Saturday, October 31, 2009

MENGAPA KITA SUKA MENGAWAL ATAU QUEEN CONTROL SUAMI


Sejak kebelakangan ini trend nampak jelas,mumgkin trend ini telah lama ujud beratus2 tahun dahulu...trend dimana iisteri mengawal suami walaupun ini bukan semua.Tiada orang yang menyiasat tentang ini untuk mengetahui peratus sebenarnya.Saya rasa ini tiada penting.Khuatir akan melibatkan ilmu2 sihir atau khidmat dukun serta bomoh untuk tujuan ini.Ini sudah tentu haram dan menjadikan syirik.Memang tujuan kita baik kerana sayang dan agar ia bertanggung jawab.Mungkin tidak akan dimadu dengan kata lain agar suami tidak kawin lain.

Tidak kurang mengguna susuk2 tertentu untuk mengawal suami atau memikat suami.Mungkin mengunakan alat mekup atau awet muda dilarang oleh syarak seperti botox...Masalah bermadu itu soal jodoh dan takdir....kita tidak dapat menolak sebab itu ketentuan Allah.Mungkin doa yang makbul boleh menghindarinya.Itu haq Allah swt.Elok kita beramal perkara dibenarkan syarak seperti jadi isteri yang soleha....taat kepada suami,berdoa dan banyakkan mendekatkan diri dengan Allah swt.

Ada ayat quran elok pasangan suami isteri agar hidup aman damai.Iaitu Surah Baqarah ayat 102...diamal@baca setiap lepas solat 5 waktu dan solat2 sunat.Elok dibaca sebanyak 3 kali selepas solat2 tersebut.

Masyarakat akan kurang enak memandang kalau suami ditundukan.Sudah tentu isteri itu dipandang rendah kerana itu bertentangan dengan syarak dan haram.walaupun niatnya baik tapi cara tidak dibenarkan oleh syarak.Jangan sampai kita berkuasa di dunia tetapi diakhirat kita dihumban dalam neraka.Elok kerja2 begini dihentikan sebelum mati menjemput kita.Ada juga kes suami tidak dapat ditundukkan kerana pendindingnya lagi kuat walaupun ini salah kerana mengunakan bantuan jin.Kecuali suami yang ibadahnya kuat kerana ia dalam penjagaan Allah swt.Semua itu berlaku dengan izin Allah.Oleh itu jangan kita membelakangi hukum Allah swt.....ia sebenarnya menzalim diri kita sendiri....

No comments: