Friday, December 17, 2010

JANGAN KITA NAK BERCAKAP YANG BUKAN BIDANG KITA...BUKAN KITA SUDAH PERGI HAJI...IBADAH KUAT...JADI ORANG KUAT SURAU...KITA DAH ALIM@BERILMU...KALAU BEGITU....MOHON TULIAH..MENGAJAR2LAH DISURAU2 DAN MASJID2...JANGAN KITA PERASAN....

JANGAN KITA MENYANGKA KITA SENTIASA BETUL...DAN BIJAK AGAMA...SEDANGKAN KITA BUKAN USTAZ ...JIKA BERTARAF USTAZ DAN ULAMAK...MOHON TULIAH MENGAJARLAH

KITA SIBUK MEMBINCANGKAN PERKARA ZINA..BUANG ANAK...GEJALA MURTAD ....DLL...TAPI HABIS SEMINAR...KEMPEN...DAN SEGALA MAK NENEK PROGRAM DAN PEMBENTANG2 KERTAS KERJA...TAPI PENEKAN DAN USAHA UNTUK LAKSANA HUKUM ALLAH HAMBAR...TAK BERMAYA...MACAM BANYAK SEKATAN SERTA HALANGAN....ADAKAH KITA MASIH RAGU2 KESEMPURNAAN ALLAH YANG MAHA AGONG....ADAKAH ALLAH TIDAK MENJANGKAU KEILMUANNYA...KITA MENGAKU BERIMAN DAN SERTA MEMPERCAYAI KEAGONGAN ALLAH...TAPI DALAM MASA YANG SAMA MENIDAKNYA DALAM BAB PERBUATAN DAN TINDAKTANDUK....SUSAH KALAU KITA MENGGANGGAP DIRI DAN TINDAKTANDUK KITA SEOLAH2 KITA LAGI BETUL DARI HUKUM ALLAH YANG ALLAH SEBUT DALAM QURAN...SETINGGI MANA ILMUAN ISLAM DAN SEBANYAK MANA IBADAH KITA SERTA KETAATAN KITA KEPADA ALLAH...SEBENARNYA OTAK DAN CARA BERFIKIR KITA LAMA DIJAJAH OLEH FIKIRAN2 BARAT...YANG MANA PERNAH MENJAJAH KITA...DIA TAHU KITA TAK KAN KELUAR ISLAM WALAUPUN DIPAKSA....CUKUP KALAU KITA SUDAH RAGU2 DAN TIDAK YAKIN HUKUM ALLAH....PAYAH KALAU KITA SYOK SENDIRI...SEDANG ILMU ISLAM DAN IBADAH HANYA SEKANGKANG KERA....

NEGARA


Remaja di flat terdedah zina


REMAJA yang tinggal di rumah flat terdedah kepada pelbagai gejala sosial. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Remaja yang tinggal di kawasan flat kos rendah dikenal pasti antara mereka yang berisiko tinggi terdedah kepada perbuatan zina dan pembuangan bayi.
Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan berkata, jarak rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain boleh mendorong kepada perbuatan tersebut.


Hamizah


“Mungkin disebabkan tinggal berdekatan, mereka terdedah melakukan seks bebas di rumah. Lebih-lebih lagi, apabila ibu bapa tiada di rumah kerana bekerja syif atau melakukan sehingga dua atau tiga pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Muzakarah Pakar Menangani Zina Serta Pembuangan Bayi Di Kalangan Remaja Dan Pelajar Sekolah di sini semalam.
Dalam pada itu, Hamizah memberitahu, dasar untuk membendung masalah perzinaan masih kurang jelas. dasar sedia ada lebih menjurus kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial sahaja tetapi kurang memberi perhatian kepada perzinaan dan salah laku seksual.







NEGARA


Maut ketika tunggu ambulans


KERETA Khor Chai Tong remuk selepas kemalangan di Kilometer 5.1 Jambatan Pulau Pinang arah Butterworth semalam.



GEORGE TOWN - Sikap kebanyakan pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan di atas Jambatan Pulau Pinang semalam dipercayai menjadi punca nyawa seorang lelaki gagal diselamatkan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, Khor Chai Tong, 25, meninggal dunia selepas kira-kira 20 minit dikeluarkan dari keretanya yang terlanggar tembok penghadang jambatan di Kilometer 5.1 arah Butterworth.
Sebuah ambulans hanya tiba kira-kira 45 minit selepas kejadian gara-gara kesesakan jalan raya sejauh lima kilometer akibat tindakan orang ramai memperlahankan


NEGARA


Serbu markas ketika ceramah


SEBAHAGIAN pengikut kumpulan yang diserbu JAIS di Taman Sri Gombak malam kelmarin.



GOMBAK - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berjaya membongkar satu kumpulan ajaran sesat yang dipercayai mengamalkan fahaman Syiah dalam satu serbuan di Taman Sri Gombak di sini malam kelmarin.
Antara ajaran kumpulan tersebut dikatakan menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa.
Pengikut ajaran tersebut juga percaya bahawa dosa mereka akan terhapus jika sanggup memukul dan mencederakan diri sendiri dengan rantai besi.
Ajaran yang dipercayai aktif sejak dua tahun lalu itu dikatakan lebih berbahaya daripada ajaran Al-Aqram (pertubuhan haram) kerana pengikutnya menganggap darah orang Islam yang lain adalah halal dan jika dibunuh dianggap sebagai jihad.
Dalam serbuan pukul 10.15 malam di premis kedai empat tingkat di Taman Sri Gombak itu, seramai 200 pengikut kumpulan tersebut termasuk wanita dan kanak-kanak warga tempatan sedang taksub mendengar ceramah yang disampaikan dalam bahasa Iran oleh seorang penceramah jemputan dari negara itu.
Turut serta dalam ceramah tersebut ialah seorang lelaki yang merupakan penterjemah.
Lebih mengejutkan, ada di kalangan pengikut ajaran tersebut terdiri daripada kakitangan awam serta pensyarah.


NEGARA


Kes Sosilawati disebut 27 Januari


PATHMANABHAN (dua dari kanan) bersama tiga lagi tertuduh kes bunuh Sosilawati dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting semalam.



BANTING – Mahkamah Majistret Telok Datok di sini semalam menetapkan 27 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga lelaki yang dituduh membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lelaki lain.
Majistret Hurman Hussain menetapkan demikian setelah Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff memohon untuk menangguhkan kes bagi menunggu keputusan beberapa permohonan yang difailkan oleh pihak tertuduh.
Ishak berkata, kesemua laporan yang diperlukan oleh pihak pembelaan telah disediakan.
“Satu tarikh sebutan baru diperlukan memandangkan ada permohonan daripada pihak tertuduh untuk satu semakan sabitan dan hukuman terhadap dua bekas pekerja ladang, K. Sarawanan dan U. Suresh di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang ditetapkan pada 10 Januari tahun depan,” kata Ishak.
Permohonan tersebut bagaimanapun tidak mendapat bantahan daripada kesemua peguam tertuduh yang hadir.
Pada 15 Oktober lalu, Sarawanan, 19, dan Suresh, 26, dihukum penjara tujuh tahun oleh mahkamah yang sama selepas mereka mengaku bersalah atas tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, dan tiga yang lain iaitu Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank Noorhisyam Mohammad, 38.
Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting pada 31 Ogos lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan menghapuskan bukti yang berkaitan dengan kes pembunuhan kesemua mangsa dengan tujuan membantu empat tertuduh dalam kes ini iaitu Pathmanabhan, 41, bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Kathavarayan, 30.
Pada prosiding semalam, Pathmanabhan diwakili oleh peguam Manjeet Singh Dhillon, Thilaiyalagan diwakili oleh peguam Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Kathavarayan diwakili Ravi Nekoo.
Pada 13 Oktober lalu, Phatmanabhan, Thilayagan, Matan dan Khatavarayan dituduh membunuh Sosilawati, Norhisham, Kamaruddin dan Ahmad Kamil antara pukul 8.30 hingga 9.45 malam, 30 Ogos lalu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di sini.



NEGARA


'Saya mahu tawan dunia pula'


SYED AHMAD ABDUL HADI mengibarkan Jalur Gemilang sebaik tiba di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - “Insiden yang paling sukar saya lupakan sepanjang ekspedisi ini apabila terpaksa berhadapan dengan penyamun yang mahu mencuri motosikal kapcai saya semasa tiba di India.”
Demikian cerita Syed Ahmad Abdul Hadi Syed Hussien, 39, tentang pengalaman buruknya sewaktu menjelajah 24 negara dengan menggunakan motosikal Modenas GT 128cc dalam tempoh enam bulan.
Mengulas lanjut kejadian mendebarkan itu, dia berkata, ekspedisinya ke London nyaris terjejas kerana motosikalnya cuba disamun seorang lelaki sewaktu tiba di kaunter Jabatan Imigresen India.
“Selepas buat pengesahan Imigresen, saya kembali ke motosikal dan tiba-tiba seorang lelaki datang dan meminta saya menyerahkan kenderaan tersebut.
“Saya enggan berbuat demikian menyebabkan berlaku sedikit pergelutan antara kami dan lelaki tersebut mengalah dan terus pergi,” ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Syed Ahmad Abdul Hadi berlepas dari Malaysia pada 24 April menuju ke London dengan menggunakan motosikal Modenas GT 128cc dan merentas 23 negara termasuk India, Pakistan dan Iran



NEGARA


'Pulanglah, emak terlalu rindukan Hanum'



FATIMAH mencium pakaian Hanum (gambar kecil) untuk menghilangkan rindu di rumahnya di Endau, Mersing semalam.


MERSING - "Pulanglah Hanum, emak sudah puas mencari dan tak tahan lagi menanggung rindu."
Demikian rayu Fatimah Rasid, 55, ibu kepada Nur Farah Hanum Abdul Aziz, 16, atau lebih dikenali sebagai Hanum yang melarikan diri dari rumah di Endau di sini sejak 24 November lalu.
Fatimah berkata, sejak berita mengenai kehilangan anaknya disiarkan Kosmo! pada 3 Disember lalu, banyak maklumat diterima dan pelbagai usaha telah dilakukan termasuk mengadakan solat hajat, namun sehingga kini Hanum masih belum ditemui atau pulang ke pangkuannya.
"Kali terakhir saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Hanum kira-kira seminggu lalu tetapi tidak menyatakan di mana dia berada," katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, mereka sekeluarga sedia memaafkan Hanum dan melupakan kejadian dia menghilangkan diri dari rumah.
Katanya, sekiranya anaknya itu mempunyai masalah, mereka sekeluarga sedia berbincang dan membantu Hanum menyelesaikannya



NEGARA


Wanita seludup dadah RM1.4 juta


ISHAK (tengah) menunjukkan dadah bernilai RM1.4 juta yang dirampas daripada seorang wanita Indonesia di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam semalam.



BUKIT KAYU HITAM – Seorang pekerja salon wanita warga Indonesia ditahan Kastam Diraja Malaysia Kedah ketika cuba menyeludup dadah jenis syabu bernilai RM1.4 juta di sini semalam.
Wanita yang dijadikan ‘keldai dadah’ berusia 28 tahun itu ditahan ketika beg dibawanya menunjukkan imej mencurigakan ketika pemeriksaan pengimbasan imej dibuat oleh kastam.
Pengarah Kastam Negeri Kedah, Ishak Ahmad berkata, ketika membuka kandungan beg tersebut, pihaknya menjumpai empat keping lukisan tangan berbingkai kayu dengan berat yang agak luar biasa.
“Hasil pemeriksaan ke atas empat bingkai gambar tersebut, kastam menemui 28 bungkus plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal putih disyaki dadah jenis methaphetamin (syabu).
“Kesemua bungkusan ini disorok di dalam bingkai-bingkai gambar yang ditutupi dengan kayu di belakangnya,” katanya.
Ishak menambah, dengan tangkapan wanita terbabit, ia merupakan tangkapan terbesar pihaknya kerana berat syabu itu dianggarkan 5.5 kilogram dengan harga pasaran RM1.4 juta.

No comments: