita boleh paksa diri kita buat benda malu dan mungkar ini mungkin sebab jahil tentang dosa atau tahu tapi paksa juga....akhirnya rasa tidak berdosa lagi

Berbalik paksaan dalam beribadah....jika sudah biasa ia akan menjadi satu kesedapan dan nikmat.Iaitu nikmat keimanan serta kemanisan iman yang mana orang lain tidak dapt merasainya....malah kita sahaja dapat merasai.

Apa lagi cuba lah.Hai perkara dosa maksiat boleh cuba kenapa benda baik malas nak cuba.Mungkin syaitan dah bertaut dengan fikiran dan minda kita hingga kebaikan tidak nampak maka kejahatan itu yang sedap dilakukan.Malang tuan puan kerana orang macam ini dipilih oleh Allah untuk masuk neraka.Sebab akal yang diberi tidak dapat digunakan dengan betul...Sebab bongkak dan sombong bodoh.

Tuesday, November 3, 2009

EMAS SUDAHLAH DIPAKAI LEPAS TU DITUNJUK2



Emas memang menjadi tanda mercu kekayaan dan kemewahan.Nilainya berubah2 tetapi tetap utuh.Ia menjadikan nilai cagaran bagi negara2 didunia.Memang harus bagi wanita memakainya dari hukum syarak.Ia juga boleh menjadi pengikat kasih sayang jika dihadiah kepada isteri2.Mungkin menjadi umpan pancing kepada wanita.Awas jangan sampai perkara terlarang dan haram terjadi.

Walaupun ia berupa barang kemas atau hiasan,Ia juga kena zakat jika cukup syarat dan rukunnya.Boleh dipakai bagi kaum wanita tetapi tetap haram menunjuk2kannya.Ini mungkin timbul riak,bangga diri,sombong dan yang sama sewaktu dengannya.Ia juga mengundang bahaya jika ditunjukkan.Banyak kes ragut,rompak,pecah rumah,bunuh dsbnya disebabkan berpunca dari emas ini.Menunjukannya kita mengundang jenayah pada diri kita sendiri.Alangkan menunjukkan body yang mengiur pun boleh jadi mangsa rogol dan bunuh.Jangan kita membuat perkara yang membahayakan diri.Larangan Allah swt menunjuk2 itu tentu ada hikmah.Tetapi ada yang bersikap degil.Lantang kau orang.Payah jika kita bersangka baik tidak kena tempat.Mungkin sudah puas hidup dan neraka itu sejuk macam hawa dingin bagi mereka.

Ia juga jadi riba jika digadaikan tidak mengikut kaedah gadaian Islam.Emas akan digadai jika bila kesempitan wang.Kadang2 jadi pinjaman untuk digadai atau untuk ke majlis2 tertentu.Ini semata2 untuk menunjuk mereka juga ada emas,walaupun hakikatnya pinjam.Jika emas jadi harta peninggalan jadi bahan rebutan.Silap2 jadi gaduh atau silap faraidh....ada juga mereka menyerahkan kepada adik beradik perempuan...sedangkan juga milik faraidh bagi adik beradik lelaki.Mudah faraidh dengan dijual kemudian mengikut faraidh satu bahagian perempuan dan dua bahagian lelaki.Mengingkari faraidh Islam ada haram dan dosa besar.Ini kerana menganggap Allah tidak adil atau tidak bijaksana meletakkan hukum.Sedarlah kita pun dijadikan....tak kan sombong dengan Allah....lebih2 kita dah tua2....dan nak dekat mampus....

Susah kalau kita bertuhan dihati atau akal juga ilmu seciput.Itu dengan rahmat Allah dihidupkan dan beri akal...kalau gila macam mana....Akal serta ilmu yang ada pun terhad lagi terbatas.Jangan nak berlagaklah....