Monday, February 15, 2010

HUKUM YANG TAK MENYEDARKAN....TAPI HUKUM ISLAM IA MENGHUKUM DAN MEMBERI PENGAJARAN KEPADA YANG LAIN

Bekas banduan ditahan edar dadah


KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang pernah menjalani hukuman penjara selama 12 tahun kerana mengedar dadah antara tiga lelaki ditahan berikutan disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di daerah ini, dalam serbuan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata hasil maklumat orang awam, sepasukan polis diketuai Inspektor Mohd Aizim Fairuz Ramli bersama enam anggota membuat intipan di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Katanya, pemeriksaan polis menemui tiga lelaki di dalam bilik itu dan menjumpai ganja seberat 530 gram, heroin 126 gram dan syabu 4.7 gram serta merampas lima unit telefon bimbit dan wang tunai RM2,050.

No comments: