Saturday, October 31, 2009

LEPAS LABU PERAM SEKARANG PELBAGAI SKIM


Cita2 yang terlalu tinggi serta kebolehan kurang kalau nak dibandingkan orang2 yang telah berjaya.Maka mencari jalan2 mudah dan sedikit modal kemudian menunggu....bukan salah malah bagus sebab kerja senang untung boleh tahan juga.Tetapi adakah kita fikirkan ia sah dari segi muamalat atau dengan kata lain adakah ia tidak bertentang dari segi syarak.Paling mudah serah kertas kerja atau butiran sistem dengan lengkap dan tiada maklumat sembunyi dan tipu....serah pada majlis@jabatan agama atau majlis fatwa...untuk fatwa halal atau haram.Jangan sembang tiada bukti yang sah.

Mengikut kefahaman rambang penulis...ia berupa keuntungan berangkai.Lagi banyak ahli dapat lagi banyak keuntungan.Dipusing sahaja pembayaran ahli baru untuk diagih keahli lama dan begitulah seterusnya.Ia akan mengalami kerugian dan tutup jika tiada lagi ahli baru.Maka pelabur kemudian menanggung kerugian.Barang2 yang diniaga berganda2 mahal dari pasaran biasa.Mutu serta khasiat sama.Mungkin tukar bungkusan.Kerana apa,mereka pun tidak kilang untuk mengilang barang tersebut.Ini semua bijak sembang dan pandai menyakinkan orang.Ada yang terlibat tiada kereta mewah pun.Hanya ambil gambar mana kereta mewah sahaja.Tiada ditunjukkan geran kereta itu nama beliau.

Jika benar untung berlipat ganda dan halal kenapa tidak diiklan di media2 terkenal atau serah sahaja saham2 itu kepada PNB agar keuntungan PNB berlipat ganda.Agak sukar...mereka bergerak terlalu licik.Orang nak kaya cara mudah dan pendidikan rendah mudah tertipu.Mengikut kementerian koperasi lebih 7000 syarikat menjalankan kegiatan yang begitu kabur.Hingga ada koperasi serai...malangnya satu batang serai pun tidak ada ditanam...

Pernah penulis dengar dikalangan orang mereka yang begitu cergas dalam perniagaan begini dan banyak masuk sistem perniagaan begini...apa kata mereka....untung sabut timbul ...untung batu tenggelam....sebenarnya mereka pun tidak yakin.Banyak sistem ini dah terkubur dan ramai lora ng gtelah mengalami kerugian.Tapi ada juga yang tidak serik2 atau orang pandai memperdaya dan menyakin mangsa2nya.Tak apa lah...itu duit mereka....biarkan....mungkin sahaja kepandaian yang mereka ada.Cuma pastikan jangan kita menipu...gasak duit orang secara terlarang...ia satu dosa...dosa masuk neraka.Pastikan muamalat itu halal dari segi syarak.

No comments: