DUNIA
Ribut pasir landa China
BEIJING - Ribut pasir yang melanda seluruh China semalam menyebabkan sejumlah bandar-bandar diselubungi pasir dan batu halus sekali gus mengancam kesihatan penduduk.
Kejadian itu merupakan kesan terbaru akibat pembersihan hutan, pembangunan dan kemarau yang berlaku di bahagian utara serta barat China.
Angin bertiup dari barat laut negara itu dengan membawa pasir ke seluruh China sejak Sabtu lepas sekali gus menjejaskan penduduk di Xinjiang dan Beijing.
Sebuah lapangan terbang di Pulau Matsu, Taiwan menggantung perkhidmatan kelmarin akibat jarak penglihatan yang kabur ekoran ribut pasir.
Di Hong Kong, pegawai-pegawai berkata, seramai 20 orang terpaksa mendapatkan rawatan perubatan kerana masalah kesihatan. - AP
ALLAH BAGI AKAL YANG HEBAT PADA MANUSIA TAPI MASIH TAK SEDAR@TAK INSAF
DUNIA
Bergayut untuk ke sekolah
BOGOTA - Beberapa pelajar sekolah rendah bergayut pada talian kabel dengan ketinggian lebih 396.24 meter semasa menyeberangi gaung di Rio Negro, Colombia untuk berulang-alik ke sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelajar-pelajar itu bergayut pada kabel yang direka supaya mereka menuruni dari sebuah bukit untuk menuju ke sebuah bukit lain selaju 64 kilometer sejam ke sebuah pekan berdekatan.
Pengguna-pengguna kabel itu menggunakan sejenis peralatan kayu seperti garpu untuk mengawal kelajuan.
Kemudahan itu disediakan untuk sejumlah keluarga yang tinggal 63.37 kilometer dari ibu negara Colombia, Bogota di Amerika Selatan.
Petani-petani turut menggunakan kabel itu bagi mengangkut barangan sejauh hampir satu kilometer kerana ia cuma satu-satunya akses untuk pergi ke sebuah pekan berhampiran.
Jurugambar yang juga seorang penulis, Christoph Otto telah merakamkan gambar-gambar pelajar sekolah rendah yang menggunakan talian kabel itu dan disiarkan di sebuah akhbar di Britain. - Agensi
WALAUPUN APA CARA MENDAPATKANNYA IA TETAP KURNIAAN@ANUGERAH ALLAH SWT...CUMA MANUSIA ASYIK TERLEPAS PANDANG...
DUNIA
Idea kreatif untuk dapatkan air
JAKARTA - Sebuah rumah pangsa di daerah Penjaringan, Jakarta dipenuhi dengan hos getah yang membekalkan air dari paip di luar kediaman mereka semalam.
Beberapa penduduk menyatakan mereka menggunakan wang sendiri untuk membeli hos getah yang panjang bagi menyalurkan air ke tingkat atas kediaman masing-masing.
Sistem pembekalan air ke rumah pangsa itu masih tidak dibaiki oleh pemerintah menyebabkan penduduk memikirkan inisiatif untuk mendapatkan bekalan air. - Agensi
No comments:
Post a Comment