Tuesday, October 27, 2009

WARTAWAN @ PEMBERITA DAN PENULIS BOLEH DAPAT PAHALA BESAR ATAU DAPAT DOSA BESAR


Tugasnya bukannya mudah,mencabar,sukar dan pelbagai lagi hanya yang terlibat mengetahuinya.Begitu juga tentang masa yang tak terikat pada waktu,serta tempat serta suasana hingga ke medan perang untuk mendapatkan berita.Tugas ni murni jika diniatkan untuk Allah swt dengan perkara2 asas dilaksanakan dengan aqidah yang benar diikuti ibadah yang sah.Jika tidak, ia tidak akan menjadikan amalan baik disisi Allah swt.

Tugasnya yang tidak tertulis secara khusus didalam quran mahu pun didalam hadis...tetapi akan menjadi amalan soleh dan InsyaAllah akan dimasukkan oleh Allah swt kedalam syorga.Manakan tidak...jika tulisannya membawa manusia cintamya kepada Allah swt,serta membawa manusia bertaqwa dan menjadikan manusia betul2 kenal kepada Tuhannya yang mencipta segalanya iaitu Allah Taala.Malanglah jika tulisannya memecah belahkan masyarakat,tulisannya bersifat mengadu domba,tulisan2nya juga berbentuk maksiat hingga manusia menjadi lalai serta meniru agenda2@acara2 maksiat yang diwar- warkan atau yang disebarkan itu.Malang lagi, jika kerja2 yang berbentuk maksiat ini tidak perbetulkan dalam bentuk tulisan juga...dan inilah adalah salah satu syarat untuk kita bertauabat kepada Allah swt...sedangkan maut akan menjemput kita bila2 masa .Jadi,eloklah wartawan2@pemberita2 serta penulis2 Islam ini mengaji agama atau bertanya kepada ahli2 agama agar kerjayanya tidak tersalah sasar ,iaitu dengan tidak menulis perkara2 yang menyalahi hukum2 agama.

Agar kita mendapat pahala yang besar bukanlah dosa yang besar.Serta mungkin tulisan kita akan menjadi ikutan kepada masyarakat agar melakukan perkara2 kebaikan,dapat menyatukan masyarakat hingga terlaksana hukum2 Allah...hingga rakyat hidup didalam rukun damai serta dapat melaksana perintah yang berbentuk suruhan atau pun berbentuk larangan.Hinggakan masyarakat majmuk yang dulu agak susah bersatu tetapi boleh bersatu dalam membina negara yang hormoni serta tolong menolong tanpa mengira kaum dan anutan agama.Ini mungkin dapat dijadikan kenyataan jika wartawan@pemberita serta penulis dapat mengunakan mata pena dengan dengan baik,jujur,telus dan mengikut landasan2 agama.

Bukan sahaja mereka ini dikagumi didunia malahan di akhirat kelak,mereka juga akan ditempatkan,ditempat yang baik sesuailah dengan amalan yang baik yang telah dilakukan semasa di dunia.Walaupun kejujuran agak sukar dilakukan tapi yang sukar ini boleh membuahkan hasil yang baik di dunia mahu pun di akhirat jika dibuat dengan bersungguh2.Maka gunakanlah selagi kita masih hidup dan bernyawa agar tidak kesal dikemudian hari.

No comments: