Friday, May 6, 2011

SEBAIK AMALAN BIAR SEDIKIT TAPI BERKEKALAN...BUKAN MENGHARAP PAHALA TAPI RAHMAT ALLAH..SELAIN AKIDAHNYA BENAR...IBADAHNYA SAH...MAKSIAT DITINGGALKAN

Keistimewaan & Amalan Hari Jumaat

Assalamualaikum wbt.....
Bismillaa hirrahmaa nirrahiim..
Keistimewaan & Amalan Hari Jumaat
  • Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :"Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : Penciptaan Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat".
  • Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi Hari Jumaat telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan sebagai penghulu segala hari serta hari yang paling utama dalam seminggu buat umat nabi Muhammad s.a.w. kerana pada hari inilah banyak peristiwa besar telah berlaku, sebahagiannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis di atas.
  • Selain itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
  • Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda :"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan"
  • Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
  • Bagi sesetengah yang lain, mereka amat berharap agar akan diambil nyawa mereka pada hari Jumaat kerana barangsiapa yang mati pada hari Jumaat ataupun pada malam hari Jumaat, Allah akan memeliharanya daripada fitnah kubur.
  • Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda :
  • "Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".
  • Hadis Riwayat Tarmizi
  • Pada hari Jumaat terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan demi mendapat pahala dan keredha'an daripada Allah s.w.t. :
  • Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat
  • Firman Allah Dalam Al-Quran yang mulia :
  • "Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (nabi)"..
  • Surah Al-Ahzab, ayat 56
  • Memperbanyakkan bacaan Al Quran
    Surah-surah yang digalakkan untuk dibaca :
    Malam Jumaat : Surah Yaasin, Al-Kahfi
    Waktu Subuh : Surah As-Sajdah, Al-Insan
    Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas
  • Bangun awal di pagi hari dan niat untuk mandi Jumaat
  • Daripada Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
  • "Sesiapa di antara kamu yangg pergi (solat) Jumaat, maka hendaklah dia mandi".
  • Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
  • Membersihkan badan daripada bau yang tidak menyenangkan
  • Mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, memotong dan mengemaskan misai, memotong bulu ari-ari dan sebagainya.
  • Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata :
  • "Nabi Muhammad s.a.w. biasanya mengerat kuku pada hari Jumaat dan mencukur misai baginda sebelum baginda berangkat untuk menunaikan solat ".
  • Hadis Riwayat Tabrani
  • Bersiwak
  • Memakai bau-bau yang wangi
  • Daripada Salman r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
  • "Tiadalah mandi seseorang pada hari Jumaat lalu bersuci sekadar kekuasaannya serta memakai minyak wangi, dan dipakai harum-haruman di rumahnya kemudian keluarlah dia dengan tidak melangkah tengkuk orang yang duduk dalam saf, kemudian mengerjakan solat yang telah diperintahkan kepadanya(solat sunat tahyatul masjid), kemudian berdiam diri apabila Imam telah berkhutbah, melainkan diampuni baginya dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat yang lain".
  • Hadis Riwayat Al-Bukhari
  • Memakai pakaian serba putih
  • Menyegerakan pergi ke masjid
  • Firman Allah s.w.t. :
  • "Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".
  • Surah Al-Jumu'ah, ayat 9
  • Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
  • "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian dia berjalan ke Jumaat(menunaikan solat) pada saat pertama, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor unta. Dan sesiapa yang berjalan pada saat kedua, solah-olah dia telah berkorban seekor lembu. Dan sesiapa yang berjalan pada saat ketiga seolah-olah dia telah berkorban seekor biri-biri. Sesiapa yang berjalan pada saat keempat, seolah-olah dia telah berkorban seekor ayam dan seesiapa yang berjalan pada saat yang kelima, seolah-olah dia telah bersedekah sbiji telur. Maka apabila Imam telah naik ke atas mimbar, maka hadirlah segala malaikat untuk mendengar khutbah".
  • Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
  • Duduk diam di dalam masjid dengan niat iktikaf dan mendengar khutbah setelah datang awal ke masjid.
  • Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
  • "Apabila tiba hari Jumaat, berdirilah para malaikat di setiap pintu masjid, menuliskan nama orang-orang yang masuk ke masjid, satu demi satu, maka apabila Imam telah duduk di atas mimbar, mereka lipatkan buku catatan meerka dan bersama-sama mendengar khutbah (yang disampaikan) itu".
  • Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
  • Apabila masuk masjid hendaklah sembahyang Tahiyatul masjid
  • Mengambil iktibar daripada khutbah yang dibacakan oleh khatib
  • Menunaikan solat-solat sunat Jumaat pada sebelum dan sesudah solat Jumaat
  • Memperbanyakkan amalan sedekah
  • Firman Allah s.w.t. :
  • "Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami kurniakan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata : Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk di dalam orang-orang yang soleh?"
  • "Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu ajalnya. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".
  • Surah Al-Munafiquun, ayat 10 & 11
  • "Bersegeralah kamu kepada keampunan Allah,bahawa sesungguhnya Syurga Allah SWT itu seluas langit dan bumi ."(petikan surat Rasulullah SAW kepada Hiraqlius supaya ia memasuki Islam).
 sunnah dibaca


No comments: