Tuesday, October 27, 2009

KENAPA FARAID DIDALAM HUKUM ISLAM DIRAGUI


Memang ada segelintir penganut Islam ragu2 tentang keadilan Islam dalam pembahagian harta.Malah ada yang menentang dan menganggap tidak adil dan tidak logik.Tidak payah dinyatakan nas, sebab sudah maklum dan telah disebut didalam kitab2 feqah.Tentu tidak adil dan memang dilarang sama sekali kita menentang hukum Allah swt.Ini boleh menyebabkan kita batal syahadah atau kafir.Penentangan kita terhadap hukum Allah, seolah2 kita menganggap Allah swt tu bodoh dan tidak Maha Bijaksana serta tidak Maha Mengetahui.

Dalam ilmu usul@tauhid mustahil Allah swt bersifat begitu.Ia lemah serta tidak mengetahui keperluan makhluk2 yang diciptaNYA.Tidak tahu bila kiamat dan tidak tahu ada masyarakat majmuk diakhir2 zaman.Sedangkan ilmu dan fikiran kita dan segalanya adalah pemberian daripadaNYA.Kita perlu sedar bahawa fikiran dan ilmu kita adalah terbatas lagi terhad.Kita hanya tahu apa sahaja yang dikurniaNYA pada kita.Kita ini siapalah, hingga hendak atau berusaha mempertikai hukum Allah swt.Emakbapa atau orang kita yang sayang didunia ini pun,tidak boleh kita hidupkan setelah mati.Serta tidak dapat menyembuhkan penyakit kalau tidak dengan izinNYA.Seperkara lagi harus diingat kaum wanita asalnya bukan dari tanah malah dari tulang rusuk nabi Adam as.Bermakna ia adalah sebahagian dari anggota lelaki yang perlu dilindungi.Dalam segi@hukum aqiqah ia adalah sunnat, Afdal anak lelaki 2 ekor kambing atau 2 bahagian dari 7 bahagian daripada seekor lembu.

Jika tidak mampu boleh juga hanya dibuat satu bahagian sahaja.Jika tak mampu juga satu ekor atau satu bahagian...tak mengapa kalau tak dibuat aqiqah.Hinggakan bahagian faraid bagi lelaki, 2 bahagian manakala perempuan 1 bahagian sahaja.Lelaki ini sebagai pendinding harta...jika tiada anak lelaki maka sebahagian harta akan diambil@diserah kepada baitulmal serta pewaris2 yang terdekat.Ia menjadi faraid jika simati ada meninggalkan harta.Jika tidak atau telah dibahagi2 semasa hidup,maka tak adalah faraid sebab simati tidak meninggalkan harta.Jika ada...harta itu hendaklah dikira semua samada rumah,tanah,emas dan lain-lain hinggakan kepada kitab2@buku2 yang ditinggalkan oleh simati,ia hendaklah dinilai@dijual,kemudian hasil jualan turut kena faraid....dan kias2kan lepada harta2 yang lain...selagi ia harta dan boleh difaraid hendaklah difaraidkan.Ditentukan lelaki dapat 2 bahagian dan perempuan satu bahagian.Harus diingat ilmu yang mula2 diangkat oleh Allah swt ialah ilmu faraid.

Kenapa lelaki dapat lebih, itu diluar ilmu manusia kita hanya tahu yang tersurat dan yang tersirat hanya Allah yang lebih mengetahui.Cuma telah dihuraikan oleh ulamak2 tersohor dan seingat penulislah,Dr Hamka ada menghurai dalam tafsiran AlQurannya yang boleh didapati dipasaran.Dibahagian surah dan ayat berkenaan faraid.Telah lama penulis membacanya...penulis terasa terharu membacanya, apabila beliau mengatakan dosa besar kalau tak mengikut hukum faraid Islam.Kenapa penulis terharu sebab suku sakat,dan keluarga terdekat penulis pun tidak mengikut hukum ni malah dibahagi sama rata(perbuatan ini seolah2 kita menganggap kita lebih cerdik dari Allah swt).Sedangkan orang2 ni sudah lama meninggal dunia.Moga2 Allah Taala mengampunkan dosa2 mereka.Disebut juga faraid hendaklah difaraid selepas ditolak dari segala hutang-piutang semati,termasuk upah haji jika belum menunaikannya serta perkara2 yang perlu dijelaskan@dibayar dahulu.Selebihnya barulah difaraid mengikut ketentuan syarak yang telah ditetapkan.Memang patut lelaki diberi 2 bahagian disebabkan apabila bapanya mati...maka segala tanggungan serta tanggunjawab terpikul kepada anak lelaki tentang tempat tinggalnya,pendidikan adik2nya serta perkahwinan adik2nya termasuk memberi perlindungan sama setaraf dengan tugas bapa semasa hidupnya.

Jika dibahagi sama rata maka sudah tentu mereka(perempuan) akan mengatakan,ini bukan tanggungan orang perempuan dan sudah tentu mereka(perempuan) boleh lepas tangan.Bertambah sukar kalau mereka sudah bersuami ,maka apa sahaja bantuan yang hendak diberi atau dibantu kena minta izin dari suami.Lebih malang lagi kalau suami berjaya memujuk untuk menukar tanah milik isteri kepadanya...kemudian menjualkannya....kahwin lain atau menceraikan isteri yang pemilik asal tanah tersebut.Sudah tentu lelaki itu kaya atau berharta dari bahagian isterinya atau bekas isterinya bukan dari hartanya sendiri.Jika lelaki yang menjualkan itu joli dengan hasil jualan tanah itu,maka siapa yang rugi dan dizalimi. lain lah jika dipihak lelaki yang berbuat begitu, sebab itu memang harta peninggalan bapanya.Sedangkan lelaki tadi joli harta bapa mertuanya atau isteri@bekas isteri yang ditipunya,malang lagi kalau diceraikan.

Isteri yang dicerai tadi jadi janda..maka pulanglah ia kepada keluarganya,maka anak lelaki akan menguruskan hal hidupnya.Mungkin ada perempuan mengatakan ia tidak begitu,suaminya baik dan tak menipu...betullah tidak dinafikan..tetapi tak kan sebab dia begitu(tak terjadi penipuan dan kezaliman begitu) hukum Allah perlu diubah atau hendak dipertakaikan...mereka bukan Allah atau ia lebih pandai dari Allah swt...dan mungkin banyak lagi alasan kenapa Allah swt jadi hukum faraid itu begitu...

No comments: