Saturday, October 31, 2009

APAKAH PERANAN TABUNG HAJI ITU BENAR2 TELUS DAN BENAR2 HENDAK MENOLONG ORANG BERIBADAH SERTA BERTAQWA

Peranan tabung haji sebenarnya untuk menolong orang mukmin beribadat iaitu menunaikan haji.Dengan sekali pandang sudah tentu tidak mengaut keuntungan.Hinggakan kita jadi satu bisnes yang melampau.Ramai pihak kaya raya manakala pelanggan tertindas dengan membayar harga yang mahal.Mungkin menyebabkan ramai tidak mampu menunaikan haji.

Hakikat ini hanya Allah swt sahaja yang tahu.Memang ada hadis mengatakan akhir2 zaman agama ini dijual dan jadi satu bisnes yang menguntungkan.Kita sebagai penulis kita tidak boleh menuduh secara melulu tanpa bukti.

Cuma kita lihat boleh memiliki bangunan tinggi dikawasan segi emas dan diseleweng jutaan ringgit tapi tetap utuh.Ada juga rasa kebimbangan kerugian ditampung oleh pelanggan yang menunaikan haji dengan menaikan tambang.Ini juga perlu bukti jika tidak kita tersasar dan satu fitnah.Cuma penulis berharap sangat agar kita berbalik kepada tujuan asal ditubuhkan iaitu untuk menolong orang beribadah iaitu menunaikan rukun kelima.Keuntungan akhirat yang lebih hakiki.

Harus diingat kita akan mati...dan semua akan ditanya apa yang dilakukan didunia.Jika sabit salah maka kita akan dihukum.Jika kita bersalah beberapa individu agak mudah sikit tetapi bagaimana jumlah yang terlalu ramai hingga kepada jutaan individu.Sudah tentu padah amat berat jika kita tersilap atau tersasar urus atau tersalah tujuan dan niat.Mungkin niat baik tetapi perlaksanaan kena telus bukan ada unsur2 lain yang telah lari dari tujuan asal.

Jangan kita berjaya didunia mengurus dana tapi gagal menjawab tuntutan atau dakwaan pelanggan yang terinaya...Elok juga kita muhasabah diri agar kita dapat diperbetulan jika ada kesalahan.Tetapi jika benar lagi haq teruskan.Ingatlah salah atau haram ni dapat dirasai....tetapi kita lawan dan buang jauh2 hingga tidak terasa dosa atau salah lagi.Bahayanya orang pun sekarang bukan bodoh dan banyak ahli dan mahir tentang hukum dan mengurus dana yang jujur dan telus....

No comments: