Wednesday, October 28, 2009

LAGI TENTANG FARAID DAN WASIAT


Wasiat memang rapat dengan faraid walaupun wasiat jarang menjadi amalan kita.Wasiat memang digalakkan kerana kita tidak tahu bila ajal .Wasiat yang baik adalah bentuk bertulis dari lisan kerana lisan tentu perlu saksi.Dikhuatiri saksi mati dahulu dari pemberi wasiat atau kedua2 lupa atau sebagainya.Tetapi walaupun tiada saksi sedang penerima wasiat itu wali utama misalnya anak lelaki tunggal maka wajib ditunaikan.Asalkan wasiat itu tidak bertentang dengan syarak.Wasiat yang bertulis atau lisan akan terbatal dengan sendirinya jika bertentang dengan syarak.Sebagai contoh wasiat menyerahkan sebidang tanah kepada seorang anak perempuannya sahaja sedangkan ada 2 anak lagi iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan maka wasiat ini jadi batal.

Haram anak perempuan itu memiliki semua tanah itu.Lelaki penting dalam faraid ia merupakan pendinding kepada harta simati,jika tiada anak lelaki maka sebahagian harta akan diserah ke baitulmal dan saudara2 simati yang terdekat(sila rujuk kaedah faraid).Lebih malang kalau harta tadi bercampur dengan tanah lain milik anak perempuan itu...sebab setelah ia mati dan difaraidkan maka bercampur dengan harta yang haram tadi.Jadi sampai akhir dunia faraid keturunan prempuan itu bercampur dengan harta yang haram kecuali harta itu musnah atau sebagainya yang tiada lagi terjadi faraid sebab harta sudah habis.Oleh kerana tamak serta jahil agama maka masalah ini,ramai tidak ambil penduli atau belasah sahaja.Harta yang hendak diwasiat kepada badan2 amal dsbnya juga tidak boleh lebih daripada satu pertiga hartanya(sila rujuk bahagian faraid untuk dapat kepastian).Disamping anak angkat tidak termasuk dalam bahagian faraid.Jika hendak juga memberikannya maka berikan semasa hidup.

Faraid ini terjadi setelah mati dan ada meninggalkan harta.Dizaman ini wasiat mudah sebab banyak syarikat2@badan2 tertentu menyediakan perkhidmatan ini .Sudah tentu mereka mempunyai kepakaran yang cukup dalam bidang ini.Faraid ini baik jika dibuat semasa mayat belum dikebumikan.Iaitu adakan satu majlis ringkas serta catitan ringkas disaksi kerabat terdekat kerana dalam kesedihan mereka pada umum,tentu setuju faraid yang dibuat tetapi kena bersandarkan hukum syarak juga.Dikhuatiri bila sudah lama hilang kesedihan maka unsur tamak dan kemaruk harta sudah ada.Sudah tentu timbul masalah tanah lapis satu,tanah ada bukit,tanah hutan sahaja ,tanah berpaya dan bermacam2lah keadaan tanah yang tentu nilainya berlainan.

Pening juga memikirkannya.Bagi penulis pakatlah elok2....berlebih kurang buat sebaik mungkin hingga penerima faraid jadi reda agar simati aman didalam kubur.Rasullulah saw begitu juga sahabat2 pun tidak meninggalkan harta selepas wafatnya atau setelah meninggal dunia.Memadailah kita hidup dengan memada dengan merasa cukup apa yang ada.Jangan kita melihat orang kaya serta hidup mewah,lihatlah orang yang hidup lebih susah serta daif dari kita dengan ini mungkin kita lebih bersyukur.

No comments: