Monday, February 15, 2010

PELBAGAI KEUNIKAN AKTIVITI MASYARAKAT....YANG PENTING PENTING KENA IKUT ISLAM DAN IKHLAS

Penyelamat bayi malang

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my




Yahya Mohamed Yusof tekun bantu remaja terlanjur bagi elak anak kecil dibuang

DI Malaysia, sememangnya diakui ramai sukarelawan, dalam apa juga bidang dan skop kerja, golongan ini mudah ditemui. Situasi ini membuktikan negara kita mempunyai ramai individu berhati mulia yang tekun menunaikan tanggungjawab sosial kepada negara.

Kebiasaannya, kerja sukarela ini dilakukan dalam tempoh tertentu atau dalam erti kata lain, mengikut program atau bermusim.

Namun, bagi Yahya Mohamed Yusof, 45, kerja sukarelawan sudah menjadi darah dagingnya. Malah, 24 jam sehari sejak 20 tahun lalu, beliau menunaikan tanggungjawab sosial tanpa mengharapkan balasan, cuma berdoa agar usahanya diberkati dan dikurniakan rahmat Tuhan.

Tanggungjawabnya ialah menyelamatkan anak luar nikah daripada dibunuh ketika masih dalam kandungan atau bayi itu dibuang, dibiarkan mati selepas dilahirkan.

Kerjanya agak janggal jika didengar, tetapi itulah yang dilakukan dengan menyelamatkan ibu muda yang terlanjur dalam perhubungan haram hingga mengandung. Beliau menjadikan rumahnya sebagai pusat perlindungan yang dinamakan Kem Modal Insan Kewaja.

Namun, bagi Yahya Mohamed Yusof, 45, kerja sukarelawan sudah menjadi darah dagingnya. Malah, 24 jam sehari sejak 20 tahun lalu, beliau menunaikan tanggungjawab sosial tanpa mengharapkan balasan, cuma berdoa agar usahanya diberkati dan dikurniakan rahmat Tuhan.

Tanggungjawabnya ialah menyelamatkan anak luar nikah daripada dibunuh ketika masih dalam kandungan atau bayi itu dibuang, dibiarkan mati selepas dilahirkan.

Kerjanya agak janggal jika didengar, tetapi itulah yang dilakukan dengan menyelamatkan ibu muda yang terlanjur dalam perhubungan haram hingga mengandung. Beliau menjadikan rumahnya sebagai pusat perlindungan yang dinamakan Kem Modal Insan Kewaja.

YAHYA bersama isteri, Ruzita Baharum.

Bertempat di Gombak, Selangor, Yahya yang berpengalaman dalam program motivasi, bina insan kini mengabadikan hidupnya melakukan kerja amal yang memang diketahui, tidak ramai yang sanggup tetapi cukup ramai yang mengkritik, beranggapan negatif ke atas setiap perlakuan gejala sosial.

"Mengkritik memang mudah. Logiknya, mangsa yang terlanjur dalam gejala seks bebas itu sememangnya sudah pun menerima hukumannya, menanggung malu, rasa berdosa apatah lagi jika membunuh zuriatnya sendiri.

"Adakah mereka perlu terus dihukum, dihina. Mereka perlukan bantuan, ruang dan peluang membaiki kesilapan hidup. Mereka boleh menebusnya dengan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan melihat dunia.

"Sekurang-kurangnya saya berupaya mengurangkan statistik bayi mati dibunuh, dibuang ke tempat tidak sepatutnya. Pada masa sama, kami akan didik dan asuh mereka ke jalan benar, mendalami ilmu agama supaya lebih bersedia menjadi insan berguna apabila daripada sini," katanya.

YAHYA berbincang dengan kakitangan soal pengurusan Kewaja.
Katanya memang benar, sejak 20 tahun lalu, beliau sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah dan ini bermakna lebih 3,000 bayi berjaya diselamatkan daripada dihumban ke lembah hina angkara 'ibu bapa' mereka yang tidak bertanggungjawab.

Menyingkap sejarah pembabitannya dalam kerja sukarela, anak kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan ini sememangnya aktif dalam aktiviti motivasi sejak di bangku sekolah, diteruskan ketika menyertai pergerakan Belia 4B, pemuda Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai fasilitator.

Ketika berhijrah ke ibu negara, beliau menerima banyak aduan mengenai pelbagai masalah sosial dan di peringkat awalnya, Yahya tidak menerima kes mengandung anak luar nikah disebabkan tiada kemahiran bagaimana menguruskan kes berkenaan.

"Apabila kes buang bayi semakin meningkat, saya dapati banyak pihak yang bercakap tanpa bertindak. Saya berbincang dengan isteri, kenapa kami tak boleh tolong mereka, tak ambil dan jaga mereka. Mulanya aktiviti kami dirahsiakan beberapa tahun hinggalah media mendedahkan usaha kami.

"Di peringkat awal juga kami tidak terlalu fokus kerana mempunyai banyak kes lain membabitkan penagih dadah yang diuruskan bersama beberapa rakan lain.

"Sebelum tahun 2001, kerja pengurusan kami lebih kepada tanggungjawab ihsan tanpa menerima sebarang bayaran sebab ikhlas nak tolong. Masalah kewangan memang ketara, kami berniaga menjual nasi lemak, ambil upah mengajar mengaji anak jiran.

"Kami akan ke pasar membeli sayuran pada sebelah petang sebab harganya lebih murah walaupun kualitinya memang teruk, itu saja cara nak berjimat dan teruskan usaha," katanya.

Selepas tahun 2001, barulah pasangan itu mengenakan sedikit bayaran tetapi masih menerima peserta yang benar-benar tidak mampu dan semuanya dilakukan atas budi bicara.

Anggaran kos kasar setiap peserta ialah RM17 sehari atau RM500 sebulan, bagaimana kurang 50 peratus daripada mereka membayar yuran.

"Memang ada suara-suara sumbang yang mendakwa kami meraih untung besar. Logiknya, jika semua membayar yuran penuh, pendapatan kami lebih RM25,0000. Itu dikira cukup besar, padahal hanya separuh yang bayar yuran, itu pun bukan semuanya membayar penuh.

"Tetapi kami teruskan juga kerja ini walaupun tanpa tajaan mana-mana pihak. Ada keluarga yang berminat nak mengambil anak angkat, jadi kami tetapkan syarat supaya mereka bagi sedikit sumbangan atau tajaan untuk ringankan beban supaya usaha ini boleh terus berjalan," katanya.

Selain kos menampung kehidupan kira-kira 55 peserta setiap bulan, Yahya juga terpaksa menanggung kos upah 12 sukarelawan yang berkhidmat dengannya, walaupun ganjarannya terlalu kecil tetapi disebabkan mereka berminat, kumpulan itu tetap membantu beliau menunaikan amanat sosial kepada negara.


Profil

Nama: Yahya Mohamed Yusof, 45,

Ibu: Seliah Talib, 63

Ayah: Allahyarham Muhamed Yusof

Isteri: Ruzita Baharum, 41,

Anak:

  • Puteri Ruhzatul Kamilia, 19,

  • Putera Nur Kamarul Kamil, 16,

  • Putera Nur Solihin Kamil, 12,

  • Puteri Ruhidayahtul Kamilia, 7,

    Jawatan: Pengarah kem Modal Insan Kewaja

    Asal: Seri Menanti, Negeri Sembilan

    Pendidikan:

  • Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan

  • Sekolah Rendah Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan.

    Pengalaman dan pembabitan dalam aktiviti kemasyarakatan:

  • Kursus Pusat Produktiviti

  • Persatuan Belia 4B, Gemas

  • Naib Yang Dipertua Persatuan Gerakan Ehsan Selangor

  • Ahli Jawatankuasa Pusat Jagaan Wilayah.

    Info

    Proses pemulihan di Kewaja


    Konsep: Tuhan masih sayangkan mereka

    Tempoh jagaan: minimum 3 bulan

    Aktiviti Kewaja:

  • Kelas agama dan sosial

  • Lawatan - penjara wanita kajang

  • Motivasi.

  • Sembahyang lima waktu (penyucian diri - bacaan Yassin setiap lepas sembahyang).

    Larangan:

  • Tak boleh guna telefon bimbit

  • Sentiasa berpakaian sopan.

    Emel: kewaja@gmail.com

    Motto: Menyelamat, Melindungi, Membimbing, Merawat.


  • No comments: