Tazkirah & Soal Jawab Agama رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. aminn...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
.............sesuatu yang ditentukan oleh Allah s.w.t pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan.........
...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI.
...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI.
Monday, April 13, 2015
LAMANYA TAK UPDATE(YANG TERAKHIR 21/7/2011)...TERLEPAS PANDANG BLOG NI
Tentang usia mudamu...untuk apa ia dihabiskan?
Pemuda adalah golongan pelapis tampok pemerintahan sebuah negara. Pemuda
juga menjadi kayu ukur bagi keutuhan pemerintahan sesebuah negara. Jika
ramai golongan mudanya rosak maka lemahlah kepimpinan negara tersebut
ibarat retak menanti belah. Islam amat menitik beratkan tentang usia
muda dan golongan muda iaitu usia awal remaja hingga usia belia. Antara
hadis yang dapat diambil untuk pengajaran ialah:
Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadits Abdullah bin Mas’ud R.A, “Tidak akan beranjak kaki anak Adam pada Hari Kiamat dari sisi Rabbnya sampai dia ditanya tentang 5 (perkara) : Tentang umurnya dimana dia habiskan, tentang masa mudanya dimana dia usangkan, tentang hartanya dari mana dia mendapatkannya dan kemana dia keluarkan dan tentang apa yang telah dia amalkan dari ilmunya”. (HR. At-Tirmizi).
Hadis di atas amat jelas menunjukkan bahawa usia muda ialah satu nikmat yang besar dan diminta pertanggungjawaban ke atasnya. Oleh itu wajib bagi setiap muslimin mengetahui peranan dan tanggungjawabnya ketika di usia muda dan memanfaatkannya mengikut syariat Islam.

Berpandukan
dalil ini, saya berasa terpanggil untuk bersama sahabat-sahabat
seperjuangan menyebarkan syiar-syiar agama melalui penulisan blog. Dalam
usia 23 tahun saya berasa kurang berharga jika usia semuda ini tidak
dimanfaatkan sesuai dengan syariat agama Allah. Jika kita kaji sejarah
Islam, ramai pemuda-pemuda yang berjiwa kental berjuang menegakkan agama
Allah di muka bumi bersama-sama pemimpin pada masa itu. Sebagai contoh
Saidina Ali R.A. seawal usia 10 tahun telah memeluk Islam dan berani
berpidato menentang golongan Musyrikin sehingga mendapat gelaran
Karamallahu Wajhah kerana keengganannya menyembah berhala. Begitu juga
dengan Muhammad Al-Fateh yang telah dilantik untuk mengetuai peperangan
ketika berusia 23 tahun meluaskan empayar Islam di Turki. Berpuluh-puluh
ribu lagi pemuda-pemuda seperti mereka telah berkorban jiwa dan raga
dengan hanya bermodalkan kalimah La Ilaha Illalah, Muhammada Rasulullah
sehingga ada yang syahid di usia belasan tahun lagi. Bagi mereka balasan
syurga adalah ganjaran yang lebih baik daripada habuan dunia
semata-mata.
Amar Makruf Nahi Mungkar. Itu juga menjadi prinsip dalam diri insan yang
berjuang semata-mata kerana Allah. Populariti, pengiktirafan, dan
seumpamanya bukan lagi tujuan dalam hidupnya. Ilmu tanpa amal, ibarat
pohon tanpa buah. Bagi saya walaupun ilmu itu sedikit jika dimanfaatkan
ia tetap akan mendapat ganjaran pahala di sisi-Nya. Yang utama ialah
keikhlasan dalam mencari jalan yang diredhai Allah. Keikhlasan adalah
ruh-ruh yang menghidupkan kerangka-kerangka amal seorang hamba. Tanpa
keikhlasan tiadalah amal, yang tinggal hanyalah riak, ta'jub, takbur,
dan seumpamanya. Walaubagaimanapun, saya sedar saya tidak sehebat
Saidina Ali R.A. atau segagah Muhammad Al-Fateh, dan bukan niat saya
mencari gelaran seperti ustaz atau orang alim, saya berharap usaha-usaha
yang kecil-kecil ini diberkati Allah dan dikuatkan semangat saya dalam
menyebarkan syiar-syiar-Nya hingga ke akhir hayat. Semoga
nukilan-nukilan yang sedikit-sedikit ini menjadi bekalan untuk melepasi
ujian-ujian besar di akhirat kelak. Ayuh!!! sama-sama kita usahakan usia
muda untuk kebaikan kita di akhirat kelak. Wallahua'lam.
"Fikirkanlah sesuatu kebaikan yang boleh kamu sumbangkan sekarang (di
dunia), supaya esok (di akhirat) kamu memperolehi kebaikannya pula"
Dicatat oleh
ibnu
4 soalan di Padang Mahsyar
April 24, — sulaiman Di Padang Mahsyar semua manusia akan ditanya tentang 4 perkara yang sama seperti yang diceritakan dalam satu hadith:Dari Abi Barzah al-Aslami r.a., dari Nabi s.a.w, sabdanya:
“Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?”
Empat perkara itu ialah:
1.Umur – dimana dihabiskan, untuk maksiat atau taat, nabi memuji orang yang “tua dalam Islam” iaitu orang-orang yang Islam sejak dari muda lagi. Kata Nabi lagi, Orang yang paling baik ialah orang yang umurnya panjang dan lidahnya masih basah berzikir mengingati Allah. Dalam satu hadith qudsi, Allah bersama orang yang berzikir selagi bibir mulutnya masih bergerak mengingatinya.
2.Ilmu – Antara ilmu yang wajib dipelajari ialah Fardhu Ain seperti ilmu akidah iaitu ilmu tentang ketuhanan. Selain itu apa-apa ilmu yang dipelajari hendaklah diamalkan walaupun ianya hanya sunat, (sekurang-kurangnya sekali seumur sehidup-bagi perkara sunat)
3.Harta – Setiap sen yang diterima dan dibelanjakan akan ditanya tentang halal haramnya.
4.Tubuh Badan – Akan ditanya “dimanakah tuanya badan”, samada tubuh badan diguna untuk perkara baik atau jahat.
Kita Perlu Mendahului Usia
Bismillahirrahmaanirrahiim.

Saya duduk di halaman rumah. Membelakangi pokok mempelam yang abah
tanam beberapa tahun lepas, buahnya sangat banyak. Saya duduk sendirian
sambil merenung. Siapakah saya pada tahun-tahun yang mendatang. Sungguh,
rasa seperti cepatnya masa berlalu. Walaupun sepanjang kita melalui
tempoh-tempoh yang telah kita tinggalkan itu penuh onak dan duri. Maka
saya mengira-ngira umur saya yang sekarang. Baru 20an-kah? No. Tapi
sudah 20an. Dimana itu menandakan usia bukan terlalu muda untuk tidak
memikirkan masa depan. Dan bukan terlalu muda untuk bermain-main soal
kehidupan. Apatah lagi kehidupan yang sekarang ini adalah kehidupan demi
untuk akhirat.
Datang Mama melintasi pagar rumah. Mama duduk di sebelah saya. Lalu saya bertanya, lebih kepada hanya sekadar meluah rasa. “Mama, orang takutlah fikir masa depan.. Takut sebab nda tahulah macam mana nanti. Baikkah atau buruk?” Mungkin mama mendengar berat suara saya yang meluah tadi, lalu beliau berkata, “Manusia boleh berusaha saja.. Siapa yang rajin, dialah dapat kesenangan nanti.” Street to the point kata-kata Mama. Bila difikir, betul juga.
Berada dalam naungan kedua ibu bapa, sungguh membuai perasaan. Sangat bahagia sebenarnya berkumpul dengan kedua orang tua di bawah satu bumbung. Tambahan pula dengan adik-beradik yang pelbagai ragam walau adakalanya seperti musuh-musuh yang berperang. Tapi itulah sebenarnya yang membina kemanisan antara kita dan mereka. Bahagia. Ada masalah berat pun terasa ringan saja apabila mereka ada disisi kita walaupun tanpa memberitahu mereka. Itu hikmah yang Allah SWT letakkan dalam keluarga mungkin.
Namun benarlah saranan ilmuwan-ilmuwan Islam terdahulu, mengembaralah keluar dari rumah agar kita dapat melihat realiti sebenar dunia. Bukan hanya dapat melihat tempat baru. Tapi kita juga turut merasa bagaimana peritnya hidup, dan bagaimana manisnya hidup.
Semua rasa itu akan membuatkan kita bersoal kepada diri sendiri; terlalu mudakah aku lagi sekarang ini? Bukankah sepatutnya aku sudah melakukan ‘sesuatu’?
Pernah seorang kawan rapat berkata kepada saya seperti ini, “Kau ni macam orang tualah, Suhana. Banyak fikir. Tak lama nanti muka kau cepat berkedut macam mak nenek!” Hahaha. Kata-katanya itu saya sambut dengan gelak sahaja.
Hendak menangis pun ada. Kerana hakikat dunia ini sangat rumit sebenarnya. Kerana itu kita perlu untuk merasa ‘tidak muda lagi’, dan kita perlu merasa bahawa kita sudah tua. Senyum.
Siapakah Kita Beberapa Tahun Akan Datang
Saya ada satu buku catatan yang berwarna coklat. Buku yang dihadiahkan oleh seorang sahabat. Dalam buku itu, saya mencatat apa yang perlu saya buat dan apa yang perlu saya capai. Termasuklah juga, siapa saya pada 5 atau 10 tahun akan datang. Dan di dalam buku tersebut saya letakkan sasaran saya yang mana perlu saya capai dalam jangka masa pendek dan juga mana yang perlu saya usahakan dalam jangka masa yang panjang.
Catatan atau perancangan begitu sangat membantu.
Apa perlunya kita berfikir tentang siapakah kita beberapa tahun akan datang? Adakah yang akan berfikiran seperti ini? “Buang masa jelah fikir macam tu. Nikmati hidup ini sudah. Tak payah susah-susah peningkan kepala nak fikir bagai!” Kalau ada, maaf. Saya sangat tidak sependapat malah saya sangat tidak bersetuju dengan anggapan yang sebegitu. Namun terpulang pada diri manusia itu masing-masing. Kerana seseorang muslim yang berusaha untuk berjaya cepat atau lambat pasti merangka-rangka perjalanan hidupnya walaupun masa hadapan kita itu adalah sesuatu yang rahsia dalam pengetahuan Allah SWT.
Ada orang berkata, “Laaa, semua kan dalam takdir Allah. Buat apalah nak rancang 5 atau 10 tahun akan datang. Dah takdir Allah, kita rancang apapun mesti berlaku ikut kesesuaian dengan takdir Allah.” Saya senyum sahaja. Pemikiran begitu sudah salah sebenarnya. Betullah, kita tidak hidup atau menjalani kehidupan atas takdir orang lain. Tetap sahaja, kita akan hidup dengan takdir yang Allah SWT telah tetapkan untuk kita. Tapi mungkin kita terlupa satu perkara; Allah SWT tidak akan mengubah nasib kita, jika kita tidak berusaha untuk mengubah keadaan diri kita sendiri terlebih dahulu. Maksudnya, jika kita tiada usaha, jangan bermimpilah kita akan berjaya suatu hari kelak. Malah yang terjadi adalah sebaliknya.
Serious!
Allah SWT pernah berfirman, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah ar-Ra’d : 11)
Orang Islam itu, bila berfikir; dia berfikir dengan dalam. Bila bercakap; dia berfikir dahulu sebelum cakap. Bukan hanya main lepas sahaja. Kerana itu adalah didikan Islam, agama kita.
Cita-Cita Perlu Dengan Usaha
Bila ada cita-cita besar, maka usahanya juga perlu besar. Bila usaha yang diperlukan besar, maka pengorbanan juga perlu besar. Begitulah sebuah bayaran bagi sebuah cita-cita. Apatah lagi jika cita-cita itu adalah cita-cita yang bukan kecil. Dan bercita-cita besar tanpa usaha tidak cukup untuk sebuah kejayaan. Malah kejayaan takkan datang menjengah dengan begitu sahaja. Itu sunnatullah. Sebelum merasa senang dengan nyaman, kita perlu bersusah-susah dahulu. Mungkin adakalanya diselangi dengan airmata dan keserabutan otak (Hehe).
Namun janji Allah SWT tidak pernah dimungkiri. Allah SWT akan memberikan kemanisan kejayaan kepada mereka yang berusaha. Dan kepada mereka yang tidak berusaha, mereka akan terlepas sebuah kejayaan dan hanya dapat melihat sahaja kegembiraan orang lain.
Kita jangan lupa, kawan. Allah SWT juga pernah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 53 : “Demikianlah Allah tidak akan merubah kenikmatan yang telah Ia berikan kepada suatu kaum hingga mereka merubahnya sendiri.”
Bercita-cita besar atau berangan-angan sambil duduk menopang dagu sahaja tidak cukup. Anak muda yang berfikiran jauh seharusnya menimbang tara setiap perbuatan dan memikirkan apa sumbangan yang boleh diberikan untuk ummah. Jika tidak besar sumbangan itu, maka sumbangan kecil itu sungguh bermakna jika dilakukan dengan sehabis daya dan seikhlas mungkin. Kerana Allah SWT tidak akan lebih memandang kapasiti sumbangan kita. Tapi pasti Allah SWT akan lebih mengiktiraf niat kita melakukannya.
Hidup ini bukan main-main, kan?
Mengejar Cita-Cita Yang Paling Utama
Ajaran-ajaran Islam yang begitu lembut dan mendidik jiwa-jiwa kita untuk mencintai kebaikan-kebaikan pasti secara semulajadi akan menimbulkan cita-cita terbesar dalam jiwa. Oleh kerana kita beriman bahawa mati itu benar, syurga dan neraka itu adalah benar. Maka pasti menjadi cita-cita terbesar kita untuk bercita-cita mengenai satu ini. Ya, cita-cita untuk memasuki syurga Allah SWT. Cita-cita untuk melihat wajah Allah SWT. Cita-cita untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW, dengan senyuman diwajah Baginda kerana Baginda gembira berjumpa dengan kita. MashaAllah, bukan semua itu nikmat yang indah?
Tabaarakallah!
Serasanya, tiada kegembiraan yang sangat membahagiakan dari melihat semua itu tadi menjadi satu reality dan betul-betul berada dihadapan mata. Kerana itu, usaha kita di dunia sebenarnya bukan hanya untuk dunia sahaja. Tapi niat kita harus dibetulkan. Kita berusaha di dunia kerana mahukan akhirat dan dunia sekali. Biar seimbang.
Kita dapat dunia, tanpa tercicirkan akhirat. Kita dapat akhirat, tanpa menyisihkan dunia. InshaAllah, di dunia ini kita mampu untuk berusaha sahaja. Selebihnya untuk natijah paling akhir sekali, kita serahkan semua kepada Allah SWT.
Kita sama-sama, ya? Senyum.
Dahuluilah Masa Yang Ada
Guru saya pernah berpesan, “Jangan kamu dipancung oleh masa. Masa itu pun makhluk seperti manusia. Dan kita seharusnya yang patut mendahului masa.”
Sejujurnya dulu saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh guru yang saya hormati tersebut. Tapi lama-kelamaan, apabila diri sudah pandai dihimpit dengan kerja-kerja yang banyak serta pernah juga terasa waktu 24 jam itu tidak cukup, maka disitu baru saya mengerti apakah yang dimaksudkan dengan mendahului masa yang ada.
Lihat ya.. Semua orang diberikan tempoh jam yang sama. Iaitu 24 jam. Tapi cara setiap manusia itu memanfaatkan 24 jam itu adalah berbeza-beza. Ada yang dapat melakukan banyak kerja dalam sehari. Ada yang hanya melakukan kerja yang sedikit sahaja. Dimana selebihnya hanya dihabiskan dengan membuang masa tanpa mengisinya dengan perkara yang berfaedah. Ada yang menggunakan masanya untuk movie marathon, ada yang menggunakan masanya untuk tidur seharian. Ada juga yang menghabiskan masa dengan bermain game.
“Demi masa, sesungguhnya manusia berada didalam kerugian.” (Surah al-‘Asr : 1-2)
Benarlah. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Bukan kerana masa itu yang pantas berlalu. Tapi kerana manusia tidak mengisi masa yang Allah SWT pinjamkan dengan perkara-perkara yang berfaedah dan yang diredhai Allah SWT.
Jika memuhasabah kembali, saya juga adalah antara insan yang pernah banyak membuang masa. Padahalnya, sebenarnya terlalu banyak yang boleh dilakukan dalam tempoh sehari 24 jam itu. Tinggal kita sahaja sebenanrya yang tidak memanfaatkannya. Kita lebih rela masa yang berjalan itu meninggalkan kita dengan selamba. Sedangkan kita tahu bahawa masa yang telah berlalu, tidak mungkin dapat kita panggil kembali, bukan?
Aduh. Rugi sungguh, kan?
Makanya sahabat. Jom sama-sama jadi seorang yang mendahului usia kita dan yang mendahului masa-masa yang ada. Masih belum terlambat untuk mengubahnya, inshaAllah.
Semoga Allah SWT, memandang kita dengan pandangan rahmat.

Bukankah nikmat-nikmat yang ada akan mengaburi mata dan usia kita?

e-Khutbah Jumaat: 4 soalan di akhirat
Posted on September 6, 2012
IDEA ASAL KHUTBAH INI ADALAH DARI KHUTBAH YANG DISAMPAIKAN OLEH ALMARHUMDRFADAL HASSAN ABBAS PADA TAHUN 1987
الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا
لِنَهْتَدِيَ لَو لاَ أَنْ هَدَاناَ اللّه ، وَأَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ
إِلا الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً
عَبْدُهُ وَرَسُولُه .
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا
محمدٍ حِبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا , نَبِيِّ الرَّحْمَةِ ,
وَشَفِيْعِ الأُمَّةِ , وَعَلَى آَلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ
وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ , وَبَعْدُ.
فَيَا أَيُّهَا الْمُسْلِمُونَ اتَّقُوا الله ؛ فَإِنَّ تَقْوَاهُ أَفْضَلُ مُكْتَسَبٌ وَطَاعَتُهُ أَعْلَى نَسَبٍ : يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّإِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ آل عمران102
Wahai hamba-hamba Allah saya berpesan kepada anda dan juga
diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah SWT, maka berjayalah
orang-orang yang bertaqwa. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik
bekalan ialah taqwa.Muslimin sidang Jumaat sekalian! Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi :
لاَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَع :
عَن عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ، ، وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَه
،وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَه، وَفِيمَا أَنْفَقَه وَعَنْ
عِلْمِهِ فِيماَ فَعَلَ
Maksudnya :“ Tidak akan terlepas kedua kaki seorang hamba itu semasa (berada di Padang Mahsyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan ; Pertama: Tentang umurnya, dimanakah dihabiskan Kedua : Tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan Ketiga: Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan Keempat : Tentang ilmunya ,apakah diamalkan dengannya .[ Hadith riwayat Imam al-Tirmizi] Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t) Hadith ini mengingatkan kita berhubung 4 soalan yang nampak mudah tetapi ramai dikalangan kita yang tidak mengamalkannya. Pertama: عَن عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ Bagaimana kita menghabiskan umur kita atau dalam erti kata yang lain, bagaimana kita menghabiskan nikmat masa yang Allah (s.w.t) kurniakan kepada kita. Firman Allah (s.w.t):
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا
الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ
وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)
Pada hari ini marilah kita bermuhasabah bagaimana kita hari ini
menghabiskan masa kita? Bagaimana kita menghabiskan masa kita siang dan
malam? Adakah menghabikan masa berjam-jam dengan menenonton filem, drama
dan telenovela atau menghabiskan masa dengan perkara-perkara berfaedah ?
Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup untuk duduk di masjid antara
maghrib dan isyak atau selepas subuh untuk mendengar kuliah agama atau
belajar al-Qur’an? Adakah kita menghabiskan masa dengan menonton bola
sehingga larut malam di kedai kopi atau di hadapan televisyen? Berapa
ramai pula di kalangan kita yang menghidupkan malam dengan solat
tahajjud dan berapa ramai yang datang solat subuh berjemaah? Berapa
ramai yang menghadiri program jom heboh atau menyaksikan akademi
fantasia berbanding yang menghadiri forum perdana atau rancangan realiti
imam muda, ustazah pilihan atau solehah. Berapa ramai yang memilih
channel tv al-Hijrah atau astro oasis berbanding saluran-saluran
televisyen yang lain?Justeru itu, berdasarkan hadith yang dibaca pada hari ini, marilah kita menghargai masa dan jangan dibiarkan berlalu dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah (s.w.t).Setiap masa yang diabaikan merupakan satu kerugian bagi kita. Marilah sama-sama kita menghayati ungkapan Hasan al-Basri Rahimahullah yang menyebut لَقَدْ أَدْرَكَنَا مَنْ كاَنَ الْوَقْتُ فِيْهِم أَنْفَسُ مِنْ دَنَانِيْرِهِم وَذَهَبِهِم وَفِضَّتِهِم “ Kami sempat bertemu dengan generasi yang waktu mereka lebih berharga dari dinar, emas dan perak.” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Soalan Kedua yang akan ditanya di akhirat nanti ialah: وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَه Bagaimana kita menghabiskan masa muda kita? adakah untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT atau disia-siakan zaman muda mereka dengan perkara –perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t . Golongan pemuda hari ini perlu mencontohi pemuda ashabul kahfi yang yang berani mempertahankan aqidah dan agama sekalipun bilangan mereka sedikit, dan mereka tetap mempertahankan agama sekalipun di hadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t) Di dalam sejarah Islam, menceritakan kepada kita betapa hebatnya peranan pemuda–pemuda Islam berjuang mempertahankan Islam sehingga Islam itu berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, menyedari betapa pentingnya golongan pemuda di dalam Islam , maka Rasulullah saw begitu mengambil berat terhadap golongan pemuda . Buktinya, mereka yang mula-mula memeluk Islam dan menerima dakwah Rasulullah SAW adalah di kalangan pemuda-pemuda yang umur mereka lebih muda daripada Rasulullah sendiri seperti Saidina Abu Bakar, Saina Umar, Saidina Othman ,Saidina Ali (r.anhum )dan lain-lain lagi. Muslimin sidang jumaat sekalian, Bagaimana pemuda umat Islam hari ini ? Adakah mereka membesarkan dalam keadaan beriman kepada Allah (s.w.t) atau mereka telah lupa tanggungjawab mereka terhadap Allah s.w.t? Ramai di kalangan pemuda hari berpegang dengan slogan zaman muda hanya sekali. Oleh itu mereka bebas untuk melakukan apa saja yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka dan mereka menurut sahaja apa yang dibisikkan oleh syaitan dalam hati sanubari mereka. Sebahagian besar daripada golongan pemuda Islam pada hari ini sudah tidak lagi mengingati Allah swt seperti meninggalkan sembahyang. Mereka merasakan bahawa ibadat sembahyang lima waktu itu sangat membebankan. Seolah-olah lebih susah daripada mendaki gunung yang tinggi atau berenang di dalam lautan api. Golongan pemuda seperti ini lebih gemar menghabiskan masa mereka di perhentian bas dan pusat membeli-belah atau ditepi pantai yang menjadi tempat berkumpul pemuda-pemudi yang tidak ada arah tujuan hidup. Di sinilah tempat mereka bersuka ria, bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, menghisap rokok dan melakukan perkara-perkara yang sia-sia , tidak ada guna di dunia dan akhirat. Pergaulan bebas yang berlaku dikalangan pemuda-pemudi tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah menyebabkan berlakunya gejala sosial seperti berzina, rogol, menggugurkan kandungan dan membuang anak-anak yang lahir daripada perbuatan zina dan tidak kurang juga mereka yang terlibat dengan gejala dadah. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t) Satu lagi sindrom yang berlaku pada hari ini ialah anak muda tidak lagi berpeleseran di pusat membeli belah atau stesyen bas tetapi mereka menutup pintu bilik mereka untuk melayari internet. Pemuda-pemudi Islam berada di hadapan internet dan berfacebok. Pemudi-pemjdi Islam menguploadkan dalam face book mereka gambar yang tidak menutup aurat, lelaki dan perempuan bersembang berjam-jam di face book sehingga mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap Allah (s.w.t). Sebahagian yang lain pula menonton WEB yang mempunyai unsur lucah. Akhirnya mendorong kepada perbuatan sumbang mahram atau perbuatan zina. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Persoalan yang ketiga ialah: وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَه، وَفِيمَا أَنْفَقَه Tentang harta dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan? Sidang Jumaat Bagaimana umat Islam hari ini mencari harta mereka dan bagaiman harta tersebut dibelanjakan? Kebanyakan umat Islam hari ini tidak peduli soal sumber rezeki mereka adakah halal dan haram? Apabila menyebut perkara yang haram, sebahagian kita memahami bahawa makanan dan minuman yang haram itu hanya berupa arak, khinzir dan anjing atau binatang-binatang yang lain seperti binatang buas tetapi sebenarnya banyak disekeliling kita perkara-perkara yang haram dalam urusan ekonomi. Umpamanya apabila membuat pinjaman, terdapat sebahagian umat Islam yang meminjam dengan Along untuk mendapatkan wang dengan cepat sedangkan ternyata pinjaman sebegini melibatkan riba yang diharamkan oleh Allah swt, apabila kita meninjau ke kedai loteri dan judi, kita lihat ramai umat Islam di sana bahakan ada yang berkupiah lebai berbaris untuk membeli tikam ekor dan banyak lagi senario-senario dalam masyarakar yang menunjukkan betapa umat Islam tidak mempedulikan rezeki yang mereka perolehi adakah dari sumber yang halal atau haram. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t) Bagaimana pula harta yang diperolehi tersebut dibelanjakan?Ramai dikalangan kita hari ini , tahu tentang zakat fitrah sahaja tetapi tidak ramai yang tahu tentang zakat harta, kesannya tidak ramai orang yang berharta seperti orang yang menternak lembu dan kambing tidak menunaikan haknya, begitu juga ramai usahawan dan peniaga yang mendapat keuntungan besar dalam perniagaan mereka tidak membayar zakat. Ramai juga juga yang tidak dapat membezakan zakat harta yang wajib dengan sedekah dan infaq yang sunat. Mereka menyangkakan dengan bersedekah seperti membeli keperluan-keperluan masjid seperti sejadah, al-Quran sudah tidak perlu lagi mengeluarkan zakat, kesannya kita lihat masih ramai golongan fakir dan miskin hidup melarat kerana tidak mendapat hak zakat mereka berpunca dari kejahilan membelanjakan harta yang dikurniakan Allah (s.w.t) ke saluran yang sepatutnya. Sidang Jumaat Soalan yang keeempat ialah : عَنْ عِلْمِهِ فِيماَ فَعَلَ Berkaitan ilmu yang diperolehi apa yang diamalkan. Ilmu yang akan memberi manfaat ini bukanlah berupa segulung sijil atau ijazah yang diperolehi di kolej atau universiti, atau berupa gelaran M.A dan Ph.d ilmu yang sebenarnya ialah ilmu yang kita dapat amalkan. Hari ini kita melihat satu fenomena yang menyedihkan apabila kita melihat anak-anak kita mendapat markah yang tinggi dalam subjek Pendidikan islam atau subjek tamadun Islam di universiti tetapi apabila melihat kepada pengamalan ilmu tersebut ternyata mereka gagal. Mereka tidak menutup aurat, mereka tidak solat, mereka melakukan perkara yang dimurkai Allah (s.w.t) . Mereka tidak menghormati ibu bapa mereka dan mereka tidak mengingati Allah (s.w.t) Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t) Marilah kita mencontohi bagaimana para sahabat bersegera mengamalkan ilmu yang diperolehi tanpa banyak soal. Apabila mereka mengetahui sesuatu perkara itu baik mereka segera melakukannya dan sekiranya mengetahui perkara itu haram mereka segera meninggalkannya. Lihat para sahabat yang menyimpan arak di rumah mereka, apabila mendengar firman Allah yang mengharamkan arak, mereka pulang ke rumah mencurahkan arak yang banyak sehingga arak yang banyak itu mengalir di lorong-lorong Madinah. Mereka tidak bimbang tidak dapat duit dengan sebab arak itu dicurahkan ke bumi.Apabila mendengar ayat yang mengharamkan riba , orang kaya dan orang miskin tidak lagi bermuamalat dengan ribqa. Mereka yakin bahawa riba adalah najis dan haram. Orang Islam tidak boleh beramal lagi dengannya. Sidang Jumaat yang dirahmati Alah (s.w.t) Apa akan berlaku sekiranya kita umat Islam hari ini menghayati dan melaksanakan empat persoalan yang disebut oleh Rasul (s.a.w) yang dibaca diawal khutbah tadi? Khatib percaya kita akan menjadi umat yang digeruni oleh musuh. Kita akan menjadi umat yang terbaik sebagaimana yang dilalui oleh generasi yang lalu sehinggakan Islam berjaya mengusai dua pertiga dunia. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t) Mengakhiri khutbah ini marilah sama-sama kita bermuhasabah. Bagaimana kita ingin bertemu Allah (s.w.t) Bagaimana kita ingin mendapat keredaanAllah sedangkan kita memandang ringan terhadap usia, masa remaja, harta dan ilmu yang kita perolehi. Ingatlah tidak akan terlepas dari empat perkara ini. Sudahkah kita bersedia ? Apakah jawapan yang kita akan berikan di mahkamah Allah (s.w.t) di akhirat nanti di saat mulut kita ditutup dan yang bertutur ialah tangan kita dan yang menjadi saksi adalah kaki kita. Firman Allah (s.w.t):
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (65)
Pada waktu itu kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi
peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan
masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang
mereka telah usahakan. Surah Yasin
بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُّنَّة ،
وَنَفَعَنِي وَإِياَّكُم بِماَ فِيْهِمَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْحِكْمَةِ
، أَقُولُ مَا تَسْمَعوُن وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِي وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الْمُسْلِمِيْنَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ وَخَطِيْئَة ؛ فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ
هَوَ الْغَفُورُ الرَّحِيم
|
Subscribe to:
Posts (Atom)