Saturday, June 19, 2010

MASA NI MENDEKATKAN DIRI DGN ALLAH....SBELUM NI PUN DAH PESTA KUIH...BERAMAL ISLAM YG SEDAP2...HUKUM HUDUD LANGSUNG XDIBINCANGKAN & PERGAULAN BEBAS..

Lagi NGO bantah Festival Ramadan
Zulaikha Zulkifli dan Puteri Aida Haryani
Jun 19, 10
9:31am

Rancangan Kementerian Pelancongan untuk mengadakan Festival Ramadan bagi menarik pelancong Arab melawat Malaysia, terus mendapat bantahan.

abimPresiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhamad Razak Idris berkata, hasrat kerajaan mengadakan festival itu merupakan satu cadangan yang lari dari roh sebenar Ramadan.

Beliau berkata, dalam perspektif Islam, bulan Ramadan merupakan bulan untuk meningkatkan kualiti ibadah.

"(Bagaimanapun) kalau kementerian pelancongan membuat sedikit pengubahsuaian sejajar dengan falsafah sebenar Ramadan dan mendatangkan kebaikkan kepada semua orang, ia boleh diteruskan jika ia tidak mempunyai unsur bersuka-ria.

hari raya ramadhan stalls 021006 04"Kementerian boleh mendapatkan pandangan dan rundingan daripada pertubuhan Islam bagi mendapatkan konsep yang wajar yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada semua orang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berkata, pihaknya tidak bersetuju jika Ramadan dikomersialkan dengan penganjuran Festival Ramadan.

Bagaimanapun beliau berkata, jika acara itu bertujuan untuk menjalinkan hubungan antarabangsa dan mempunyai fungsi merapatkan ukhuwah untuk kebaikkan, maka ia wajar diadakan.

"Tetapi kalau festival ini untuk 'difestivalkan' maka saya tidak setuju," katanya.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz juga membantah cadangan kementerian pelancongan itu jika majlis yang bakal dianjurkan tidak menghormati bulan Ramadan.

arab middle east tourist 191005Muhammad Faisal berkata, perkara ini bukan kali pertama terjadi kerana tahun sebelum ini turut diadakan program sedemikian.

"Pada pandangan saya, program yang dianjurkan disifatkan (sebagai) tidak hormat (bulan Ramadan).

"(Festival) bukan baru (malahan) sudah dianjurkan pada tahun-tahun lepas, contohnya konsert yang seolah-olah tidak menjaga sensitiviti umat Islam," katanya.

Beliau berkata, menteri pelancongan seharusnya mempunyai satu panduan yang khusus dalam menjalankan sesuatu program walaupun menteri pelancongan bukan beragama Islam...




NGO bantah cadangan anjur festival Ramadan
Zulaikha Zulkifli
Jun 18, 10
3:31pm

Rancangan Kementerian Pelancongan untuk mengadakan Festival Ramadhan bagi menarik pelancong Arab melawat Malaysia, mendapat bantahan badan bukan kerajaan - Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) - kerana menurutnya ia bertentangan dengan makna dan maksud Ramadan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan sangat dihormati sebagai bulan ibadah untuk meningkatkan kekuatan rohani dan akhlak uslimin.

arab middle east tourist 191005"Pengumuman menteri tersebut yang merencana bulan itu sebagai bulan pesta makan dan pelbagai aktiviti yang dianggap akan menarik pelancong, sama sekali bertentangan dengan makna dan maksud Ramadan.

"(TERAS) mendapati rencana itu adalah satu penghinaan terhadap kemuliaan bulan barakah yang mengajar para Muslimin untuk mengawal nafsu serta mendidik diri untuk tidak bersifat berfoya-foya dan membazir," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Azmi berkata, program tersebut hanya mengambil kira aspek keuntungan yang dapat dikumpul dari wang pelancongan yang dijadikan perhitungan dan ia menghina bulan Ramadan.

ramadhan special 241005 buyer and sellerMalah, beliau turut menentang sebarang usaha yang menjadikan ibadah yang mulia di sisi Islam, bertukar dan dipakej sebagai bahan atau khidmat yang dijual untuk mengaut keuntungan.

Beliau juga berkata kenyataan menteri itu yang mengatakan pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam bagi menjemput imam-imam terkenal bagi memimpin ibadah terawih sebagai satu lagi pakej menarik pelancong untuk berkunjung ke Malaysia, menunjukkan kejahilan beliau terhadap martabat solat terawih di bulan puasa.

Selain itu, beliau juga akan menghantar surat bantahan dalam masa terdekat kepada kementerian pelancongan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan menteri hal ehwal agama, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membuat penilaian semula terhadap cadangan tersebut.

arab tourist in malaysia 301104 arab women shopping in klKatanya, perkara itu juga akan dibawa ke pengetahuan Majlis Fatwa dan Majlis Raja-Raja untuk mendesak supaya festival tersebut dibatalkan.

"Kita nak kumpul banyak lagi sokongan daripada badan-badan Islam di seluruh negara untuk mengesahkan bantahan ini," katanya.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen sebelum ini mencadangkan untuk mengadakan Festival Ramadhan di I-City Shah Alam sebagai salah satu inisiatif bagi menarik pelancong Arab ke Malaysia pada Ogos nanti.






Fesival Ramadhan: Lucunya mahu tarik pelancong Arab
Wartawan Kita

KOTA BHARU, 19 Jun: Sempena kedatangan Ramadhan 1431, Kementerian Pelancongan Malaysia diwar-warkan akan menganjurkan suatu pesta yang dinamakan Festival Ramadhan pada tahun ini bertempat di I-City Shah Alam, sesuatu yang melucukan.

Sebelum ini lokasi sama diadakan festival sempena sambutan Hari Natal.

Antara yang disebut tujuan Festival Ramadhan yang bakal dianjurkan oleh kementerian yang diterajui oleh Datuk Seri Ng Yen Yen ialah untuk menarik pelancong daripada Timur Tengah.

Bagi Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelanconagan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Nasruddin Mahmud Muhaidin, tujuan Ng Yen Yen untuk menarik pelancong Arab menyertai festival itu juga suatu yang agak melucukan.

Di Kelantan, katanya secara khusus di Kota Bharu semenjak Kelantan diperintah oleh PAS, program yang dinamakan Ihya Ramadhan di Negeri Serambi Mekah telah dilaksanakan selama hampir 20 tahun yang lalu.

Katanya, bermula dengan khemah terawih di tengah-tengah pusat bandar di Parit Dalam, hari ini ia dijadikan sebuah perkampungan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke IV yang dinamakan Qaryah Ramadhan.

Jelasnya, qaryah dalam bahasa Arab bermaksud kampung di mana Qaryah Ramadahan mula diperkenalkan pada tahun 2007.

“Adakah ini satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan yang ingin ditiru oleh kerajaan Pusat selepas mereka meniru cuti Sabtu, cuti bersalin, takaful warga emas dan sistem gadaian Islam dan lain-lain,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, Qaryah Ramadhan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri padat dengan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan amalan dan ibadat rakyat Kelantan.

Antarany, kata beliau majlis iftor (berbuka) secara terbuka yang setiap hari anggaran ratusan orang yang turut serta yang mana makanan disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dengan penajaan bandan korporat serta sumbangan orang ramai.

“Solat terawih pula diimami oleh imam yang didatngkan dari Mesir. Imam ini juga bertindak sebagai pembimbing untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran selepas selesai solat terawih. Pada sebelah dinihari pula imam ini akan mengetuai solat qiamullail,” ujarnya.

Selain itu, katanya pelbagai aktiviti lain diadakan sepanjang bulan Ramadhan seperti forum atau ceramah sempena Nuzul Quran dan Badar Qubra.

Tambahnya lagi, pada sebelah petang para belia dan remaja dihidangkan dengan slot-slot intraktif dan talkshow yang memberi maklumat dan aktiviti bermanfaat kepada mereka.

Di samping itu, ujarnya lebih menarik sepanjang malam hingga ke subuh pelajar-pelajar maahad tahfiz mengadakan relay Al Quran yang dibaca secara berterusan.

Pihak kerajaan juga, tambahnya melalui syarikat kaitan dengan kerajaan (GLC) mengambil peluang menyampaikan zakat dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Pendeknya, jelas beliau pelbagai aktiviti keagamaan dilangsungkan di Qaryah Ramadhan dalam usaha untuk menghidupkan (ihya’) Ramadhan di Kelantan.

Ini, katanya sering diwar-warkan oleh Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, “Kalaupun kita tidak dapat merasai suasana Ramadhan di Mekah, paling kurang kita merasai kemeriahan Ramadhan di Serambi Mekah”.

Menurutnya, Fesitival Ramadhan telah mendapat bantahan daripada bebrapa pertubahan bukan kerajaan jika ia dianjur atas sifat sebuah pesta semata-mata dengan tidak mengambil kira tujuan ibadah dan peningkatan amalan di bulan mulia ini.

Beliau berkata, masyarakat Arab yang begitu teruja dengan suasana Ramadhan di negara mereka tidak akan melancong ke luar negara semata-mata untuk menyertai suatu festival yang sekadar untuk tunjukan bahawa negara ini kaya dengan pelbagai makanan melalui jualan bazaar Ramadhan.

“Adakah orang Arab berselera untuk menikmati bubur lambuk kita,” ujarnya sinis

No comments: