Tazkirah & Soal Jawab Agama رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. aminn...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
.............sesuatu yang ditentukan oleh Allah s.w.t pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan.........
...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI.
...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI.
Sunday, November 8, 2009
SEKURANG2NYA MENJADI BURUNG PIPIT@BURUNG KECIL
Maaf dipinta...blog ini tidak dimaskinikan atau jarang sangat ditambah isikandungnya....sila lihat blog...fenditazkirah....mungkin blog agak selalu dimaskinikan oleh penulis.
Tentang burung pipit mungkin ramai yang sudah maklum.Diringkaskan kisah ini berlaku semasa pembakaran nabi Ibrahim as yang telah merobohkan patung2 berhala.Oleh kerana kemarahan fir'aun maka dihukum bakar hidup2.Disini dan ketika inilah burung pipit yang kecil memainkan peranannya.Kecil tapi jiwanya besar dan bertanggungjawab.
Manakan tidak.Inilah satu2nya burung yang cuba memadam api yang membakar nabi Allah Ibrahim as.Dan ia tahu bahawa paruh yang kecil dan air yang setitik dua tidak akan dapat memadam api yang besar itu.Namun ia tetap berusaha sedaya upayanya,Setakat kemampuan yang ada.Hingga burung yang lebih besar hairan dan mungkin satu perkara lucu dan boleh diketawakan atau jadi bahan lawak.Mungkin lawak bodoh.Atau yang mengetawakan itulah yang sebenar bodoh lagi tolol atau ditololkan oleh syaitan dan iblis.Kenapa ....kerana jiwa dan semangatnya tinggi untuk dunia dan kemewahan serta takut kepada tindakan manusia...seolah2 memikirkan manusia itulah yang memberi rezeki kepadanya.Pelik tapi benar dan ini realiti dan macam program realiti yang yang banyak mengundang dosa dan kemurkaan Allah swt.
Maka berkata burung2 yang lebih besar darinya.Pipit perbuatan itu sia2 dan api itu tidak akan padam.Kata itu disertai dengan sindir dan bahan ketawa.Maka berkatalah pipit.Aku tahu memang tidak akan padam....sekurang2nya jika Allah bertanya kepada ku....apa yang aku buat bila nabi Allah Ibrahim as dibakar....aku akan menjawab telah cuba memadamkannya setakat yang terdaya dan termampu dan bukan lihat dan tunggu saja.Maka tersentak burung2 lain bila mendengar jawapan sipipit iu.
Bagaimana tuan puan.Apabila melihat kemungkaran adakah lihat dan tunggu sahaja.Jangan lagi teruk lagi tuan puan yang melakukan kemungkaran atau menjadi penganjur kemungkaran.Amat teruk sikap kita nampak kesesatan orang lain diri sendiri sesat tidak nampak.Yang pelik rasa betul dan hebat.Siapa yang kata begitu.....syaitanlah yang membisikkan kepada diri mereka.
Udah2lah tu.Bawa bertaubat dan ingatkan kematian.Ingat hidup lama dan panjang usia menyebabkan kita leka dan lambat bertaubat.Takut mati dulu atau tidak sempat jadi tua.Sekarang Allah nak sebabkan mati sangat senanng iaitu dengan pelbagai kemalangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment