Hadith Keempat : Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (Riwayat Muslim)Keterangan:
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai. Di akhir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Penulis : Masa Di sekolah, Ustaz aku pernah berkata. Antara bukti yang menunjukkan Ilmu Agama beransur-ansur adalah tiadanya pengganti tokoh-tokoh islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Khawarizmi, Ibnu Taimiyyah dan ramai lagi. Kita hanya boleh berbangga dengan mereka tetapi kita tidak dapat mengikut jejak mereka. Kerana ilmu ke arah itu telah hilang. Kini orang jahil ramai yang berkuasa dan apabila mereka memberi pendapat, kita akan mengikuti pendapat itu dengan jahilnya. Hanya sebahagian kecil yang sedar keadaan ini. Apabila sesuatu ilmu itu dibicarakan oleh orang yang bukan ahlinya, maka rosaklah ilmu itu. Semoga kita sedar dan terdiri dikalangan yang sedikit serta ganjil.
Hadith kelima : Umat Islam Akan Mengikut Langkah Yahudi dan Nasrani:
Dari Abu Sa'id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Siapa lagi?" (kalau bukan mereka). (HR. Muslim)Keterangan
Umat Islam akan mengikuti jejak langkah atau "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nashrani, hingga dalam urusan yang kecil dan yang remeh sekalipun. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.
Pada zaman sekarang, kita dapat melihat kenyataan sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ini. Banyak orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru "cara hidup" Yahudi dan Nashrani, baik disedari ataupun tidak. Banyak orang Islam yang telah terperangkap dalam tipu muslihat Yahudi dan Nashrani dan ada pula yang sekaligus menjadi alat untuk kepentingan mereka. Ya Allah ! Selamatkan kami dari mereka.
Penulis : Amat sedih jika kita fikirkan. kadangkala kena pada batang hidung sendiri. Cara hidup oramg kafir sedikit sebanyak telah meresap dalam masyarakat. Dari segi pergaulan, pakaian, muzik, sukan, dan pendidikan pun kita kita nak ikut. Kita bagi macam2 alasan untuk menghalalkan apa yang kita buat. Sedangkan kita tau memang tak elok. Tipu diri sendiri. Barat buat amarican idol, kita ikut bodoh bulat-bulat malaysian idol, barat buat filem kereta, kita bukan saja buat filem kereta, dengan bohsia pun kita buat. Alasan nak timbulkan kesedaran adalah alasan paling bodoh dan alasan ini jelas diterima. Kita juga ke arah pergaulan bebas walaupun masih terkawal. Barat tonjolkan 'couple' sebelum kahwin adalah sangat perlu. kita ikut hinggakan orang yang tak ber'couple' kelihatan asing..Maka beruntunglah orang yang asing..Ya Allah..kuatkanlah kami...
Hadith Keenam : Golongan anti hadis
Dari Miqdam bin Ma'dikariba Ra. ia berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda; “Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kursi kemegahannya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadits dari haditsku maka ia berkata: "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (Al-Qur'an) saja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Qur'an kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". (Kemudian Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam melanjutkan sabdanya): "Padahal apa yang diharamkan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah Subhanhu wa Ta’ala". (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah) .
Keterangan
Laki-laki yang dimaksudkan di dalam Hadits ini ialah seorang yang mengingkari kedudukan Hadits sebagai sumber hukum yang kedua setelah Al-Qur'an. Ia hanya percaya kepada Al-Qur'an saja. Baginya, Hadits bukan menjadi sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini dianggap telah keluar dari ikatan Agama Islam. Karena ia tidak akan dapat memahami Al-Qur'an jika tidak kembali kepada Hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Al-Qur'an banyak menyebutkan garis-garis besar ajaran Islam dan dalam bentuk global, maka Haditslah yang berfungsi untuk meperinci isi dan kandungan ayat-ayatnya serta menerangkan yang sulit-sulit. Oleh karena itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan Al-Qur'an saja, tetapi ia mesti disertai dengan Hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam.
Penulis : Kita adalah ahli sunnah wal jamaah yang menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan utama. Sememangnya apabila ada yang menolak hadis terutamanya hadis sahih, samalah dia tidak beriman dengan Rasulullah SAW. Luputlah salah satu rukun imannya dan menjadikan manusia ini sesat lagi disesatkan. Sudah ramai orang yang tidak percayakan hadis dan mereka juga ada pengikutnya. Asas kita adalah Al-Quran dan As-Sunnah dan yang bertentangan darinya adalah sesat. Semoga kita dilindungi..Amin
No comments:
Post a Comment