Wednesday, September 23, 2009

ONE MALAYSIA@SATU MALAYSIA


Penulis tidak apa nak komen tentang one Malaysia@satu Malaysia....dari segi rasional,moral serta Islam satu Malaysia begitu praktikal..Jika penulis seorang ahli politik atau gulongan penjuangan hak asasi manusia sudah tentu one Malaysia penulis sokong seratus peratus.Islam juga mewajibkan kita berlaku Adil.One Malaysia mengikut kefahaman penulis yang bodoh lagi dungu bermakna melakukan keadilan terhadap rakyat tanpa mengira kaum,kefahaman agama ,status kedudukkan,pendidikan termasuk asal keturunan,hendak mendapat layanan yang sama atau adil.

Mari kita renungkan tentangan bayaran elaun sara hidup berbeza mengikut tempat tertentu,elaun perumahan kumpulan profesional dan kumpulan sokongan juga,begitu kumpulan pakaian beruniform serta wakil rakyat dan ahli parlimen...begitu harga makan dan minuman ....contoh diperhentian rehat kedai@cafe berbeza hiasan...sama2 tiada hawa dingin tetapi harga minum berbeza.One Malaysia memang bagus kalau dibuat secara telus...penyewa rumah,pekedai@perniaga dan apa sahaja jenis berbayar termasuk bayaran masuk tandas...tidak akan dibezakan harga kumpulan profesional atau sokongan,petani atau buruh,bekerja tetap atau sambilan,perniaga atau pembeli....bagi saya yang bodoh lagi jahil elok apa jenis elaun tu biarlah sama, baru ONE MALAYSIA itu praktikal dan boleh diwar-warkan...jangan jadi slogan indah yang pada praktikal memang tidak rasional.

Mungkin gulongan untung tidak setuju....gulongan rugi memang setuju dengan penulis...mudah saja tiada orang bawah maka tiada gulungan atas...tiada rakyat tiada pemimpin...tiada pelajar tiada guru....Sudah jadi biasa orang yang sudah diatas yang akan lupa masa ia berada dibawah.Macam juga anak lupa ia pernah bayi dan diasuh oleh ibubapa tetapi bila sudah besar ibubapa yang tua lagi lemah@daif tidak hirau sangat.Inilah manusia lupa diri dan daratan...Berbalik ONE MALAYSIA penulis berharap benar2 jadi kenyataan agar elaun2 dapat diselaraskan jangan mengutamakan orang yang diatas serta juga perkara lain yang sama yang patut diseragam mengikut slogan atau cita2 kita hendak jadi Malaysia berkonsep ONE MALAYSIA

.Adakah orang dibawah bukan manusia....adakah dapat harga murah dari segi barangan,sewa rumah,masuk tandas atau bayaran hospital......ingat orang yang melakukan kezaliman@tidak adil akan membayar dengan pahala atau amalannya..jika tiada amalan maka dosa orang yang dizalim terpaksa diambil...tidak percaya...tunggu dipadang mashyar nanti.....

No comments: