Tuesday, November 3, 2009

EMAS SUDAHLAH DIPAKAI LEPAS TU DITUNJUK2



Emas memang menjadi tanda mercu kekayaan dan kemewahan.Nilainya berubah2 tetapi tetap utuh.Ia menjadikan nilai cagaran bagi negara2 didunia.Memang harus bagi wanita memakainya dari hukum syarak.Ia juga boleh menjadi pengikat kasih sayang jika dihadiah kepada isteri2.Mungkin menjadi umpan pancing kepada wanita.Awas jangan sampai perkara terlarang dan haram terjadi.

Walaupun ia berupa barang kemas atau hiasan,Ia juga kena zakat jika cukup syarat dan rukunnya.Boleh dipakai bagi kaum wanita tetapi tetap haram menunjuk2kannya.Ini mungkin timbul riak,bangga diri,sombong dan yang sama sewaktu dengannya.Ia juga mengundang bahaya jika ditunjukkan.Banyak kes ragut,rompak,pecah rumah,bunuh dsbnya disebabkan berpunca dari emas ini.Menunjukannya kita mengundang jenayah pada diri kita sendiri.Alangkan menunjukkan body yang mengiur pun boleh jadi mangsa rogol dan bunuh.Jangan kita membuat perkara yang membahayakan diri.Larangan Allah swt menunjuk2 itu tentu ada hikmah.Tetapi ada yang bersikap degil.Lantang kau orang.Payah jika kita bersangka baik tidak kena tempat.Mungkin sudah puas hidup dan neraka itu sejuk macam hawa dingin bagi mereka.

Ia juga jadi riba jika digadaikan tidak mengikut kaedah gadaian Islam.Emas akan digadai jika bila kesempitan wang.Kadang2 jadi pinjaman untuk digadai atau untuk ke majlis2 tertentu.Ini semata2 untuk menunjuk mereka juga ada emas,walaupun hakikatnya pinjam.Jika emas jadi harta peninggalan jadi bahan rebutan.Silap2 jadi gaduh atau silap faraidh....ada juga mereka menyerahkan kepada adik beradik perempuan...sedangkan juga milik faraidh bagi adik beradik lelaki.Mudah faraidh dengan dijual kemudian mengikut faraidh satu bahagian perempuan dan dua bahagian lelaki.Mengingkari faraidh Islam ada haram dan dosa besar.Ini kerana menganggap Allah tidak adil atau tidak bijaksana meletakkan hukum.Sedarlah kita pun dijadikan....tak kan sombong dengan Allah....lebih2 kita dah tua2....dan nak dekat mampus....

Susah kalau kita bertuhan dihati atau akal juga ilmu seciput.Itu dengan rahmat Allah dihidupkan dan beri akal...kalau gila macam mana....Akal serta ilmu yang ada pun terhad lagi terbatas.Jangan nak berlagaklah....


No comments: