Sunday, January 31, 2010

RENUNGKANLAH


Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ?"

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? "
Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "

(Riwayat Tirmizi)

CUBA AMALKAN

kelebihan Qursi




assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumahsehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...""Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu".......

Saturday, January 30, 2010

APA PANDANG TUAN PUAN DALAM BERITA DIBAWAH INI

2 guru ‘bergusti’



BANTING: Memalukan apabila seorang ustazah dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini bergaduh sesama sendiri dengan disaksikan pelajar dan guru lain di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, ustazah berusia 40-an dan guru Matematik berusia 24 tahun dikatakan ‘bergusti’ selepas berlaku salah faham ketika berada di kantin sekolah. Difahamkan, guru muda terbabit terpaksa melarikan diri sambil dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum ditampar dan bergelut dengan ustazah terbabit. Sumber berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dendam ustazah berkenaan sejak setahun lalu selepas anaknya yang diajar guru terbabit dipukul dengan pembaris kerana melakukan kesalahan. Bagaimanapun katanya, tindakan guru itu menimbulkan perasaan tidak puas hati ustazah itu sehingga membawa kepada pergaduhan. “Guru muda itu dikatakan dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum dia ditampar, dipukul dan bergelut dengan ustazah itu. “Insiden itu berlaku beberapa minit dan dipercayai turut disaksikan pelajar yang sedang melakukan aktiviti luar sebelum beberapa guru lain berjaya mententeramkannya,” katanya di sini, semalam. Difahamkan, kejadian itu kali pertama berlaku di sekolah berkenaan, bagaimanapun kejadian itu boleh menimbulkan implikasi negatif kerana ia disaksikan pelajar. Susulan kejadian itu, guru Matematik itu kemudian membuat satu laporan polis kira-kira jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat berhubung kejadian itu. Kedua-dua guru berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun difahamkan mereka sudah dipanggil pentadbir sekolah untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian itu kerana ia mula menjadi buah mulut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. “Saya difahamkan kedua-dua guru terbabit pernah berselisih faham sebelum berlaku kejadian ini. “Bagaimanapun ia dapat dikawal dan diselesaikan secara baik oleh pihak sekolah,” katanya.

Friday, January 29, 2010

SEBAGAI RENUNGAN


Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ‘Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.’

(Riwayat Tirmizi)

Tuesday, January 26, 2010

IKLAN OH IKLAN



Iklan adalah sesuatu cara untuk mengenal barang yang kita jual atau memberitahu maklumat2 penting dan sebagainya.Mungkin juga untuk perkara2 lain misalnya yang dibuat oleh kementerian2,contoh kementerian kesihatan,kementerian pelancungan,kementerian penerangan serta agensi2 lain.Bagi menghebahkan sesuatu perkara penting kepada orang ramai dengan pelbagai media.

Contoh menjaga kebersihan untuuk menggelakan jangkitan H1N1,demam denggi,membeli barangan tempatan,berhati2 dijalan raya,marilah mengundi dan bla...bla juga segala macam mak nenek bentuk dan tujuan.

Tetapi kenapa agensi2 yang terbabit atau yang berkepentingan tidak mengiklan perkara2 yang berkaitan agama.Menyuruh orang bersolat,menutup aurat,jauhkan diri dari riba,tidak minum arak,tidak berjudi,jangan bercampur gaul lelaki perempuan secara bebas dll.Adakah tiada agensi yang hendak mencari pahala atau membuat kebajikan bagi tujuan begini.Tiada agensi2 yang sanggup membayar kos pengiklanan ini.Juga tidak adakah agensi yang sanggup memberi ruang iklan ini dibuat secara percuma atau media itu sendiri membuat iklan begini.

Mungkin ini terlepas pandang atau ada perkara2 yang menghalang untuk berbuat demikian.Mungkin ada 1001 macam halangan dan alasan perkara ini tiada dibuat.Mungkin sudah ada tetapi jarang keluar atau diwaktu bukan waktu puncak.Jika tiada atau terlalu jarang kena rapatkanlah iklan itu....kalau belum kenalah buat...atau kalau bukan waktu puncak kenalah buat diwaktu puncak.Jangan tidak berbuat begitu mungkin hanya memikirkan keuntungan atau takut kena batang hidung sendiri.

Beginilah manusia sekarang beribadah hanya di masjid2 atau dirumah2 atau tempat tertentu....juga pada masa tertentu....memakai tudung apabila ada pembesar2 meninggal dunia.Kadang kesian ustaz2 yang panggil ke TV2 kena berhadapan dengan juru acara yang tidak tutup aurat.Mereka selamba dan tidak rasa bersalah.Mana moralnya pada Allah dan Islam....kita macam mengabaikan perintah Allah.Sedangkan apa yang kita ada ialah semua kurniaan Allah.

Jangan asyik marah@tidak suka orang yang mencegah mungkar dan mengajak amal makruf .Itu adalah tanggung jawab orang Islam.Marah orang memberi hukum yang kita kena batang hidung kita sendiri.Ini hukum bukan dari ustaz2 tetapi hukum dari Allah.Kalau kita rasa ustaz2 itu ada kepentingan diri atau parti,sila rujuk kepada ulamak2 negera2 lain dari mesir ke ,negera2 arab ke...atau duduk semeja ulamak2 muafakat jatuhkan hukum.Tapi kalau hukum itu dah nyata dalam quran dan hadis apa lagi nak bincangkan.Sapakah kita yang nak bandingkan dengan Allah swt dan Rasullullah saw.

Jangan pula nanti bila berada dihadapan Allah swt kita menyalah ahli agama mengatakan tidak memberitahu...kecuali ulamak bisu yang berkepentingan.Ubahlah sikap,sedar kematian akan menjemput kita....kita kan berada dialam barzah akan ditanya dam diseksa sebab mengabaikan agama.Dan dicampak dalam neraka kerana kedegilan menurut ajaran Islam.Ingat kita tua ...lemah...dan mati.

Monday, January 25, 2010

BERDOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN


MUNAJATLAH


YaAllah kubisikkan kerinduan Keinsafan PengharapanMu kusembahkan

pengorbanan Membuktikan kecintaan
Bisikanku untuk-Mu Munajatku mohon restu Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu Gelombang lautan rinduanku

YaAllah kubisikkan kerinduan Keinsafan PengharapanMu Kusembahkan

pengorbanan Membuktikan kecintaanku

Munajatku dalam syahdu Merindui maghfirah-Mu Mardhiah-Mu dalam restu Harapan tulusnya hatiku Kurindukan pimpinan-Mu Keagungan-Mu dalam doaku Kebesaran pada qudrat-Mu Ia membina ruhaniku

YaAllah kubisikkan kerinduan Keinsafan PengharapanMu kusembahkan pengorbanan Membuktikan kecintaan Ujian kepahitan
Di dalam kehidupan Padanya ada kemanisan Ketenangan dan kebahagiaan
Bayangan syurga idamanku

Munajatku dalam syahdu Merindui Maghfirah-Mu Mardhiah-Mu dalam restu Harapan tulusnya hatiku Kurindukan pimpinan-Mu Keagungan-Mu dalam doaku Kebesaran pada Qudrat-Mu Ia membina ruhaniku

YaAllah kubisikkan kerinduan Keinsafan PengharapanMu kusembahkan pengorbanan Membuktikan kecintaan

BOLEHKAH KITA AMALKAN



BOLEH DICUBA DAN TAMBAH@KURANGKAN MENGIKUT KESESUAIAN BERLANDASKAN QURAN DAN HADIS
63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3.. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin(intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan pasangan.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut I love you sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

BAGAIMANA KITA


Tanda hati bersih : Tidak pernah berhenti dari mengingati Allah, tidak pernah ada rasa jemu untuk beribadah kepada Allah, tidak pernah menaruh rasa suka, sayang atau seronok terhadap selain Allah. Kecuali dengan seseorang atau sesuatu yang boleh membawanya ke sisi Allah dan mengingatiNya.” Misalnya ia tidak pernah menaruh rasa sayang kepada seseorang kecuali hal itu boleh membawanya untuk lebih mencintai Allah.



"dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang yakin, dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan" (Ad-zariyat 20-21)



kasih sayang ALLAH tidak akan dirasai tanpa ujian..tidak akan dirasai tanpa kehambaan..tidak akan dirasai tanpa munajat..tidak akan dirasai tanpa muhasabah,banyak mana ujian ALLAH banyak itulah kasih sayangNYA pada

hambaNYA..



"Celakalah orang yang solat. Iaitu orang yang lalai didalam solat"(Al-Maun:4-5)



"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih bagi allah. Tiasa sesuatupun pun melainkan bertasbih dengan memujinya" (al-isra :44) Manusia pula diberi kesempurnaan dan kebijaksanaan tetapi lalai dari mengingati Allah bahkan selalu berfikir merekalah yang paling layak untuk menduduki syurga Allah.

MENARIK UNTUK KITA FIKIRKAN




Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA


Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.

Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!

Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah komen ini
kepada sahabat-sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10 lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu dan
juga semua orang!

BERTAUBATLAH BUKAN KERANA INI DAN SALAH PULAK TU




Renungkan.. 27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha, 18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah, 25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas, 01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi, 26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW, 02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus, 28-06-2010 Jumaat Hari Wesak, 05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali, 10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri, 01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan, 15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari; Kepada semua kenalanku..sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari khiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT...sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhoan daripada ALLAH SWT.. renungan bersama..

JIKA KITA AMATI2 BENDA SALAH DAN TAK BETUL SAMA SEKALI DAN ROSAK IMAN

Lihatlah tujuannya baik tapi jahil agama atau ini kerja2 orang kafir dan syaitan.Mana boleh Nabi Isa as itu mati.Ia diangkat oleh Allah swt dan akan diturunkan kedunia.Mati atau salib itu kepercayaan agama kristian.Begitu juga sambutan krismas itu bukan sambutan hari kebesaran Islam.Reda kekafiran kita boleh jadi kafir....cuba lihat mustika hadis jilid satu.Kemudian disabitkan hari wesak dan depavali.Siapa penulis catitan diatas....Mabuk betul aqidahnya....Nak tunjuk Islamik tapi tersasar jauh.Mungkin ramai dan email atau sms juga comment begini.

Memohon keampunan bukan tunggu musibah atau apa sahaja alasan baru nak bertaubat.Malah dianjurkan bertuabat setiap ketika bukan ada ketika2nya.Malah disarankan memenuhi surau2 serta masjid2 untuk menuntut ilmu.jika tidak jadi seperti atas hingga tidak tahu sumber itu berbentuk Islam atau tipu daya orang2 bodoh lagi tidak bertanggung jawab....

Dan lagi...jika perkara2 begini berlaku dimasa akan datang....jika ragu2 sila rujuk ke jabatan agama berdekatan atau guru2 agama yang arif tentang Islam.Jangan sebar membuta tuli.Nanti malu kita...nampak sangat jahil agama.Atau memang kita nak confirmkan kita memang bodoh tentang Islam.Belajarlah dan beramallah...ingatkan mati...jangan tunggu2 takut mati tidak dan tua atau tak dan belajar fardu ain....cukup2lah cari dunia ni.....