Sunday, February 14, 2010

INI REALITI DUNIA SEKARANG...ADAKAH AGAMA ISLAM SEBAGAI ANUTAN BUKAN HAYATAN@AMALAN

Pasangan lesbian dipaksa bernikah



2010/02/14

MEDAN: Penduduk kampung Labuhan Batu, Rantau Prapat, terkejut apabila mendapati pasangan yang mereka paksa bernikah selepas ditangkap sebenarnya wanita, lapor media semalam.

Dianggap memalukan kampung, orang ramai kemudian memaksa kedua-dua mereka bernikah.


Bagaimanapun, Khamis lalu mereka dikejutkan dengan berita bahawa sebenarnya Hendra - yang disangka lelaki - adalah wanita bernama Indah.


Menurut Jakarta Globe, apabila didesak, akhirnya Hendra mengesahkan dia bukan lelaki.


Pasangan itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Metro TV, kedua-dua wanita itu mengaku tidak mahu berkahwin tetapi terpaksa berbuat begitu kerana bimbang dengan kemarahan penduduk kampung.


Pasangan itu berkenalan agak lama dan mereka sering berada di rumah Trisnawaty sehingga lewat malam sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang kampung.


Mengesyaki mereka bersekedudukan, orang ramai menyerbu rumah itu dan memaksa mereka berkahwin.


Trisnawaty berkata, dia tidak berniat menipu orang kampung tetapi terpaksa berdiam diri kerana takut.


“Saya tahu dia wanita tapi apa yang boleh kami lakukan ketika itu?” katanya. - Agensi

No comments: