Sunday, July 11, 2010

Ilmu Tajwid..

1.Pengenalan Ilmu Tajwid


Pada bahasa-Memperelokan dan menghalusi.

Pada Istilahnya-Iaitu suatu ilmu yang membahaskan kalimah-kalimah Al-Quran dari segi menunaikan hak tiap-tiap huruf dan mengelokan sebutan huruf serta sifat huruf sama ada yang asli ataupun yang mendatang.


Fadilat ilmu Tajwid.


Ia adalah semulia-mulia ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran.Dalil dari Al-Quran.

Ayat Al-Quran….

Maksud: “Bacalah Al-Quran dengan berttertil(memelihara hukum tajwid)

Dalil dari hadis:

Ayat Al-Quran

Semulia-mulia kamu sesiapa yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

Tujuannya:

Memelihara lidah dari melakukan kesalahan ketika membaca Al-Quran.

Hukumnya:
HUkum mempelajarinya ialah:Fardhu Kifayah dan hokum beramal dengannya ialah Fardhu Ain keatas orang-orang Islam yang telah mukallaf dan berdosa serta dilaknat sesiapa yang membaca Al-Quran tanpa memelihara hokum tajwid.

Ini berdasarkan kepada Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang berbunyi:
Sabda dalam jawi….jgn lupa scan
Yang bermaksud: Berapa ramai yang membaca Al-Quran tetapi Al-QUran melaknatinya.


2.Kedudukan Isti’azah dan cara bacaan


Tujuannya:
Memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. dari gangguan syaitan.Lafaznya:

Jgn lupa scan….
Yang bermaksud:Aku memohon berlindungan dengan Allah dari gangguan syaitan yang direjam.

Hukumnya:
Jamhur ulamak berpendapat hokum-hukum membacanya sunat,ada setengah ulamak berpendapat hokum membacanya wajib berdasarkan firman Allah s.w.t.

Jgn lupa scan…
Yg bermaksud:Apabila kamu membaca Al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah s.w.t. daripada syaitan yang terkutuk.


3.Kedudukan Basmalah dan cara bacaan

Basmalah


Mahzab Shafie berpendapat bahwa BAsmalah adalah dikira sebagai salah satu ayat dalam Surah Al-Fatihah.

Semua ulamak sepakat Basmalah hendaklah dibaca pada tiap-tiap kali kita memulakan bacaan Al-Quran kecuali pada masa peperangan dengan tiada Basmalah dan di dalam mashaf juga tiada ditulis.


4.Wajah-wajah BAcaan antara Istiazah dengan Basmalah


1.(Fath’uljami’) iaitu membaca Isti’azah dan wakaf kemudian membaca Basmalah dan wakaf dan seterusnya membaca awal surah.

2.(Fath’ul awwali wawash luththanii biththa lithi) iaitu Wakaf pada Isti’azah dan sambung Basmalah dengan awal surah.

3.(Washlul jamii’i) iaitu membaca Isti’azah dan terus menyambung Basmalah dan awal surah.

Wajah-wajah Basmalah diantara dua surah.

1.(Fath ‘ul jamii’i) iaitu wakaf pada akhir surah dan membaca Basmalah kemudian wakaf dan seterusnya membaca surah berikutnya.

2.(Fath ‘ul awwali wawash luthssth..nii bith thaa lith) iaitu wakaf dan seterusnya membaca surah pertama kemudian membaca basmalah dan menyambung terus dangan awal surah yang berikutnya.

3.(Wash lul jamii’i) iaitu menyambung akhir surah yang pertama dengan basmalah kemudian menyambung terus pada surah yang berikutnya.


NUN MATI DAN TANWIN


Nun Sukun (yang berbaris Sukun) النون الساكنة : Nun yang berbaris mati dan bacaannya terhenti mengikut huruf yang berada selepasnya. Nun Tanwin (yang berbaris dua) نون التنوين : Nun tambahan yang bertanda Sukun terdapat di akhir kata nama am yang bertanwin sahaja. Ia wujud dari segi bacaan tetapi ia tidak wujud dari segi tulisan dan ketika memberhentikan bacaan padanya. Tandanya ialah baris dua di hadapan( ٌ ), baris dua di atas( ً )atau baris dua di bawah( ٍ ).

Nun Sukun( ْ )yang lahir dari tanwin juga dibaca dengan Sukun di dalam Hukum Tajwid. Perhatian: Apabila terdapat Hamzah Wasal selepas Nun Sukun dan Tanwin, kedua-duanya tidak boleh dibaca dengan hukum Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa’ tetapi kedua-duanya mestilah dibaca dengan baris bawah untuk mengelakkan dari bertemu dua baris Sukun kecuali huruf Nun yang terdapat pada huruf Jar (sendi nama bahasa Arab) seperti di dalam kalimah( من ), ia dibaca dengan baris atas (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun) kerana sebutannya terlalu berat. Perlu diberi perhatian juga tentang hukum yang sama dengan hukum Nun Sukun atau Tanwin, ia juga mesti dibaca dengan baris atas ketika membaca secara sambung.


1. IQLAB ( الإقلاب ).


Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan bunyi Nun Sukun dan Tanwin kepada bunyi huruf Mim lalu diikhfa’kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba’ yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung. Dinamakan Iqlab ialah kerana Nun Sukun atau Tanwin bertukar menjadi Mim yang tersembunyi. Hurufnya ialah Ba’.


2 IDGHAM ( الإدغام ).


Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Idgham ini terbahagi kepada dua bahagian:- Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung) dan Idgham Bila Ghunnah (memasukkan tanpa dengung).

Idgham tidak akan terhasil kecuali dari dua kalimah. Bilangan huruf Idgham sebanyak enam huruf yang terhimpun di dalam kalimah( يرملون ).


2.1- IDGHAM MA’AL GHUNNAH (memasukkan serta dengung)( إدغام بغنة ).


Ia dari empat huruf yang terhimpun di dalam kalimah( ينمو )iaitu Ya’, Nun, Mim dan Wau. Apabila salah satu dari hurufnya bertemu dengan Nun Sukun atau Nun Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah, ia mestilah dibaca secara Idgham Bighunnah atau Ma’al Ghunnah kecuali pada dua tempat iaitu: ( يس والقرآن الحكيم - ن والقلم وما يسطرون ).

Hukum membacanya pula ialah Izhar Mutlaq berlainan dengan kaedah asal kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.


2.2 Idgham Bila Ghunnah( إدغام بدون غنة )
iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra’ dan Lam. Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sukun atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah kecuali pada Nun( من راق )kerana di dalam bacaan ini wajib diam seketika (tanpa menyambung nafas) dan ia tidak diidghamkan.


3. Izhar ( الإظهار ).


Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung.


3.1 IZHAR HALQI ( الإظهار الحلقي ).


Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Halqi kerana enam hurufnya keluar dari kerongkong. Huruf-huruf tersebut ialah: Hamzah( أ ), Ha’( هـ ), ‘Ain( ع ), Ha’( ح ), Ghain( غ )dan Kha’( خ ).

3.2 IZHAR MUTLAQ ( الإظهار المطلق ).


Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Mutlaq ialah kerana makhrajnya bukan dari tekak atau mulut. Izhar Mutlaq dibaca apabila huruf Ya’ atau Wau terdapat selepas Nun Sukun di dalam satu kalimah. Ia terdapat pada empat tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu: ( قنوان - صنوان - بنيان - الدنيا ).

Manakala( يس والقرآن الحكيم), (ن والقلم وما يسطرون )pula, hukum kedua-duanya adalah Izhar Mutlaq walaupun ia berada di dalam dua kalimah kerana mengikut bacaan riwayat Hafs


4. Ikhfa’ ( الإخفاء ).


Dari sudut bahasa: Tersembunyi. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama. Ia dinamakan Haqiqi ialah untuk menghasilkan Ikhfa’ di dalam Nun Sukun dan Tanwin dengan lebih banyak selain dari kedua-duanya. Huruf Ikhfa’ terdiri dari lima belas huruf yang terhimpun di dalam bait syair: ( صف ذا ثنا كم جاد شخص قد سما دم طيبا زد في تقى ضع ظالما )


NUN DAN MIM SABDU


1.Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama Sukun dan kedua berbaris. Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Mim yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Izhar Ghunnah (menzahirkan dengungnya) sepanjang dua harakat. Mim yang bersabdu dinamakan huruf dengung yang disabdukan.

2.Nun bersabdu pada asalnya terdiri dari: Dua Nun, pertama Sukun dan kedua berbaris, Nun yang berbaris mati dimasukkan ke dalam Nun yang berbaris hidup sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Nun yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Izhar Ghunnah (menzahirkan dengungnya) sepanjang dua harakat. Nun yang bersabdu dinamakan huruf dengung yang disabdukan.


MIM MATI


Mim Sukun yang terletak sebelum huruf hijaiah (Huruf Arab) kesemuanya kecuali ketiga-tiga Huruf Mad kerana untuk mengelakkan dari bertemu dua huruf Sukun.


1- IZHAR SYAFAWI ( الإظهار الشفوي ).


Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan syafawi kerana Mim Sukun iaitu huruf yang zahir keluar dari dua bibir mulut dan ia disandarkan kepada makhraj huruf yang zahir kerana tepat sebutannya. Izhar Syafawi adalah terdiri dari dua puluh enam huruf iaitu kesemua huruf hijaiah selepas dibuang huruf Mim dan Ba’. Perlu diperhatikan apabila terdapat huruf Wau atau Fa’ selepas Mim Sukun, huruf Mim Sukun mestilah dibaca secara Izhar Syafawi (dinyatakan sebutan) supaya terselamat dari keraguan membacanya secara Ikhfa’ di mana huruf Mim wajib dibaca secara Ikhfa’ ketika bertemu dengan huruf Ba’ kerana makhraj huruf Mim dengan huruf Wau adalah sama manakala makhraj huruf Mim dengan huruf Fa’ pula adalah berhampiran.

2. IKHFA’ SYAFAWI ( الإخفاء الشفوي ).

Dari sudut bahasa: Tersembunyi Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama. Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba’ sama-sama keluar dari dua bibir mulut. Ikhfa’ Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba’.


3. IDGHAM MISLAIN SOGHIR ( إدغام مثلين صغير ).


Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun (mati) ke dalam huruf berikutnya yang berbaris hidup dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Ia dinamakan Mithlain (dua jenis huruf yang sama) kerana ia terbentuk dari dua huruf yang sama makhraj dan sifat manakala dinamakan saghir (kecil) pula ialah kerana huruf yang pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Idgham Mithlain Saghir terdiri dari satu huruf iaitu Mim.

QALQALAH ( القلقلة )


Dari sudut bahasa: Bergerak-gerak dan gementar.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Bunyi lantunan yang kuat dari makhraj hasil dari bacaan huruf yang bertanda Sukun di mana makhrajnya ditekan terlalu kuat kemudian dilepaskan dalam waktu yang singkat sama ada huruf Sukun itu asli atau mendatang.

1- Lantunan yang paling rendah( أقل شدة ):


Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah
contohnya: Huruf Qaf di dalam kalimah(
وخلقناكم أزواجا ).


2. Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan( متوسط شدة ):


Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid) contohnya: Huruf Ta’( ط )di dalam kalimah( والله من وراء محيط )


3 Lantunan yang paling tinggi( أقصى شدة ):


Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid) contohnya huruf Qaf di dalam kalimah( قال رب أحكم بالحق )


LAM SUKUN


Huruf-huruf Lam Sukun di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian: Lam Ta’rif( لام التعريف )atau Lam( ال ), Lam Fi’li( لام الفعل )dan Lam Harfi( لام الحرف ).

1 Lam( ال )


Iaitu Lam yang dikenali dengan Lam Ta’rif yang dapat bersama-sama dengan kata nama (isim).

Ia juga sebagai tambahan untuk membentuk kalimah sama ada kalimah tersebut boleh ditulis tanpanya seperti( الأرض )ataupun tidak boleh ditulis tanpanya seperti( الذين )menyebabkan penambahan Alif Lam( ال )ke dalam kalimah sedemikian adalah sangat perlu, dengan kata lain ia tidak boleh dipisahkan dari kalimah yang berada bersamanya. Hukum bacaan di dalam bahagian ini ialah wajib dibaca secara Idgham (dimasukkan) jika terdapat huruf Lam selepasnya seperti( الذي )dan wajib dibaca secara Izhar jika terdapat Huruf Ya’ atau Hamzah selepasnya seperti kalimah:( واليسع )dan( الأن ).

1.1 Lam Qamariah ( اللام القمرية )


terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair:( ابغ حجك وخف عقيمة ).

Hukum Lam Qamariah ialah Izhar (dinyatakan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Izhar ketika bersama dengan huruf-huruf ini ialah kerana makhraj makhraj huruf Lam terletak berjauhan dengan makhraj empat belas huruf tersebut.


1.2 Lam Syamsiah( اللام الشمسية )


terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair:
(
طب ثم صل رحما تفز ضف ذا نعم دع سوء ظن زر شريفا للكرم ).

Hukum Lam Syamsiah adalah Idgham (memasukkan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Idgham ketika bersama dengan huruf ini ialah kerana makhraj Lam Syamsiah adalah sama dengan makhraj huruf Lam dan terletak berdekatan dengan huruf-huruf lain yang tersebut di atas.


2. Lam Sukun yang terletak pada kata kerja (Fe’el)


iaitu sama ada kata kerja tersebut yang telah lalu (madhi), sedang berlaku (mudharik) / akan datang atau kata kerja seru dan dalam semua keadaan sama ada ia terletak pada pertengahan ayat atau di akhir ayat.

2.1 Idgham:


Lam Fi’li dibaca secara Idgham apabila terdapat selepasnya huruf Ra’ atau Lam.


2.2 Izhar:


Lam Fi’li dibaca secara Izhar apabila terdapat selepasnya salah satu huruf hijaiah kecuali huruf Ra’ dan Lam.

3 Lam Sukun yang berada di dalam sendi nama (harf)


iaitu di dalam( هل), (بل )sahaja dan tidak terdapat di dalam kalimah yang lain di dalam al-Quran selain dari dua kalimah tersebut.


3.1 Idgham:


Lam Harfi dibaca secara Idgham apabila terdapat huruf Ra’ atau Lam selepasnya kecuali pada ayat( بلران )di mana hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana terdapat hukum yang mewajibkan diam (berhenti seketika tanpa bernafas) yang menghalang dari Idgham.


3.2 Izhar:


Lam Harfi dibaca secara Izhar (nyata) apabila terdapat salah satu huruf hijaiah selepasnya kecuali huruf Ra’ dan Lam

No comments: