Sunday, February 14, 2010

INI BOLEH MEMPENGARUHI....TAQWAKAH KITA....MEREKA MENGHALALKAN ZINA TAPI TIDAK PADA AGAMA ISLAM

Kerajaan edar kondom percuma sempena Hari Valentine



2010/02/14

MANILA: Lelaki yang membeli bunga untuk meraikan Hari Valentine hari ini mendapat hadiah sampingan oleh jabatan kesihatan, semalam.

Kerajaan turut mengedarkan risalah percuma berisi maklumat mengenai kaedah amalan seks selamat bagi mengelak penularan penyakit berjangkit.


Sesetengah lelaki ketawa besar ketika menerima hadiah itu.


Bagaimanapun, Presiden Gloria Arroyo, mengambil sikap mengelak daripada terbabit dalam sebarang promosi itu kerana bimbang terhadap reaksi pihak gereja.


Jurucakap Gloria, Ricardo Saludo, berkata polisi kerajaan adalah mudah, iaitu mengedarkan kondom bukan untuk mencegah hamil, sebaliknya mengelak penyakit berjangkit.

“Jika mereka mahu menggunakan untuk tujuan lain, ia bukan urusan kerajaan,” katanya. - AFP

No comments: