Tuesday, January 26, 2010

IKLAN OH IKLAN



Iklan adalah sesuatu cara untuk mengenal barang yang kita jual atau memberitahu maklumat2 penting dan sebagainya.Mungkin juga untuk perkara2 lain misalnya yang dibuat oleh kementerian2,contoh kementerian kesihatan,kementerian pelancungan,kementerian penerangan serta agensi2 lain.Bagi menghebahkan sesuatu perkara penting kepada orang ramai dengan pelbagai media.

Contoh menjaga kebersihan untuuk menggelakan jangkitan H1N1,demam denggi,membeli barangan tempatan,berhati2 dijalan raya,marilah mengundi dan bla...bla juga segala macam mak nenek bentuk dan tujuan.

Tetapi kenapa agensi2 yang terbabit atau yang berkepentingan tidak mengiklan perkara2 yang berkaitan agama.Menyuruh orang bersolat,menutup aurat,jauhkan diri dari riba,tidak minum arak,tidak berjudi,jangan bercampur gaul lelaki perempuan secara bebas dll.Adakah tiada agensi yang hendak mencari pahala atau membuat kebajikan bagi tujuan begini.Tiada agensi2 yang sanggup membayar kos pengiklanan ini.Juga tidak adakah agensi yang sanggup memberi ruang iklan ini dibuat secara percuma atau media itu sendiri membuat iklan begini.

Mungkin ini terlepas pandang atau ada perkara2 yang menghalang untuk berbuat demikian.Mungkin ada 1001 macam halangan dan alasan perkara ini tiada dibuat.Mungkin sudah ada tetapi jarang keluar atau diwaktu bukan waktu puncak.Jika tiada atau terlalu jarang kena rapatkanlah iklan itu....kalau belum kenalah buat...atau kalau bukan waktu puncak kenalah buat diwaktu puncak.Jangan tidak berbuat begitu mungkin hanya memikirkan keuntungan atau takut kena batang hidung sendiri.

Beginilah manusia sekarang beribadah hanya di masjid2 atau dirumah2 atau tempat tertentu....juga pada masa tertentu....memakai tudung apabila ada pembesar2 meninggal dunia.Kadang kesian ustaz2 yang panggil ke TV2 kena berhadapan dengan juru acara yang tidak tutup aurat.Mereka selamba dan tidak rasa bersalah.Mana moralnya pada Allah dan Islam....kita macam mengabaikan perintah Allah.Sedangkan apa yang kita ada ialah semua kurniaan Allah.

Jangan asyik marah@tidak suka orang yang mencegah mungkar dan mengajak amal makruf .Itu adalah tanggung jawab orang Islam.Marah orang memberi hukum yang kita kena batang hidung kita sendiri.Ini hukum bukan dari ustaz2 tetapi hukum dari Allah.Kalau kita rasa ustaz2 itu ada kepentingan diri atau parti,sila rujuk kepada ulamak2 negera2 lain dari mesir ke ,negera2 arab ke...atau duduk semeja ulamak2 muafakat jatuhkan hukum.Tapi kalau hukum itu dah nyata dalam quran dan hadis apa lagi nak bincangkan.Sapakah kita yang nak bandingkan dengan Allah swt dan Rasullullah saw.

Jangan pula nanti bila berada dihadapan Allah swt kita menyalah ahli agama mengatakan tidak memberitahu...kecuali ulamak bisu yang berkepentingan.Ubahlah sikap,sedar kematian akan menjemput kita....kita kan berada dialam barzah akan ditanya dam diseksa sebab mengabaikan agama.Dan dicampak dalam neraka kerana kedegilan menurut ajaran Islam.Ingat kita tua ...lemah...dan mati.

No comments: