Thursday, October 7, 2010

JAGALAH ISLAM KITA...NI LAH SATU2 JALAN JIKA NAK SELAMAT DIDUNIA ATAU PUN AKHIRAT...JANGAN CITA2 INGINKAN SYURGA TETAPI PERBUATAN KITA AHLI NERAKA....SENDIRI MAU INGATLAH...

RENUNG2KAN...JANGAN SAMPAI...ISLAM KITA BATAL DISEBABKAN PERKERJAAN HATI..LISAN@PERCAKAPAN JUGA PERBUATAN...JANGAN TAHU JAGA BATAL PUASA ATAU WUHDU TAPI TAK TAHU BAGAIMANA ISLAM KITA JADI BATAL

BIASALAH ORANG KAFIR MENOLAK ISLAM BAGAIMANA KITA MEMBENCI KEKAFIRAN...TETAPI BAGAIMANA PULA ORANG ISLAM MENOLAK SEBAHAGIAN ISLAM...MAKA SUDAH TENTU IA JATUH KAFIR@MURTAD....INI HUKUM UNTUK SEMUA...BUKAN MENUJUKAN MANA2 PIHAK ATAU GULUNGAN JUGA INDIVIDU....HUKUM NI JELAS..

Yob Tualang Sekah's Photos - Wall Photos


TUTUP ATAS, BUKAK BAWAH...

DUBAI (Al Arabiya) Tuesday, October 5, 2010:
Dua wanita Perancis mengeluarkan sebuah filem tentang kedua-duanya
yang berjalan di tengah-tengah kota Paris sambil memakai burka dan
seluar ketat-pendek yang menampakkan keseluruhan kaki, kerana membantah
undang-undang baru Perancis yang melarang pamakaian pakaian Islam
cara konservatif.

Kedua-dua pelajar perempuan yang berhijab
tersebut menggelar diri mereka "the Niqabitches" dan mereka muncul
dalam filem yang menunjukkan kedua-duanya berjalan di hadapan bangunan
kerajaan dalam keadaan memakai tudung yang hanya menampakkan mata
sambil mendedahkan kaki mereka.

Orang ramai yang lalu-lalang nampak keliru dan meminta untuk bergambar dengan pasangan tersebut.

Dalam
artikel yang diterbitkan dalam lamanweb berita, rue89,
pelajar-pelajar sains politik dan komunikasi berkenaan menulis bahawa
filem jenaka tersebut adalah satu cara mengkritik undang-undang yang
melarang memakai penutup muka yang dipakai oleh sebahagian wanita
Islam.

"Bukannya susah memakai burka. Jadi kami tanya diri
sendiri: 'apa tindakan yang akan diambil pihak berkuasa apabila
melihat perempuan memakai burka dan seluar pendek?'" tanya mereka,
yang mana salah seorangnya adalah Muslim.

"Kami bukannya hendak
menyerang atau merendahkan imej orang Islam konservatif – tapi
sebenarnya hendak mempersoalkan ahli-ahli politik yang mengundi
undang-undang yang kami anggap tidak berperlembagaan," tulis mereka.

Parlimen
Perancis meluluskan satu undang-undang melarang pemakaian burka di
tempat awam. Apabila dikuatkuasakan, mana-mana wanita yang melanggarnya
akan denda sebanyak Euro 150 (RM634.30) atau terpaksa menjalani
kursus kewarganegaraan. Sementara lelaki yang memaksa wanita
memakainya pula akan didenda sebanyak Euro 30,000 (RM126,860.65) atau
setahun penjara.

No comments: