Monday, February 15, 2010

Sifat Mazmumah dan Sifat Mahmudah...hizbi

Sifat manusia terbahagi kepada dua iaitu sifat-sifat yang baik atau
dipanggil sifat Mahmudah dan sifat-sifat yang keji atau dipanggil sifat
Mazmumah. Dengar perkataan Mazmumah ni macam sedap je. Janganlah
pulak ada orang yang letak nama anak Mazmumah. Kesian budak tu....

Antara sifat-sifat Mahmudah ialah ikhlas, jujur, baik hati, bersangka
baik, pemalu, mudah memberikan pertolongan, suka menderma, zuhud dunia,
cinta akhirat dan banyak lagilah. Sebutkan saja segala sifat-sifat
yang baik, itulah mahmudah.

Antara sifat-sifat yang keji atau mazmumah ialah dengki, hasad, riak,
takabbur, ujub, pemarah, pemalas dab baNyak lagi. Sebut saja
sifat-sifat yang orang tidak suka, itulah mazmumah.

Mungkin ada perkataan-perkataan yang kita tak pernah dengar seperti
zuhud dan ujub. Perkataan zuhud dunia selalunya dirangkaikan dengan
perkataan cinta akhirat. Alahai bukupun tak ada nak buat rujukan.
Saya huraikan dari apa yang saya faham ajelah ya. Mungkin ada orang
lain boleh perbetulkan.

Zuhud dunia bermaksud orang yang tidak berapa endahkan dunia kerana dia
cinta kepada akhirat. Segala apa yang ada di dunia ini dia tak pandang
melainkan apa yang ada diakhirat adalah lebih baik baginya. Kerana itu
dia menghabiskan masanya dengan mengambil dunia ini ala kadarnya
sahaja. Tidak perlu pakaian mahal-mahal, tidak perlu makanan yang
sedap-sedap, tidak perlu kepada harta yang bertimbun. Orang yang
bersifat zuhud dunia sebenarnya lebih cintakan akhirat. Dia cinta
kepada Allah. Dia tak sabar nak mengadap Allah. Dia lakukan apa saja
untuk mendapat akhirat yang baik.

Segala apa yang dilakukan di dunia ini adalah persiapan dia untuk
akhirat. Dia takut kalau akhiratnya nanti anggota badannya akan
mencerita segala keburukan didunia. Dia takut kalau-kalau ada
keburukannya di dunia akan dilayarkan di papan layar Allah. Dia cuba
elakkan kalau-kalau ada kecacatan dalam perlakuannya. Dia nak mengadap
Allah dalam keadaan yang bersih. Dia malu untuk bertemu Allah dalam
keadaan ada dosa walau sebesar zarah. Cintanya kepada Allah
menyebabkan dia cuba untuk tidak melakukan dosa. Apa yang Allah bagi
di dunia diambil ala kadarnya saja. Kalau makan cukup sekadar alas
perut. Tak perlu banyak dan tak perlu sedap-sedap sangat. Cukup
sekadar dia ada tenaga untuk beribadah dan melakukan aktiviti harian.
Pakaiannya tak perlu cantik. Cukup sekadar dia ada pakaian untuk
menutup auratnya. Tak perlu terlalu colourful atau berkerlipan dengan
emas dan berlian memenuhi badannya. Jika ada orang memuji pakaiannya
cantik, kalau boleh esok orang tak puji lagi.

Mungkin ada orang yang boleh elaborate dengan lebih jelas lagi tentang
zuhud ni. berlawanan dengan zuhud dunia, cinta akhirat ialah, cinta
dunia, zuhud akhirat. Kalau dah ada penyakit ni payah sikit. Akhirat
tak nak tapi dunia dia hendak. Benci nak buat ibadah, malas nak
bersedeqah, sayang pada harta dunia. Geram tengok perempuan cantik.
Kalau boleh kalau dia mati nak suruh tanam sekali semua harta dia,
rumah dia, kereta mercedez dia, kalau boleh isteri dia yang cun ikut
dia dalam kubur, supaya boleh dia lihat semua kemegahan dia dalam kubur
nanti. Punyalah dia sayang pada dunia. Tapi tiada satupun bekalan dia
untuk akhiratnya.

Sifat ujub pula ialah sifat heran diri. Eh eh aku ni cantik rupanya.
Kalau aku tak turun padang mesti PAS kalah dalam pilihanraya. eh eh
aku ni bijak rupanya, dalam Malaysia ni rupa-rupanya aku yang paling
bijak sekali. Wah rasa-rasanya tak ada orang yang sanggup buat
tahajjud paling banyak macam aku ni, sampai dah sebulan tak tidur
malam. Bibir aku ni nipis je, inilah bibir yang paling cantik yang
pernah aku tengok.

Penyakit heran diri ni terlalu bahaya. Kalau kita heran pada kerajinan
kita beribadah, insyaAllah(?) ibadah tu tak diterima. Kalau kita heran
pada kecantikan kita, kita akan menjadi orang yang terllau memilih.
End up kahwin ngan ofis boy je at age of entah apa-apa. Bukan kata
ofis boy tak bagus, tapi kalau dah berangan nak kahwin ngan jutawan,
billionwan alih-alih kahwin ngan ratuswan, kan ke kesian tu? Rasa-rasa
diri tu bijak alih-alih sampai ke tua gaji tak sampai 4 angka, sakit
jiwa dan mental dibuatnya. Maka berhati-hatilah dengan penyakit ujub.