Tuesday, June 29, 2010

BAGI PANDUAN WANITA ISLAM .....BACALAH .... DAN HAYATILAH......ITU PUN KALAU NAK SYURGA ALLAH SWT...

Susahkah menjadi Wanita Islam?

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!^_^





Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Engkaulah "wanita istimewa"

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Allah Maha Adil

Thursday, June 24, 2010

Monday, June 21, 2010

SURAH ALMULK








Kaligrafi Pictures, Images and Photos





<<a href="http://imikimi00.com/link/link_through/14wXo-15m?password=IUeivloJ4c" title="Click to customize this Kimi-Image with your own Messages and Photos on Imikimi.com!" target="_top">

Islamic Pictures, Images and Photos









Kaligrafi Pictures, Images and Photos





<<a href="http://imikimi00.com/link/link_through/14wXo-15m?password=IUeivloJ4c" title="Click to customize this Kimi-Image with your own Messages and Photos on Imikimi.com!" target="_top">

Islamic Pictures, Images and Photos


Sunday, June 20, 2010

tazkirah 1





Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda: ...Di antara tanda-tanda (datangnya) hari kiamat adalah, ilmu pengetahuan diangkat, kebodohan, arak dan perzinaan berleluasa. (riwayat Bukhari dan Muslim)

memang sejak akhir ni...perkara ini begitu ketara sekali.Macam tidak boleh dibendung lagi.Ulamak2 serta ustaz2@ustazah2 hanya menyalahkan kejahilan dan buta agama atau macam2 lagi alasan yang diberikan.

Tapi tidak atau kurang menyentuh perkara2 pergaulan bebas setiap peringkat,hukum quran tidak dilaksana lebih rejam,rotan,potongan dll.Pendedahan aurat,filem lucah,Islam dianut sebagai warisan ibubapa dan tidak diamalkan sepenuhnya.Ulamak2 bisu lebih ramai dari ulamak haq dan berani.Ulamak atau ustaz2@ustazah yang mengutamakan kemewahan dunia,pangkat serta wang ringgit hingga seolah2 agama dijual untuk dunia.

Ceramah hanya bab iman,tajwid,solat dll yang langsung tidak menyentuh hukum hudud...kalau cerita pun ala kadar....takut kena gam atau fulus tak masuk....susah nanti nak bayar kereta mewah ...rumah banglo atau rumah 2 tingkat.Kerana berfikir Islam tidak menyekat mencari kekayaan.Sebenarnya Allah uji kemewahan kita selalu kecundang.Sekurangnya sifat sombong dan menunjuk2 itu ada....Tak tahu kalau rasa dirinya hebat boleh ketepikan perasan itu.Timbul sifat ujub.Usah temberanglah....bukan semua orang bodoh...puluhan ribu kelulusan ijazah jurusan agama.Kalau niat belajar untuk pangkat dan wang@dunia maka Allah masukkan dlm neraka...maksud hadis...

Sebaik2nya bertaubat kembali pada ajaran Islam yang sempurna...perlu rasa sukar dan pahit mungkin ni mendekatkan diri kita dengan Allah...Ingatlah ketika berada di dalam kubur,ketika berada di padang mahsyar...ingat neraka Allah yang apinya menjulang2...jangan cakap aje...diri sendiri seolah2 mengajar neraka.Wang dapat hasil ceramah tapi orang yang belajar tidak taqwa2 juga....kenapa sebab kita datang bukan nak orang taqwa tetapi nak dapat sampul surat berisi....hendak kita ceramah kalau diberi sekadar hidup sederhana...kereta kecil dan rumah yang kecil serta hidup memada....fikir2kan lah....



Saturday, June 19, 2010

KITA SENDIRI YANG ISLAM MENGAMBARKAN ISLAM JAHAT ATAU PENGANAS....... BAGI PELUANG MUSUH ISLAM MGHINA ISLAM

Dakwa atau kamu hanya cuba burukkan Islam - SM Idris
Harakahdaily

PULAU PINANG, 18 Jun: Ketua Polis Negara digesa mendedahkan nama pengganas dan mendakwa mereka ke mahkamah atau didakwa "merekacipta dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam di negara ini."

Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, S. M. Mohamed Idris (gambar) dalam kenyataannya mengutuk sekeras-kerasnya propaganda hitam yang didedahkan oleh unit Polis Indonesia Detachment 88 dan disiarkan dalam media tempatan dengan tajuk utama yang menonjol bahawa ulama Indonesia yang dihormati Abu Bakar Bashir didakwa membantu membiayai dan menyokong sarang pengganas bersenjata di Acheh.

Kini, polis Malaysia pula mendakwa kononnya “pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan kenyataan polis itu dan mendesak agar kalau ada, mereka didakwa segera.

"Ketua Polis Negara Malaysia juga mestilah menjelaskan mengenai laporan berita dalam akhbar harian tempatan bahawa “pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang.” kata SM Idris.

‘Pengganas’ itu didakwa kononnya mempunyai hubungan dengan Al Qaeda dan Jemaah Islamiah, organisasi yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai pertubuhan pengganas Islam.

Berita itu dipetik daripada ‘sumber perisikan’ yang tidak mendedahkan nama mereka dan ini merupakan taktik yang sering digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan Mossad Israel untuk menyebarkan propaganda hitam dalam media bagi memburuk-burukkan lagi imej Islam dan para penganutnya.

Lebih menarik lagi sasarannya adalah kuil Hindu yang menjadi tempat suci bagi orang India dan kuil Buddha bagi orang Cina, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Ia merupakan cara yang paling baik untuk menyalahkan Islam dan umat Islam sebagai pembekal keganasan di mata pengikut kedua agama ini.

“Berita” yang amat membimbangkan ini melainkan disokong oleh bukti yang konkrit akan menimbulkan ketegangan antara orang Islam, Hindu dan Buddha," kata SM Idris.

Menurut SM Idris, Detachment 88 diwujudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Australia yang menyediakan biaya dan latihan untuk pegawainya.

Atas alasan untuk memerangi keganasan, ia hanyalah merupakan alat kerajaan asing untuk mendakwa orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan maruah umat Islam dan kedaulatan negara Indonesia.

Abu Bakar Bashir, kata kenyataan itu, menjadi penghalang kepada Indonesia untuk menjadi negara yang tunduk kepada Amerika Syarikat dan juga kepada ejennya yang menyalahtafsirkan ajaran Islam dan mengutuk penentangan oleh umat Islam terhadap dominasi dan hegemoni asing.

Kerajaan Amerika Syarikat dan Australia, melalui ejen mereka di dalam pasukan polis, pentadbiran dan media cuba untuk membabitkan Abu Bakar Bashir dalam aktiviti keganasan, dakwa SM Idris lagi.

"Mereka mereka-rekakan bukti untuk mengaitkannya dengan pengeboman Bali yang tidak dapat dipertahankan terhadap penelitian mahkamah. Beliau didakwa sebagai pengkhianat tetapi dibebaskan kerana kekurangan bukti.
"Bagaimanapun, beliau didapati bersalah kerana melanggar peraturan imigresen dan dipenjara tiga tahun, jelas untuk memuaskan kerajaan Amerika Syarikat dan Australia tetapi mereka masih tidak berpuas hati dan mengkritik keputusan itu dan menekan kerajaan Indonesia supaya bertindak ke atasnya," katanya dalam kenyataan itu.

Sekali lagi, tambah SM Idris yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Detachment 88 dilihat mereka-rekakan bukti terhadap Abu Bakar Bashir untuk memenjarakannya bagi memuaskan hati mereka.

"Kami menggesa Pejabat Peguam Negara Indonesia agar tidak terperangkap dengan Detachment 88 dan agensi perisikan Amerika Syarikat dan Australia dan mendakwa ulama yang amat dihormati itu.

"Tindakan seperti itu adalah bertentangan sama sekali dengan berjuta umat Islam dan bukan Islam yang amat menghargai keadilan," katanya.

MASA NI MENDEKATKAN DIRI DGN ALLAH....SBELUM NI PUN DAH PESTA KUIH...BERAMAL ISLAM YG SEDAP2...HUKUM HUDUD LANGSUNG XDIBINCANGKAN & PERGAULAN BEBAS..

Lagi NGO bantah Festival Ramadan
Zulaikha Zulkifli dan Puteri Aida Haryani
Jun 19, 10
9:31am

Rancangan Kementerian Pelancongan untuk mengadakan Festival Ramadan bagi menarik pelancong Arab melawat Malaysia, terus mendapat bantahan.

abimPresiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhamad Razak Idris berkata, hasrat kerajaan mengadakan festival itu merupakan satu cadangan yang lari dari roh sebenar Ramadan.

Beliau berkata, dalam perspektif Islam, bulan Ramadan merupakan bulan untuk meningkatkan kualiti ibadah.

"(Bagaimanapun) kalau kementerian pelancongan membuat sedikit pengubahsuaian sejajar dengan falsafah sebenar Ramadan dan mendatangkan kebaikkan kepada semua orang, ia boleh diteruskan jika ia tidak mempunyai unsur bersuka-ria.

hari raya ramadhan stalls 021006 04"Kementerian boleh mendapatkan pandangan dan rundingan daripada pertubuhan Islam bagi mendapatkan konsep yang wajar yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada semua orang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berkata, pihaknya tidak bersetuju jika Ramadan dikomersialkan dengan penganjuran Festival Ramadan.

Bagaimanapun beliau berkata, jika acara itu bertujuan untuk menjalinkan hubungan antarabangsa dan mempunyai fungsi merapatkan ukhuwah untuk kebaikkan, maka ia wajar diadakan.

"Tetapi kalau festival ini untuk 'difestivalkan' maka saya tidak setuju," katanya.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz juga membantah cadangan kementerian pelancongan itu jika majlis yang bakal dianjurkan tidak menghormati bulan Ramadan.

arab middle east tourist 191005Muhammad Faisal berkata, perkara ini bukan kali pertama terjadi kerana tahun sebelum ini turut diadakan program sedemikian.

"Pada pandangan saya, program yang dianjurkan disifatkan (sebagai) tidak hormat (bulan Ramadan).

"(Festival) bukan baru (malahan) sudah dianjurkan pada tahun-tahun lepas, contohnya konsert yang seolah-olah tidak menjaga sensitiviti umat Islam," katanya.

Beliau berkata, menteri pelancongan seharusnya mempunyai satu panduan yang khusus dalam menjalankan sesuatu program walaupun menteri pelancongan bukan beragama Islam...




NGO bantah cadangan anjur festival Ramadan
Zulaikha Zulkifli
Jun 18, 10
3:31pm

Rancangan Kementerian Pelancongan untuk mengadakan Festival Ramadhan bagi menarik pelancong Arab melawat Malaysia, mendapat bantahan badan bukan kerajaan - Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) - kerana menurutnya ia bertentangan dengan makna dan maksud Ramadan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan sangat dihormati sebagai bulan ibadah untuk meningkatkan kekuatan rohani dan akhlak uslimin.

arab middle east tourist 191005"Pengumuman menteri tersebut yang merencana bulan itu sebagai bulan pesta makan dan pelbagai aktiviti yang dianggap akan menarik pelancong, sama sekali bertentangan dengan makna dan maksud Ramadan.

"(TERAS) mendapati rencana itu adalah satu penghinaan terhadap kemuliaan bulan barakah yang mengajar para Muslimin untuk mengawal nafsu serta mendidik diri untuk tidak bersifat berfoya-foya dan membazir," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Azmi berkata, program tersebut hanya mengambil kira aspek keuntungan yang dapat dikumpul dari wang pelancongan yang dijadikan perhitungan dan ia menghina bulan Ramadan.

ramadhan special 241005 buyer and sellerMalah, beliau turut menentang sebarang usaha yang menjadikan ibadah yang mulia di sisi Islam, bertukar dan dipakej sebagai bahan atau khidmat yang dijual untuk mengaut keuntungan.

Beliau juga berkata kenyataan menteri itu yang mengatakan pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam bagi menjemput imam-imam terkenal bagi memimpin ibadah terawih sebagai satu lagi pakej menarik pelancong untuk berkunjung ke Malaysia, menunjukkan kejahilan beliau terhadap martabat solat terawih di bulan puasa.

Selain itu, beliau juga akan menghantar surat bantahan dalam masa terdekat kepada kementerian pelancongan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan menteri hal ehwal agama, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membuat penilaian semula terhadap cadangan tersebut.

arab tourist in malaysia 301104 arab women shopping in klKatanya, perkara itu juga akan dibawa ke pengetahuan Majlis Fatwa dan Majlis Raja-Raja untuk mendesak supaya festival tersebut dibatalkan.

"Kita nak kumpul banyak lagi sokongan daripada badan-badan Islam di seluruh negara untuk mengesahkan bantahan ini," katanya.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen sebelum ini mencadangkan untuk mengadakan Festival Ramadhan di I-City Shah Alam sebagai salah satu inisiatif bagi menarik pelancong Arab ke Malaysia pada Ogos nanti.






Fesival Ramadhan: Lucunya mahu tarik pelancong Arab
Wartawan Kita

KOTA BHARU, 19 Jun: Sempena kedatangan Ramadhan 1431, Kementerian Pelancongan Malaysia diwar-warkan akan menganjurkan suatu pesta yang dinamakan Festival Ramadhan pada tahun ini bertempat di I-City Shah Alam, sesuatu yang melucukan.

Sebelum ini lokasi sama diadakan festival sempena sambutan Hari Natal.

Antara yang disebut tujuan Festival Ramadhan yang bakal dianjurkan oleh kementerian yang diterajui oleh Datuk Seri Ng Yen Yen ialah untuk menarik pelancong daripada Timur Tengah.

Bagi Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelanconagan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Nasruddin Mahmud Muhaidin, tujuan Ng Yen Yen untuk menarik pelancong Arab menyertai festival itu juga suatu yang agak melucukan.

Di Kelantan, katanya secara khusus di Kota Bharu semenjak Kelantan diperintah oleh PAS, program yang dinamakan Ihya Ramadhan di Negeri Serambi Mekah telah dilaksanakan selama hampir 20 tahun yang lalu.

Katanya, bermula dengan khemah terawih di tengah-tengah pusat bandar di Parit Dalam, hari ini ia dijadikan sebuah perkampungan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke IV yang dinamakan Qaryah Ramadhan.

Jelasnya, qaryah dalam bahasa Arab bermaksud kampung di mana Qaryah Ramadahan mula diperkenalkan pada tahun 2007.

“Adakah ini satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan yang ingin ditiru oleh kerajaan Pusat selepas mereka meniru cuti Sabtu, cuti bersalin, takaful warga emas dan sistem gadaian Islam dan lain-lain,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, Qaryah Ramadhan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri padat dengan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan amalan dan ibadat rakyat Kelantan.

Antarany, kata beliau majlis iftor (berbuka) secara terbuka yang setiap hari anggaran ratusan orang yang turut serta yang mana makanan disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dengan penajaan bandan korporat serta sumbangan orang ramai.

“Solat terawih pula diimami oleh imam yang didatngkan dari Mesir. Imam ini juga bertindak sebagai pembimbing untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran selepas selesai solat terawih. Pada sebelah dinihari pula imam ini akan mengetuai solat qiamullail,” ujarnya.

Selain itu, katanya pelbagai aktiviti lain diadakan sepanjang bulan Ramadhan seperti forum atau ceramah sempena Nuzul Quran dan Badar Qubra.

Tambahnya lagi, pada sebelah petang para belia dan remaja dihidangkan dengan slot-slot intraktif dan talkshow yang memberi maklumat dan aktiviti bermanfaat kepada mereka.

Di samping itu, ujarnya lebih menarik sepanjang malam hingga ke subuh pelajar-pelajar maahad tahfiz mengadakan relay Al Quran yang dibaca secara berterusan.

Pihak kerajaan juga, tambahnya melalui syarikat kaitan dengan kerajaan (GLC) mengambil peluang menyampaikan zakat dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Pendeknya, jelas beliau pelbagai aktiviti keagamaan dilangsungkan di Qaryah Ramadhan dalam usaha untuk menghidupkan (ihya’) Ramadhan di Kelantan.

Ini, katanya sering diwar-warkan oleh Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, “Kalaupun kita tidak dapat merasai suasana Ramadhan di Mekah, paling kurang kita merasai kemeriahan Ramadhan di Serambi Mekah”.

Menurutnya, Fesitival Ramadhan telah mendapat bantahan daripada bebrapa pertubahan bukan kerajaan jika ia dianjur atas sifat sebuah pesta semata-mata dengan tidak mengambil kira tujuan ibadah dan peningkatan amalan di bulan mulia ini.

Beliau berkata, masyarakat Arab yang begitu teruja dengan suasana Ramadhan di negara mereka tidak akan melancong ke luar negara semata-mata untuk menyertai suatu festival yang sekadar untuk tunjukan bahawa negara ini kaya dengan pelbagai makanan melalui jualan bazaar Ramadhan.

“Adakah orang Arab berselera untuk menikmati bubur lambuk kita,” ujarnya sinis

HUKUM ASALNYA HARUS...JIKA MENIMBULKAN FITNAH MAKA TIDAK DIGALAKKAN...BIARLAH YG LEBIH ALIM LEBIH MENGETAHUI....

Nik Aziz saran wanita solat Jumaat
Jun 19, 10 1:34pm
Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Harakah Daily melaporkan saranan itu diutarakan oleh Mursyidul Am, PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat Bachok, malam semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan

Thursday, June 17, 2010

DARI LAMAN ZULKARNAIN.....ELOK BUAT PANDUAN DAN RENUNGA KITA

        

Mengapa Saya Masuk Agama Islam

oleh ZULKARNAIN (Eddy Crayn Hendrik)
                        INJIL

Sebagaimana kita mengetahui, bahwa pegangan ummat Kristen,
termasuk saya pada waktu itu ialah: Injil. Injil adalah
pokok dasar hidup daripada ummat Kristen, sebab Injil
menurut Kristen ialah suatu kitab yang suci ayat-ayatnya
sebab datangnya dari Allah (Yesus Kristus). Injil yang
bersatu dengan kitab-kitab lainnya namanya Al Kitab. Al
Kitab sendiri terbagi atas dua bahagian, ialah perjanjian
lama (Old Testamen) dan Perjanjian Baru (New Testamen).

Diantara Perjanjian lama dan Perjanjian yang baru ada
hubungan, yaitu saling genap menggenapkan, saling isi
mengisi. Untuk kita memahami lebih jauh tentang Perjanjian
lama & Perjanjian baru ini, baiklah kita lihat sekarang:

PERJANJIAN LAMA

Perjanjian Lama ialah kitab-kitab yang diturunkan sebelum
kedatangan Yesus. Perjanjian Lama memuat 39 kitab-kitab
yaitu: kitab-kitab (1) Kejadian, (2) Keluaran, (3) Imamat,
(4) Bilangan, (5) Ulangan, (6) Yusak, (7) Hakim-hakim, (8)
Ruth, (9) Semuil I, (10) Semuil II, (11) Raja-raja I, (12)
Raja-raja II, (13) Tawarikh I, (14) Tawarikh II, (15) Ezra,
(16) Nahemia, (17) Ayub, (18) Mazmur (Zabur), (19) Amstal
Soleman, (20) Alkhatib, (21) Syirulasar, (22) Yesaya, (23)
Yehermia, (24) Nudub Yehermia, (25) Yeheskiel, (26) Daniel,
(27) Hosea, (28) Yowel, (29) Amos, (30) Obaja, (31) Yunus,
(32) Mikha, (33) Nahum, (34) Habakuk, (35) Sefanya, (36)
Hajai, (37) Zakaria, (38) Malakhi, (39) Esther.

Didalam kitab Perjanjian Lama Katolik, kitab Ruth tidak ada
sebaliknya mereka masih menambahkan pula kitab-kitab:
sambungan Daniel, Ensiklik I & II, Makabe I & II, Barukh,
Thobiah dan Yahudiah, sehingga bila Perjanjian Lama kaum
Protestan hanya mempunyai 39 kitab-kitab, maka Perjanjian
Lama Katolik mempunyai 46 kitab-kitab. Ditinjau dari
penulisannya menurut Kristen, maka Perjanjian Lama terdiri
atas:

1. Penulisan Musa.
2. Penulisan Daud.
3. Penulisan Nabi-Nabi dan Nabiah yang lain.

Ditinjau dari isinya, maka Perjanjian Lama terdiri atas:
Keesaan Allah, Hukum-hukum Sejarah dan Nubuatan.

Perihal Keesaan Allah

a. Ulangan 32:39: Bahwa Akulah Tuhan, bahkan Akulah dia, dan
bagi segala dewa-dewapun tiada sertaku.
Aku ini yang mematikan, Aku ini yang menghidupkan, maka
tiada sesoangpun dapat terlepas dari tanganKu.
b. Ulangan 4:39: Bahwa Tuhan itulah Hua, baik yang di langit
diatas, baik yang di bumi dibawah, dan kecuali ia tiada
lain.
c. Ulangan 6:4: Dengarkanlah olehmu hai Israil, bahwasanya
Hua Allah kita, Hua itu esa adanya.
d. Keluaran 20:2 - 4: Jangan padamu ada Allah lain, di
hadapan haderatku, jangan diperbuat olehmu akan patung
ukiran, atau akan peta barang yang didalam langit diatas,
atau barang yang dibumi dibawah, atau barang yang didalam
air dibawah bumi. Jangan kamu berbuat sujud kepadanya,
karena Akulah Tuhan Allahmu, Allah yang cemburuan adanya,
yang akan membalaskan durhaka atas segala orang yang
membenci kepadaku sampai kepada gilir yang keempatpun
daripada segala bapa.

Perihal Hukum

a. Imamat 11:7: Dan lagi akan babi, Kuharamkan ia kepadamu,
karena meskipun kukunya bersiratan ia itu berbelah dua,
tetapi tidak ia memamah biak, maka jangan kamu memakan
dagingnya dan jangan kamu menjamah akan bangkainya, karena
telah Kuharamkan ia kepadamu.
b. Keluaran 20:13 - 16: Jangan kamu membunuh, jangan kamu
membuat zinah, jangan kamu mencuri, jangan kamu mengatakan
kesaksian dusta atas sesamamu manusia.
c. Keluaran 21:18: Jika ada orang berbantah-bantah dipalu
seorang akan seorang dengan batu, atau digencet sehingga
tiada ia mati melainkan ia jatuh sakit pada katilnya,
jikalau orang itu bangkit berdiri, serta berjalan diluar
dengan bersandar pada tongkatnya, maka orang yang sudah
memalu akan dia tiada bersalah hanya akan digantinya rugi
karena berhenti kerjanya dan disuruhnya obati dia sampai
sembuh sakitnya.
d. Keluaran 23: 1: Jangan kamu bawa kabar yang dusta dan
jangan engkau memasuk tangan dalam perkara orang yang jahat,
dan menjadi saksi akan hal yang tiada benar.

Perihal Sejarah

Sejarah yang dimaksud disini ialah sejarah bangsa Israil,
yaitu sejak Yakub sampai sebelum Nabi Isa.

a. II Raja-raja 24:1: Bermula, maka pada zaman baginda sudah
berangkatlah baginda, Nebukadnesar, raja Babil maka Raja
Yuyakin menjadi hambanya 3 tahun lamanya, kemudian berpaling
haluanlah baginda dan mendurhaka kepadanya.

b. II Raja-raja 25:2: Maka negeri itu dikepung rapat-rapat
sampai kepada tahun yang ke-11 daripada kerajaan Zedekia.

c. I Tawarikh 18:1: Hatta, maka kemudian daripada itu
dikalahkan Daud akan Palistin, ditaklukkannya akan mereka
itu, dan dirampasnya Gath serta dengan segala daerah
daripada tangan orang Palistin.

d. Ruth 1:3: Hatta, maka Elimelekh laki Naomi itupun
matilah, ketinggalan perempuan itu dengan kedua anak
laki-lakinya.

Perihal Nubuatan

Yaitu tentang hal-hal besar yang akan terjadi dikemudian
hari.

a. Daniel 6: 28: Bahwa ialah penebus dan penolong, dan iapun
membuat tanda-tanda ajaib di langit dan di atas bumi,
karena telah melepaskan Daniel daripada kandang singa.
b. Daniel 4: 10: Maka inilah segala khayal di kepalaku dalam
peraduanku, bahwa sesungguhnya kulihat adalah sebatang
pohon kayu ditengah-tengah bumi dan amat besar tingginya.
c. Yesaya 21: 7: Maka dilihatnya orang berkendaraan, orang
berkuda dua-dua, orang mengendarai unta, orang mengendarai
unta, lalu didengarnya sekuat-kuat ia boleh mendengar.
d. Yesaya 3: 24: Maka akan jadi kelak, bau busuk
menggantikan bau-bauan yang harum, dan kain compang-camping
akan ganti kain yang indah-indah, dan gundul kepala akan
ganti ikal-ikalan rambut, dan kain kembali akan ganti
pakaian hari raya, dan arang dimuka akan ganti elok paras.

Itukah kurang lebih Perjanjian Lama, yaitu suatu kumpulan
Taurat Musa, Zabur dan kitab Nabi-Nabi yang lain. Bila kita
lebih teliti membacanya, maka kita akan menjumpai suatu
tanda-tanya, hal mana mungkin disebabkan karena terlampau
banyaknya tangan yang menulis, dan mungkin pula karena ada
sebahagian diantaranya yang ditulis oleh tangan manusia
biasa, artinya bukan dengan bimbingan Rokh Allah. Kita
jumpai misalnya:

Adanya pertentangan ayat-ayat didalam Perjanjian Lama

a. Dalam Kejadian 46:21 disebutkan anak Bunyamin 10 orang.
Dalam Bilangan 26:38 disebutkan anak Bunyamin 5 orang.
Dalam I Tawarikh 7:8 disebutkan anak Bunyamin 3 orang.
b. Dalam II Raja-Raja 8:26 adapun umur Ahazia waktu naik
takhta 22 tahun. Dalam II Tawarikh 22:2 adapun umur
Ahazia waktu naik takhta 42 tahun.
c. Dalam II Raja-Raja 24:8 adapun umur Yoyakim 18 tahun
waktu naik raja. Dalam II Tawarikh 36:9 adapun umur
Yoyakim waktu naik raja 8 tahun.
d. Dalam II Semuil 8:4 disebut Daud menawan 1.700 orang
berkuda. Dalam I Tawarikh 18:4 disebut Daud menawan
7.000 orang berkuda.
e. Dalam II Semuil 8: 8 disebutkan Daud merampas kota-kota
Banhah dan Bieru. Dalam I Tawarikh 18:8 disebutkan Daud
merampas kota-kota Thilhah dan Khua.
f. Dalam Kejadian 7:2-3 disebutkan ambillah binatang halal
7-7 ekor. Dalam Kejadian 7:8-9 disebutkan maka datanglah
binatang itu 2-2 ekor.
g. Dalam II Semuil 24:9 disebutkan dalam kerajaan Daud ada
800.000 orang yang tahu menghunus pedang dan 500.000 orang
Yahudi. Dalam I Tawarikh 21:5 disebutkan dalam kerajaan Daud
ada 1.100.000 orang yang tahu menghunus pedang dan 470.000
orang Yahudi.

Adanya ceritera-ceritera yang meragu-ragukan hati

1. Allah lebih kejam daripada manusia: Dalam Semuil 15:2-3
disebutkan suatu perintah kepada raja Saul untuk membunuhi
sekalian orang Amalek, besar kecil tua muda bahkan sampai
kepada kambing-kambing domba-domba dan unta-unta tidak pula
terkecuali perempuan dan anak-anak. Akal kita bertanya:
Mengapakah Allah yang sedemikian rakhman rakhiem itu sampai
hati untuk mengeluarkan perintah itu? Bahkan ketika kemudian
oleh karena Saul menolak perintah Allah yang kejam itu, maka
berbaliklah amarah Allah kepadanya, dikutukinya ia sehingga
iapun dikalahkan oleh orang-orang Amalek. Bertanya hati
kita: Adakah manusia lebih berhati lembut dari pada Allah
itu sendiri?
2. Allah berbentuk sebagai manusia, makan minum dst-nya
Dikisahkan dalam Kejadian 18:1-33 Allah singgah di kemah
Ibrahim, makan-makan dan minum-minum, serta sempat pula
berdialog dan bercanda gurau dengan Ibrahim. Dalam Kejadian
32:25-32 bahkan diceriterakan Allah dapat dikalahkan oleh
nabi Yakub.
3. Allah kadang-kadang tidak bijaksana: Terbaca dalam
Kejadian 6: 6, maka bersesallah Allah sebab telah
diciptakannya manusia ini, maka Ia itu mendukacitakan
hatiNya. Dengan kata lain, karena kurang bijaksana-Nya,
maka Allah akhirnya menyesali apa yang telah diperbuatnya.
4. Teladan nabi-nabi kita biadab, berzina melebihi batas
Nabi Luth menyerahkan kedua puterinya yang masih perawan
untuk diperkosa oleh pemuda-pemuda Sodom dan Gomorah, gagal
dengan itu, maka puteri-puterinya memabuki ayahnya sehingga
mereka bersetubuh dengan bapaknya sendiri. (Kejadian pasal
19).
Karena takutnya maka Nabi Ibrahim menyerahkan atau
membiarkan Sarah, isterinya dibawa oleh raja Gerar dengan
maksud untuk dizinai (Kejadian 20).
Demikian pula Yehuda, yang berzina dengan anak menantunya
sendiri yang bernama Tamar (Kejadian 38) Sedangkan nabi
Samson berzina dengan perempuan lacur (Hakim-hakim 16). Nabi
dan Raja Daud berzina dengan Uria isteri perwira bawahannya,
yang baru saja datang bulan (II Semuil 11:4), sedangkan
didalam II Semuil 13:1-16 diceriterakam bahwa Ammon, putera
Nabi dan Raja Daud memperkosa adik kandungnya sendiri yang
bernama Tammar, bahkan sesudah diperkosa ia lalu mengusir
Tammar.
5. Tulisan (yang dianggap sebagai wahyu Allah itu)
kadang-kadang merangsang sex: Setelah diketahui oleh Onan
(cucu Nabi Yakub) akan bibit ini kelak bukan menjadi
benihnya, maka apabila ia bersetubuh dibuangkannya maninya
ketanah. (Kejadian 38:9). Kedua belah susumu seperti anak
kijang yang kembar, yang mencari makan diantara segala bunga
bakung. (Syirulasar 4:5).
Demi melihat akan kekasihnya, maka berkatalah Soleman:
Aku ini sudah menanggalkan pakaianku mana boleh aku
memakainya pula, dan aku ini sudah membasuhkan kakiku, mana
boleh aku mencemarkannya pula (Syirulasar 5:3). Bahwa
lembagamu (kemaluan perempuan) kekasih yaitu seperti pokok
kurma, dan susunya seperti tandan buah-buah (Syirulasar
7:7). Maka ia itu berbuat zina di Mesir, pada masa mudanya
ia berbuat zina itu, disanalah susunya dijamah, dan
disanalah mata susunya dipermainkan (Yehezkiel 23:2). Dan
lagi tiada ditinggalkan zinanya di Mesir yang sudah
bersetubuh dengannya pada masa mudanya dan sudah menjamah
mata susunya pada masa ia lagi anak perawan. (Yehezkiel 23:
8). Tetapi semakin dibuat zinanya sambil mengenangkan masa
mudanya, maka asyiklah ia terlebih daripada segala
gundik-gundiknya yang dagingnya seperti daging keledai dan
cemarnya seperti cemar kuda. (Yehezkiel 23: 19).

MENGAPAKAH PERJANJIAN LAMA JADI SEDEMIKIAN?

Dari suatu kesimpulan yang kuat, dapatlah diuraikan bahwa
memang pengikut-pengikut Musa tidaklah semuanya terdiri dari
orang yang baik-baik, melainkan ada pula segolongan
diantaranya yang lebih mementingkan sifat nasionalisnya,
sehingga untuk demi mempertinggi suku dan golongannya itu,
mereka kemudian tidak ragu-ragu mengaku-aku keturunan nabi
ini atau nabi anu, walaupun untuk memperkuat hal itu
terpaksa mereka menceriterakan ceritera fitnah, bahwa
keturunannya dengan nabi anu adalah dengan jalan zina. Dari
pembuktian sejarah, maka kitab Taurat Musa sendiri sudah
tidak asli lagi, sejak penjajahan Raja Babilonia yaitu Raja
Nebukadnesar pada tahun 660SM. Mereka merampas semua
kitab-kitab Yahudi dan merusaknya, antara lain dengan
memasukkan paham-paham ajaran dewa kafir Molokh, yaitu dewa
Api, sesajian darah, dan penyembahan Tuhan Rokh kudus selaku
burung merpati, hasil karya raja Hamurabbi. Kemudian pada
tahun 70M. masih pula dirusakkan oleh Titus, pada masa
pemerintahan Romawi yang merusakkan kota Yerusalem sampai
tiada dijumpai dua bata bersusun menjadi satu. Kerusakan ini
masih diperlarutkan pula setelah datangnya zaman baru,
dimana ada pula sebahagian ummat yang sengaja merusak nama
nabi-nabi yang dahulu, dengan mengecualikan Yesus atau Isa,
sebab mereka mempunyai latar belakang yang tersendiri antara
Isa dan nabi-nabi lainnya dengan menaruh atau lebih tepatnya
mendosakan nabi-nabi lain, serta menghilangkan seluruh
sifat-sifat kemanusiaan Yesus, maka mereka berharap orang
akan percaya bahwa Yesus itu sungguhlah anak Allah.

MENGAPA SAYA MASUK AGAMA ISLAM
dan MENGAPA SAYA MENGAKUI MUHAMMAD
SEBAGAI RASUL ALLAH S.W.T.

oleh: ZULKARNAIN (Eddy Crayn Hendrik)

Penerbit: C.V. "RAMADHANI" - Semarang
Penyiar: "AB. SITTI SYAMSIYAH" - Sala